Monday, February 7, 2011

Harijadi Tok Sami: Sudah Kenyang Baru Bising

Ini kisah Tok Sami moden buat jamuan hari jadi di restoran. Ramai orang Siam yang hadir. Bosan juga selalu makan di wat, apa salahnya sekali-sekala pergi makan di restoran. Makan di wat dengan makan di restoran tak ada bezanya. Minum bir di wat pun boleh takkan makan nasi di restoran tak boleh.

Yang nak ditulis hari ini bukan soal boleh atau tak boleh, tapi soal orang Siam yang bermuka-muka. Masa orang ajak pergi makan, tak cakap apa-apa kerana kepala asyik terbayang makanan atas meja. Selepas kenyang, sendawa dan berak keluar semua makanan yang dimakan percuma, mulalah keluar bermacam-macam cerita umpama berak ke atas muka sendiri.

Jika kita tak setuju Tok Sami buat hari jadi di restoran, kita jangan pergi. Ini tidak, semuanya pergi, kemudian balik kutuk sana, kutuk sini. Apa punya orang. Masa makan diam saja, selepas kenyang melolong tidak keruan. Bila kita pergi, bererti kita sokong. Bila kita sokong, kenapa nak bising-bising?

Tok Sami sekarang banyak duit. Jangan kata di restoran, di hotel 5 star pun mampu.

5 comments:

Thai Lantu said...

Dengar cite kat kedah ada pihak berebut sebab nak raikan harijadi than chau khun. Mungkin dah hampir kiamat, sebab itulah ramai dikalangan sami (kebanyakannya berpangkat phra skru)yang meraikan hari jadi masing-masing. Dunia dah hampir kiaaaama...

Anonymous said...

Hemm ..jangan marah ya, kiamat tu dalam ugama lain saja. anda kena faham agama buddha sikit sebanyak. wahai thai lantu..sadhu
siam suara

pena reformasi said...

Meraikan hari jadi dengan cara yang betul dan berfaedah tidak menjadi kesalahan. Contohnya, orang ramai diperdengarkan Dhamma sepanjang hari, meditasi sepanjang malam sempena hari jadi tersebut sangat berfaedah. Semakin ramai orang hadir semakin banyak faedahnya. Jikalau setakat mahu makan, mahu menunjuk-nunjuk, lebih baik jangan buat.

Anonymous said...

Aku suka baca laman KSB tapi aku perhatikan kau hanya banyak kondem. tak berniat ke nak buat pahala denan memberi komen berserta cadangan membina? Soalan kau, iaitu sampai ke mana Siam nak main politik begini, aku ada jawapan. Jawapannya sangat senang! iaitu Sampai dibakar orang (Matilah, tak dok orang tak mati). Ertinya, nak pegang pucuk pimpinan dlm politik tu, jangan harap sb Siam minoriti, dohlah sikik, kito samo kito dok ngekoh samo sediri pulok, mano nok maju. Pikir-pikirkanlah wahai Siam masa depan!

pena reformasi said...

Terima kasih kerana suka baca KSB!

Cadangan yang aku bagi "kalau tak sokong jangan pergi, kalau pergi jangan balik soseh-soseh" tak membina lagi ke?

Lain kali aku bagi yang lebih membina!