Wednesday, February 23, 2011

Jangan Sampai Orang Muntah!

Sebelum Senator ketiga belum dilantik, masyarakat Siam riuh tentang Senator. Pelbagai spekulasi ditimbulkan. Pelbagai cadangan dikemukakan. Pelbagai nama dicalonkan. Semuanya berkaitan dengan jawatan Senator. Dari Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Selangor riuh rendah tentang Senator. Perjuangan masyarakat Siam seolah-olah tiada perkara lain yang lebih besar daripada jawatan Senator.

Sekarang Senator telah dilantik. Boon Som orangnya. Jika mengikut teori, permasalahan berkaitan Senator selesai atau sekurang-kurangnya reda buat sementara waktu kerana kerajaan melantik Boon Som. Tetapi realitinya tidak begitu. Soseh-soseh masih kedengaran. Tuptap-tuptap masih diperkatakan. Sebab musababnya kerana jawatan Senator yang diberikan kepada orang Siam hanya satu. Sedangkan orang yang mengidamnya ramai. Perasaan tidak puas hati membuku di dada. Walaupun tidak disuarakan secara langsung, daripada gaya tindakan menampakkan perasaan tidak puas hati, dengki dan cemburu ada.

Tindakan yang paling jelas yang keluar daripada perasaan tidak puas hati itu ialah masing-masing mahu menunjukkan bahawa dia "lebih berkuasa" daripada Senator dalam hal ehwal masyarakat Siam, seolah-olah hal ehwal masyarakat Siam berada di hujung jarinya. Sindrom menunjuk-nunjuk dan menunjuk kuasa tidak baik bagi masa depan masyarakat Siam. Senator sendiri pun berjalan jangan memandang ke atas sangat, sesekali pandang ke bawah, takut tersepak tunggul kayu.

Pemimpin Siam harus bersatu hati, bersatu tenaga dan dengan ikhlas hati memperjuangkan masa depan masyarakat Siam. Jangan jadi seperti enau dalam belukar yang berusaha melepaskan pucuk masing-masing. Jangan ikut resmi lembu jantan yang suka menanduk-nanduk batas apabila terlihat lembu jantan lain. Jangan tiru orang politik yang suka memperagakan kuasa walaupun kuasa sebenar di tangan rakyat.

Buatlah apa-apa yang patut, tetapi jangan sampai orang muntah. Apabila orang muntah, orang tidak akan pandang muka lagi.


7 comments:

Anonymous said...

Hahaha sejak dilantik pd 15 dis hingga sikalang, aku perhati sinato tu tak tau protokol. ucap pon tak tau. Dah puashati ka, org siam dapat sinato ini maciam. Mcm mana nak cakap dalam palimen kalu ini maciam.

Lagipon itu NGO semua tak iktiraf dia sebagai wakil. Dia pula lantik team dia semua dari KL. Politik Siam ada kat utara, bang woi. Di utara dia tarak team. ke hulu hilir sorang diri, pi rumah org mati dan kenduri kahwin. kalu lagu tu takyah ada sinato.

Dia juga tak berani lawan jawatan presiden PSM dalam agm takut kalah. Ini maciam ka..

pena reformasi said...

Jikalau pemimpin Siam tak beri kerjasama, sukarlah dia nak buat kerja. Team kerja dari mana tak kisah, asalkan rancangan pembangunan kaum Siam yang diusahakannya menyeluruh, merangkumi Pantai Barat dan Pantai Timur.

Anonymous said...

Hal senator lagi KSB? aku nak muntah dah ni...

Anonymous said...

jangan pesimistik, tak baik.

chom said...

Pemimpin Siam mempunyai berbagai jenis. Ada yang perasan dia hebat sangat maka ciptalah dia cerita ceriti berbingkai kononnya ramai orang hasad dengki dengan dia dan tak hingin dia tinggal di negerinya kerana mengganggu gugat kestabilan kaumnya. Dia hingin popular dan cari publisiti murahan walhal semua orang kenal dia kaki cakap besar. Dia pasti kawan KSB kerana sama sama perasan hebat.

Anonymous said...

Kesian juga kat sinato semasa majlis makan malam bersama TPM itu hari. depa langsung tak jemput sinato. Sinato pi juga walaupun takdak jemputan sebab TPM mai.

Yg kesiannya, langsung depa tak tegoq dia. Dlm ucapan pon tak mansion nama dia. Semua nama YB lain disebut.. nama YB siam tak sebut. Kesian juga aku kat dia.. Tok Det pon kata kesian sama Boonsom.

pena reformasi said...

Bon Soom harus banyak bersabar. Buktikan keikhlasan hati membantu masyarakat Siam dengan kerja, tidak dengan mulut semata-mata.