Sunday, February 27, 2011

PSM Bakal Mengikut Jejak Dhammakaya?

Tidak memeranjatkan apabila Encik Siri Neng Buah dipilih jadi Presiden Persatuan Siam Malaysia. Sebelum ini pun ada kedengaran bahawa Siri paling layak memegang jawatan tersebut selepas Siew Chun. Boon Som, walaupun ada jawatan Senator, tidak popular di dalam PSM. Datuk Sawai pula sudah berjauh hati dengan PSM. Setelah PSM cawangan Selangor dan Kuala lumpur ditamatkan riwayatnya, saya tak pasti sama ada Datuk Sawai menyertai cawangan lain. Walau bagaimanpun pemilihan Siri adalah tepat kerana persatuan seperti PSM patut dipimpin oleh orang seperti Siri.

Siri seorang yang berpengaruh di kalangan masyarakat Siam. Pengaruh beliau lebih menyerlah di Kedah berbanding di Kelantan. Orang Siam Kedah lebih mengenali beliau daripada orang Siam Kelantan. Orang Siam Terengganu tidak usah disebut kerana itu tempat kelahiran beliau.

Dari satu segi, Siri seorang reformis agama. Beliau bertanggungjawab membawa Dhammakaya ke Malaysia, khasnya Kuala Lumpur. Diharapkan beliau akan menerapkan falsafah reformasi Dhammakaya kepada anggota PSM agar dapat dijadikan contoh teladan oleh persatuan-persatuan lain. Dhammakaya walaupun tidak diiktiraf Khanak Song Thailand, aliran tersebut bukan sebuah pertubuhan agama yang "makan tidur" seperti pertubuhan agama di tempat kita. Dhammakaya mementingkan pendidikan dan pembangunan insan. Ketua Dhammakaya tidak loket ilmu, selalu beri ceramah Dhamma, tidak seperti Ketua Agama di tempat kita yang berat tulang. Disiplin pengikut Dhammakaya lebih hebat daripada disiplin phra-phra di tempat kita.

PSM patut ikut jejak Dhammakaya, bukan dari segi Atta atau Anatta, tapi dari segi ilmu, disiplin kerja dan anjakan paradigma.

Tahniah dan selamat bekerja kepada Siri dan anggota AJK yang baru. Masa depan masyarakat Siam dan cabaran-cabarannya berada di bahu kalian.




18 comments:

niran said...

sokong psm diberi suntikan dhammakai.

Dhamma Thuud said...

Hai, Saya sokong pendapat anda. Saya bukan penyokong Fanatik Dhammakaya. Tetapi saya juga pandang dari segi positifnya. Mereka sangat disiplin dan sangat utamakan ajaran Buddha. Jika semua pemimpin agama di Malaysia ikut sikit cara mereka. Saya rasa Ajaran Agama Buddha di Malaysia akan berkembang lebih Maju. Kita jangan ikut yang negetif. Perkara itu kita jadikan pengajaran. Maaf jika saya tersilap. Saja beri sikit pendapat...

khonthai said...

sekurang-kurangnya belum ada sami penagih, sami gay yang tertangkap dalam wat-wat aliran Dhammakaya.

pena reformasi said...

Sukar diterima apabila AJK persatuan yang berazam mahu membina masyarakat Siam tak reti ajaran Buddha, tak tahu menulis bahasa Thai. Jatidiri Siam tak boleh dipisahkan daripada agama Buddha dan bahasa Thai (cakap dan tulis). Tapi persatuan Siam kurang prihatin tentang perkara ini.

Sekarang PSM diterajui Encik Siri yang tahu ajaran Buddha dan bahasa Thai, maka inilah masanya PSM diletak balik ke landasan yang sepatutnya.

budak kampung said...

syabas ksb kerana masih bertahan menyuarakan pendapat. walaupun dikecam hebat ksb tak berputus semangat.

ambil yang jernih, buang yang keruh. generasi muda memerlukan agama seperti kumpulan dhammakaya kerana mereka proaktif membangun agama dan membina manusia. phra-phra wat dhammakaya berkelulusan tinggi, ada pengetahuan agama dan duniawi seimbang. mereka boleh membimbing masyarakat. phra-phra tempat kita 50 tahun ketinggalan di belakang. ilmu agama dan ilmu duniawi tidak cukup. bagi yang ada ilmu agama, tidak digunakan ke jalan yang benar. langgar vinai sesuka hati. tiada siapa berani tegur. malu kepada agama lain. hanya ksb yang lantang perkara ini tapi kurang sokongan dan dikecam.

pena reformasi said...

Terima kasih kerana terus menyokong KSB. KSB diwujudkan demi agama Buddha dan bangsa Siam. Pujian dan kecaman lumrah kehidupan.

Kata intelektual agama, hanya ikan mati hanyut ikut arus, ikan hidup berenang melawan arus. (arus duniawi))

ksb said...

nak minta Tuan Pena buat sedikit ulasan tentang Dhammakaya..ramai yang keliru sebab dari luaran Dhammakaya nampak ok tapi mengapa pulak ramai yang pertikai dan tidak diterima Khanaksong Thai dan Malaysia??..

penganut biasa macam kita nak ikut yang mana??

pena reformasi said...

Saya akan cuba usahakan. Pengikut Dhammakaya lazimnya tahu hal ini.

Anonymous said...

Dkt kg saya,,geng2 jkkk dan tok bomoh menolak dhammakaya yg baru dibawa masuk oleh pho than,,

Geng2 ni siap nk bikin wat baru

fan ksb said...

perpecahan akan berlaku lagi di sini..satu agama tetapi tdk sehaluan nampaknya lebih buruk daripada berlainan agama tp dpt hidup bersama.

Duri dalam daging, musuh dalam selimut lebih menakutkan dari segala-galanya!!

pena reformasi said...

Sikap berpuak-puak sukar dibendung dalam masyarakat Siam. Orang Siam walaupun kecil jumlahnya, tapi egonya besar, masing-masing tak mahu mengalah walaupun demi masa depan bangsa sendiri.

Anonymous said...

Thambahkaya best,..boleh guna duit beli syurga.

EhLok said...

Thaniah kpd Sdr Siri di atas perlantikan beliau. Setakat yg saya ketahui Sdr Siri sebenarnya salah seorang yg mewujudkan Dhammakaya Meditation Centre, P.Pinang.Sama ada KhanaksongThai recognise Wat Dhammakaya kah tidak mungkin ini boleh 'explain'http://video.dmc.tv/silverlight/scoop_update/530107_2_512k.wmv.html dan bagi mereka yg ingin mengenali lebih lanjut 'explore'lah www.dmc.tv. Banyak rancangan baik2 utk meluaskan fahaman kita tentang Buddhisme yg mudah faham sbb 'approach' mereka adalah cara 'anubarn'Nak belajar nakdham,priandhamm atau Dhammakaya Open University pun boleh.

Anonymous said...

Hayatilah para KSB blogger...ini jawapan yg anda cari

http://www.youtube.com/watch?v=Vqg1uJ7_SS8&feature=related

PhuddeeThamdee said...

http://video.dmc.tv/silverlight/scoop_update/530107_2_512k.wmv.html

พระเดชพระคุณพระธรรมกิตติเมธี ผู้ช่วยเจ้าอาวาสวัดสัมพันธวงศารามวรวิหาร กรรมการมหาเถรสมาคม กล่าวถึง "สถานการณ์และภัยของพระพุทธศาสนา"
Scoop ini boleh meng'update' sama ada Kanaksongthai mengikhtiraf Wat Dhammakaya kah tidak?

Anonymous said...

This is also interesting...

http://www.youtube.com/watch?v=sUTKbngRbXw

just to update those.....

Anonymous said...

Report dari CNN juga sama:
http://ireport.cnn.com/docs/DOC-397136
*********
Why 100,000 Monks Mass Ordination?

Ordination has been a part of the Thai Buddhist culture for centuries. At least once in a Thai gentleman's life, one must be ordained as a Buddhist monk to observe the monastic life, learn about morality and ethics through Buddhist teachings and practice meditation. An ordination will complete a Thai man's life who is morally qualified for living a peaceful life and becoming a good citizen of the society he belongs.

Thai gentleman, at the age 20, can ordain as a Buddhist monk, who will leave a comfortable life behind and voluntarily choose live a simple life. Ordination in Thai (บวช) means to refrain from living as a householder and committing bad conducts. In contrast with a householder’s life, Buddhist monks have only minimum necessities which are absolutely essential for their survival. These allow them to stop searching outward for happiness and begin looking inward for the genuine peace of mind.

As a part of the Moralily Revival Project in Thailand initiated by Luang Phaw Dhammajayo Bhikku, the abbot of the Dhammakaya temple, a 100,000 monks mass ordination is organized for the first time in the Thai history. The objective is to strengthen the ethical level and improve moral conducts in Thai community by allowing 100,000 gentlemen across the country to be true monks for 49 days. The project is hosted by the Dhammakaya Temple as well as the other 330 temples from every part of Thailand.
Organizing Committees


Project Sponsor Phrarajabhavanavisudh (The Abbot of the Dhammakaya Temple)
Project Manager

* Dhammakaya Temple & Dhammakaya Foundation
* Thailand's Sangkha
* The Religion, Art and Culture Commissioners of the House of Representatives
* International Buddhist Society of Thailand

Co-supporters

* Buddhist Affairs Commissioner of the House of Representatives
* Buddhist Affairs Commissioner of the Senate
* Phathum Thani Province
* The World Fellowship of Buddhists
* The World Fellowship of Buddhist Youth
* Directorate of Joint Civil Affairs of the Royal Thai Armed Forces HQ
* Naval Civil Affairs Department
* Air Force Civil Affairs Department
* Thai Department of Local Administration
* Community Development Department of MOI
* Community Development Confederation of Thailand
* Primary Health Care Division of MOPH
* Provincial Administration Organization Council of Thailand
* The National Municipal League of Thailand
* Tambon Administrative Authority of Thailand
* Village Leader Association of Thailand
* Public Health Volunteer Club of Thailand
* Culture Council Association of Thailand
* Cultural Council of Bangkok
* V-PEACE Volunteers for World Peace Alliance
* Ruam Jai Thai Union and its network
* Culture for Universal Virtue Association

Anonymous said...

http://ireport.cnn.com/docs/DOC-397136

cnn rpt. just to update those....