Thursday, February 17, 2011

Magha Puja 2011

Magha Puja

Jumaat - 18 Februari 2011




Sewaktu Baginda Buddha berada di Kota Rajagaha, 1250 Arahat datang berkumpul untuk memberi hormat kepada Baginda Buddha. Tempat mereka berkumpul adalah di Veluvanarama (hutan pokok bambu) dan waktu itu tengah hari pada saat purnama di bulan Magha. Peristiwa bersejarah ini diraikan oleh penganut agama Buddha sebagai hari penting. Pertemuan para Arahat tersebut dinamakan Caturangasannipata yang mempunyai 4 ciri utama, iaitu:

1. Mereka berkumpul tanpa temu janji terlebih dulu.

2. Mereka semuanya Arahat
(abhiñña 6).

3. Semuanya ditahbiskan oleh Baginda Buddha dengan memakai ucapan "Ehi bhikkhu".

4. dalam pertemuan itu, Baginda Buddha mengucapkan Ovadda Patimokkha.

Ovada Patimokkha yang diucapkan Baginda Buddha antaranya adalah seperti berikut:


Sabba papassa akaranam, Kusalassa upasampada, Sacittapariyo dapanam, Etam Buddhana sasanam. Khanti paramam tapo titikkha, Nibbanam paramam vadanti Buddha, Na hi pabbajjito parupaghati, Samano hoti param vihethayanto. Anupavado, anupaghato, Patimokkhe ca samvaro, Mattaññuta ca bhattasmim, Pantham ca sayanasanam, Adhicitte ca ayogo, Etam Budhana sasanam.

Maksudnya: Janganlah berbuat kejahatan, perbanyakkan perbuatan baik, sucikan hati dan fikiranmu, itulah ajaran semua Buddha. Kesabaran adalah cara bertapa yang paling baik. Baginda Buddha bersabda; Nibbanalah yang tertinggi dari semuanya. Baginda bukan pertapa yang menindas orang lain, baginda bukan juga pertapa yang menyebabkan kesusahan kepada orang lain, baginda tidak menghina, tidak melukai, mengendalikan diri sesuai dengan tata tertib, makan secukupnya, hidup dengan menyepi, dan senantiasa berpikiran luhur. Itulah ajaran semua Buddha.

Apabila diringkaskan Baginda Buddha menyuruh kita: 1) meninggalkan kejahatan; 2) melakukan kebaikan dan 3) membersihkan fikiran/minda/hati.


No comments: