Sunday, April 17, 2011

Perasmian Pesta Songkran: Satu Penghinaan Terhadap Kaum Siam!

Setiap kali menjelang bulan April (bersamaan bulan 5 Siam), masyarakat Siam akan mengadakan Pesta Songkran. Pesta tradisi ini disambut sempena tahun baru masyarakat Siam. Dahulu Pesta Songkran diadakan oleh pihak wat dan penduduk kampung secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat Siam di wat-wat Siam. Masyarakat Cina yang dipanggil "Cina kampung" yang ada pertalian darah dengan orang Siam turut menyertainya. Biarpun diadakan secara kecil-kecilan, ia meriah, kaya dengan nilai murni dan membawa makna yang besar kepada masyarakat Siam.

Sekarang masyarakat Siam sedang berkembang pesat. Pesta Songkran pun turut berkembang dan semakin meriah kerana disertai masyarakat pelbagai kaum, terutama kaum Cina bandar. Seperti biasa, apabila sudah berkembang, dikenali dan popular, persatuan Siam pun mula menyusup masuk, kononnya bagi "memperbesarkan" lagi pesta taradisi. Mahu memperbesar atau mahu menumpang sekaki?

Setelah Perdana Menteri melahirkan 1Malaysia, pemimpin Siam pun mengadakan Pesta songkran 1Malaysia bagi memupuk perpaduan kaum. Ini perkara yang baik dan patut disokong. Namun, Songkran ialah adat turun temurun yang kaya dengan nilai-nilai tersendiri. Dalam usaha memperkenalkan Songkran ke peringkat nasional, berhati-hatilah agar nilai-nilainya tetap terpelihara.

Di Kelantan, Pesta Songkran dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri dan dijadikan acara tahunan bagi menarik pelancong datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan berkata, sejak 2004, perayaan ini merupakan acara tahunan popular melibatkan masyarakat berbilang kaum yang dianjurkan bersama Persatuan Masyarakat Siam Kelantan dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan serta Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Kelantan (KEKKWA). Ini sesuatu yang baik kerana akan mengangkat Pesta Songkran ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Namun, ia belum memadai jikalau pengisiannya tidak cukup kuat.

Pesta Songkran yang diadakan di Wat Sukhontaram, Tumpat, Kelantan pada 15 April lalu sekali pandang, terlihat gahnya, kemerihannya dan kejayaannya. Namun, bagi individu yang tajam mata hati, pesta itu bukan sahaja tidak cukup kuat, malahan mencerminkan satu penghinaan terhadap masyarakat Siam yang beragama Buddha. Mungkin pihak penganjur dan masyarakat Siam yang menyertai pesta tersebut tidak perasan. Mungkin juga ada yang perasan, tetapi memilih untuk berdiam diri.

Di mana kesilapannya? Kesilapannya wujud kerana penganjur kurang sensitif terhadap kesucian agama Buddha. Kepala putih kerana umur yang tua, tetapi tidak menunjukkan masak ilmu agama. Songkran memanglah tradisi masyarakat, tetapi apabila diadakan di wat dan melibatkan Buddha (patung Buddha), Dhamma dan Sangha, bermakna ia telah menerima masuk unsur-unsur agama. Apabila di dalamnya ada unsur-unsur agama, kita tidak boleh lagi menganggap bahawa Songkran sebagai tradisi semata-mata.

Pesta Songkran di tengah bandar Hatyai atau bandar Bangkok tidak sama dengan Songkran di Wat Sukhontaram. Songkran di Hatyai dan Bangkok tidak melibatkan Buddha, Dhamma dan Sangha, sebaliknya melibatkan masyarakat setempat, pelancong asing dan pelacur. Thailand mencatatkan jumlah kemalangan maut paling tinggi sewaktu musim Songkran kerana pemandu mabuk.

Walaupun adat tradisi dan nilai murni masih dipatuhi sebelum menyiram air kepada orang lain, misalnya minta izin, tetapi "nilai-nilai sucinya" tidak ada dan tidak perlu ada kerana Hatyai dan Bangkok bukan tempat suci. Sedangkan wat-wat Siam ialah tempat suci bagi penganut agama Buddha, lantaran kesuciannya wajib dipertahankan.

Di mana kesilapannya Pesta Songkran di Wat Sukhontaram? Kesilapannya adalah apabila menjemput tetamu kehormat yang bukan beragama Buddha memandikan patung Buddha dan Bhikkhu atau Sangha. Ini adalah satu penghinaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Saya tidak menyalahkan tetamu kehormat kerana mereka cuma memenuhi atur cara yang disediakan pihak penganjur. Pihak penganjur boleh menjemput pegawai kerajaan merasmikan Pesata Songkran, (apakah tujuannya saya tidak mahu ambil tahu kerana itu bukan urusan saya), tetapi tidak perlu minta mereka menyiram patung Buddha dan Bhikkhu. Perasmian boleh dilakukan dengan pelbagai cara tanpa perlu melibatkan Tri Ratana.

Penganjur mungkin akan berkata Pesta Songkran cuma tradisi dan bukan agama. Memanglah asalnya tradisi, tetapi apabila dicampurkan dengan agama, ia telah jadi tradisi keagamaan. Inilah yang kurang difahami sesetengah pemimpin Siam sama ada di Kelantan, Kedah, Perlis mahupun Perak. Jikalau kita mahu Songkran dijadikan kebudayaan seratus peratus, jangan melibatkan unsur agama, jangan melibatkan Buddha, Dhamma dan Sangha. Menggunakan laman wat tidak menjadi kesalahan kerana kita tidak ada tempat lain. Namun, adat dan ibadat mesti dipisahkan. Adat boleh disertai kaum lain, tetapi soal ibadat tidak boleh kerana melibatkan kepercayaan, pegangan dan amalan yang berbeza.

Patung Buddha sesuatu yang tersangat mulia dan suci bagi penganutnya. Upacara "memandikan patung Buddha dilakukan dengan niat yang ikhlas dan suci" bagi mengingati dan menghargai jasa-jasa Baginda mengajar Dhamma kepada kita. Kita berbalik kepada asal usul Sonkran. Songkran, adat memandikan ibu bapa oleh anak-anak bagi mengenang jasa dan budi ibu bapa mereka. Adat ini diambil daripada sejarah 7 Puteri kepada Thau Kabin Phrom yang "menyucikan" kepala ayahanda mereka. Mereka melakukan dengan hati yang ikhlas dan suci, daripada seorang anak kepada bapanya. Kita ialah anak kepada Buddha (Buddha-Putra). Apabila kita melakukan upacara memandikan patung Buddha, kita melakukan dengan hati yang ikhlas dan suci sebagaimana seorang anak melakukan kepada bapanya.

Bolehkah pegawai kerajaan yang bukan beragama Buddha melakukannya dengan niat yang ikhlas dan suci? Saya berani bersumpah bahawa tidak mungkin kerana menerima kewujudan Buddha sebagai entiti suci yang menyeru umat manusia ke jalan benar bercanggah dengan tuntutan agama mereka, bahkan melanggar akidah mereka.

Mereka boleh dengan kelihatan sopan menyiram patung Buddha, tetapi di dalam hati mereka mungkin berkata: "Aku sedang menyiram seketul batu!" Bagi mereka, kita ialah kafir dan Buddha itu tentulah penghulu kafir. Dan kita masih mengharapkan keikhlasan dan kesucian hati mereka terhadap Buddha? Apabila hati mereka tidak ikhlas dan suci sebagaimana hati penganut agama Buddha, bermakna mereka sedang menghina kita. Walaupun tidak ada niat menghina di hati mereka, namun perbuatan mereka menyebabkan hati penganut agama Buddha terasa terhina. Ini yang penganjur tidak faham atau sengaja tidak mahu faham. Dan yang perlu difahami semua ialah apa-apa sahaja upacara yang melibatkan agama tidak boleh melibatkan orang agama lain.

Jangan bermain dengan isu agama. Walaupun masyarakat Siam tidak ada ekstreamis dan Buddha tidak mengajar sifat melampau, perbuatan yang menghina agama boleh mengundang sifat ekstreamis.

Senator Boon Som minta kerajaan pertimbangkan Pesta Songkran sebagai cuti umum. Bagaimana kerajaan mahu mempertimbangkannya jikalau pemimpin Siam sendiri masih samar-samar dengan Songkran?

Sebelum minta orang lain iktiraf adat tradisi kita, terlebih dahulu kita sendiri mesti memahaminya; asal-usulnya, perkembangannya dan nilai-nilainya. Pisahkan nilai yang akan dipertahankan daripada nilai yang telah lapuk dan tidak relevan agar Songkran bukan sekadar bermain air, kegembiraan dan keseronokan, malahan sesuatu yang berfaedah untuk semua. Sekiranya diadakan secara sembrono, Songkran tidak lebih daripada pesta membazir air.


49 comments:

D.A said...

Saya sangat setuju dengan pendapat anda. Agama tidak boleh di POLITIK kan untuk kepentingan peribadi. Saya tidak pernah sokong dengan aktiviti seperti ini(Songkran, loy Khrathong dan sebagainya.) Ini bukan aktiviti agama. Ini hanya tradisi bangsa sahaja. Tidak ada faedah langsung. Tetapi jika mereka melibatkan Triratana... lagilah buat saya tidak setuju. Sebenarnya pemimpin yang hanya mementingkan duniawi ini tidak patut ambil agama Buddha sebagai topeng. Kalau mereka nak buat apa untuk kepentingan mereka buatlah... Jangan melibatkan agama.

Siam Kelantan said...

Tulisan yang bernas. Orang siam tak perlu jemput khek merasmikan Songkran. Khonthai boleh melakukannya tanpa kedatangan mereka.

Thai SIAM said...

Mungkin pihak penganjur tidak arif dalam hal ini, termasuklah Pengerusinya, saudara Eh Chot Cha Chan. Sepatutnya pihak yang lebih arif, seperti Khanak Song Kelantan boleh memberi pandangan dalam hal ini, melainkan mereka sendiri tidak terlibat dalam mengadakan Pesta Songkran.

aRaN said...

tak boleh nak bayangkan orang Melayu menyiram patung patung Buddha..tak ada cara lain ke? adoyai..

Anonymous said...

Betul ke, perasmi khek sanggup siram imej Buddha? Jangan main hentam je!!! Kalau setakat ketuk gong mungkin ada. Biasanya yang dijemput siramkan Buddha ialah jemputan lain (VVIP) yang beragama Buddha je. Contohnya Konsulat Thai. Setahu saya tidak ada perasmi yang bukan beragama Buddha dijemput untuk menyiramkan Buddha. Ada bukti ke? Kalau ada gambar lagi bagus!!! Khobkhun khrap

Anonymous said...

ambo bukan nak backing mana2 pihak..kalu tak silap ambo pengerusi majlis songkran pada hari itu hanya menjemput tetamu yg bukan muslim untuk memandikan ketua bhikku wat sukhontharam serta imej buddha...tak ada pulak ambo dengar tetamu muslim dijemput untuk memandikan imej buddha.. tetapi dijemput ke khemah untuk memandikan warga emas yang berdekatan dgn tempat memandikan ketua bhikku serta imej buddha. may be ambo silap dengar sebab ambo ni dah tua..telinga x berapa dengar dah...kalu KSB ada bukti sila berikan...jika benar perkara ini berlaku ambo juga cukup kecewa sebab pada perayaan songkran di wat sukhontharam tahun2 yg lepas perkara ini tidak pernah berlaku..

Anonymous said...

Saya setuju dengan KSB. Walaupun Songkran pada mulanya peayaan tradisi masyarakat Siam, tetapi bila melibat imej Buddha dan sami, ia menjadi seperti perayaan adat-agama. Kenapa mesti jemput khek merasminya kerana orang Siam ada ramai yang berkaliber? Khek mandi imej Buddha atau tidak mandi bukan soal kerana soalnya kenapa mesti orang khek kerana Songkran bagi orang siam ialah perayaan adat-agama?

kita mandi ibu bapa kita kerana mengenang jasa mereka berdua. kita mandi orang-orang tua kampung kerana kita mengenal mereka dan mereka pernah berbudi kepada kita. Khek mandi orang-orang tua Siam untuk apa?

pena reformasi said...
This comment has been removed by the author.
pena reformasi said...

Siapakah VIP berbaju putih, berseluar hitam yang naik ke pentas memandikan patung Buddha dan bhikkhu bersama Konsulat Thailand? Saya diberitahu dia orang politik tetapi bukan Buddhist.

Anonymous said...

Bila siarkan gambar baru orang boleh beritahu siapa yang dimaksudkan ksb.

pena reformasi said...

Saya tak boleh siarkan gambar "orang yang saya maksudkan" takut dia akan jadi fokus, sedangkan bukan dia sasaran teguran saya. Sepintas lalu, mungkin ada yang tidak perasan kehadirannya kerana ramai orang. Mungkin ada yang tidak kenali dia.

Sekiranya pihak penganjur baca KSB, biarlah mereka tolong jawab dan beritahu nama semua VIP "berbaju putih, berseluar hitam" yang naik ke pentas hari itu.

Jikalau tidak diundang penganjur, adakah VIP tersebut akan datang?

Anonymous said...

KSB..anda kata VIP islam dijemput memandikan imej buddha..siapa yg menjemput?Saya tak dengar pun pengacara majlis menjemput VIP islam untuk memandikan imej buddha.Tak akan ada VIP muslim yg begitu bodoh untuk memandikan imej buddha..Klu dijemputpun dia tak akan melakukannya jika dia betul2 seorg muslim.apa lagi kalu dia org politik sebagaimana dakwaan KSB...Di Kelantan pulak tu..KSB adakah anda telah pasti bahawa org yg anda maksudkan itu bukan buddhist? Klu setakat diberitahu oleh org lain sahaja KSB dah terus percaya...aduh..
Tentang menjemput khek merasmikan majlis tak payahlah kita jadikan isu.. Khek dijemput ke khemah memandikan org tua tu pun bukannya diminta khek memandikan org tua...anak cucu mereka yg memandikan org tua tu...para VIP khek serta bukan khek ke sana adalah untuk memberikan saguhati kepada para org tua tu...salah jgk ke?
KSB..teguran ikhlas dari saya..kalaulah kita belum pasti sesuatu benda itu...tak perlulah menghebohkannya...

Anonymous said...

KSB..Berapakah bilangan VIP muslim yg anda nampak memandikan imej buddha pada hari itu? Adakah semua VIP muslim terlibat? Dakwaan anda ialah VIP MUSLIM DIJEMPUT MEMANDIKAN IMEJ BUDDHA.Soalan saya di sini jika VIP muslim dijemput memandikan imej buddha sebagaimana dakwaan anda tentulah kesemuanya akan melakukannya kerana menghormati kehendak majlis seperti yg anda kata..kenapa anda fokuskan kepada VIP berbaju putih berseluar hitam sahaja? adakah VIP muslim berbaju lain serta VIP muslim perasmi majlis pada hari itu turut memandikan imej buddha?Jika tidak..kenapa? kenapa VIP seluar hitam baju putih ini shj melakukanny? adakah hanya dia yg dijemput?
Sebenarnya isu yg KSB ketengahkan ini lebih menimbulkan banyak persoalan yg KSB sahaja mampu menjawabnya.

..pengunjung perayaan songkran 2011 wat sukhontharam..

pena reformasi said...

Memang Pengerusi majlis tak buat pengumuman menjemput VIP bukan Buddhist untuk memandikan imej Buddha dan Sangha. Tapi jika penganjur tak jemput VIP itu datang, adakah dia akan datang? Setelah dia datang, penganjur tak beritahu apa yang patut dia buat sehingga membiarkan dia ke pentas pemandian Buddha? Saya tak pasti berapa orang, tapi yang seorang itu saya kenal. Dia selalu ke majlis kematian orang Siam sekitar Tumpat.
Saya rasa saya tak silap orang kerana pernah bersalam dan berbual dengan dia sebelum ini.

Menjemput orang bukan Buddhist merasmikan Pesta Songkran bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Adakah dia lebih mulia daripada orang Buddhist? Pihak penganjur harus faham bahawa bagi orang Siam, Songkran bukan sekadar kebudayaan, malahan keagamaan.

Jikalau persatuan Siam mahu jadikan Songkran kebudayaan seratus peratus, mereka patut cari tempat lain, (padang sekolah atau padang ragut) dan tidak melibatkan imej Buddha dan Sangha. Mahu jemput siapa merasmikan pun boleh. Jikalau main ambil kesempatan daripada usaha orang kampung Kubang Panjang, kemudian bawa bukan Buddhist masuk wat dan merasmikan Songkran rasanya tak kena pada tempatnya.

Anonymous said...

"Saya diberitahu dia orang politik tetapi bukan Buddhist."

"tetapi yang pasti seorang itu saya kenal dengan baik kerana kami pernah jumpa beberapa kali sebelum ini"

KSB adakah ayat-ayat anda di atas merujuk kepada VIP seluar hitam baju putih yg anda maksudkan?
Jika ya nampak mcm ada percanggahan di sini....satu "saya diberitahu" dan satu lagi"saya kenal dengan baik"

Tentang perasmian perayaan ini..setahu saya songkran di wat sukhonthram juga pernah dirasmikan oleh bekas ketua menteri yg bukan muslim,pernah dirasmikan oleh pegawai kerajaan berbangsa siam...pernah juga dirasmikan oleh VIP muslim pada tahun2 sebelum ini..kenapa perasmian oleh VIP muslim pada tahun ini dijadikan isu selain dari isu VIP muslim memandikan imej buddha yang belum pasti itu?

-Pembesar negara juga pernah ke B.Caves semasa perayaan Hindu..
-Menteri besar kelantan pernah ke wat terbak semasa katinna diraja..
-Menteri besar kelantan jgk pernah ke wat teresk semasa penyempurnaan jenazah tanchau koon...

Adakah semua ini satu penghormatan atau penghinaan? Mungkin KSB ada jawapan yg tepat untuk kita kongsi bersama...

Anonymous said...

Pelik jgk kawe dgn KSB ni..mula2 demo kata VIP muslim dijemput memandikan imej buddha..kemudian demo kata penganjur membiarkan dia naik ke pentas pemandian buddha..tak bagitau apa yg dia tidak buleh buat....logik ke org buddhist kena memberitahu org muslim " anda tidak boleh memandikan imej buddha tu...haram!...
Dlm byk isu kawe memang setuju dgn demo...tapi dlm isu ni kawe raso lain mace weh!!

..peminat KSB..

Anonymous said...

Perayaaan songkran di wat lubuk batil pasir mas juga dihadiri oleh YB Exco Kelantan yg bukan buddhist..

Adakah ini juga satu penghinaan terhadap kaum siam?

KSB..Nampaknya kaum siam kita akan terus dihina...

pena reformasi said...

Saya kenal dia tapi tak tahu dia orang politik sehingga diberitahu seorang kawan.

Penganjur memang patut beritahu kepada tetamu bukan Buddhist apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, tempat yang patut pergi atau tak patut pergi. Mungkin dia anggap Songkran cuma tradisi, bukan agama lalu berani mandikan imej Buddha.

Saya tak mahu mengulas majlis lain kerana lain padang, lain belalang.

pena reformasi said...

Hadir sahaja satu penghormatan, tapi apabila melakukan perkara yang tidak patut adalah penghinaan. Kita boleh pergi ke majlis agama lain, tapi tak boleh melakukan "perkara yang kita tak percaya" kerana itu penghinaan kepada mereka.

Anonymous said...

Menjemput VIP ke majlis perasmian dan menjemput VIP memandikan imej buddha adalah 2 perkara yang berbeza KSB...anda dah byk tersasar ni...

sang saka said...

Kita balik kepada persoalan utama. KSB mempersoalkan kehadiran orang asing di tempat mandi Buddha. Saya salah seorang yang berjalan di belakang kumpulan VIP. Saya merasa hairan bila terlihat seorang VIP menyambah Buddha dengan cara yang luar biasa, dia kelihatan kekok, sebelum memandikan Buddha. Saya tanya kepada seorang kawan, siapa orang itu, kenapa cara wai dia lain sikit. Kawan bisik kepada saya, Khek! Orang inilah saya merasa yang dikata oleh Tuan KSB.

siam said...

Apabila orang bukan agama kita datang ke majlis agama kita, penghormatan atau penghinaan, bergantung pada tujuan kedatangan mereka, niat kedatangan mereka dan apa yang mereka buat sewaktu majlis tersebut.

Saya yakin KSB tidak berniat mereka cerita kerana saya juga pergi ke Pesta Songkran di Wat Sukhontharam. Betul sekali terdapat kumpulan VIP bukan penganut agama Buddha sertai acara mandi Buddha dan Phorthan Soon.

Saya juga hairan mengapa orang bukan Siam dijadikan VIP dan dijemput merasmikan pesta mulia kaum Siam? Apakah yang mahu kita buktikan dengan melayan orang luar lebih istimewa daripada pemimpin-pemimpin Siam kita sendiri? Saya dapati kebanyakan tenaga kaum Siam yang menjayakan pesta Songkran dahulu menjauhkan diri, sebaliknya orang-orang persatuan yang mengambil alih. Orang tua-tua berkata kita jangan jemput ular tedung masuk rumah nanti kita dipatuknya.

samanera said...

Apabila membaca kesemua komen, sata dapati tiada seorang pun tidak tahu siapa lelaki berbaju putih dan berseluar hitam seperti yang dikatakan Pena Reformasi. Jangan lari daripada isu iaitu VIP memandikan imej Buddha dan para bhikkhu. Seorang Vip atau ramai VIP bukan persoalan kerana kedatangan mereka dijemput oleh pihak penganjur dan semestinya penganjur telah menetapkan aturcara kepada mereka. Oleh hal itu, segala perlakuan mereka ditentukan oleh penganjur majlis.

Soalnya, bagaimana mereka terlepas ke pentas mandi imej Buddha bersama Konsulat, para pengiring dan pemimpin Siam?

Anonymous said...

Setuju dgn samanera...sekiranya benar dan betul ada VIP khek yg memandikan imej buddha..ianya bukan kerana DIJEMPUT sebagaimana didakwa KSB..ianya TERLEPAS...yg menghairankan saya mengapakah VIP ini begitu "Jahil Tukil" sehingga sanggup melakukan perkara yg amat bertentangan dgn agama beliau...

Anonymous said...

Isu utama ialah KSB mendakwa VIP non-buddhist DIJEMPUT memandikan imej buddha(lihat posting asal yg diboldkan)..sedangkan apa yg berlaku adalah ada VIP yg "terlepas" melakukannya..
pelik.. seorg non-buddhist melakukan perkara ini...apakah tujuan dan niat VIP ini?
Bagaimana pula sekiranya seorg india yg juga non-buddhist melakukan perkara ini? Adakah ini juga satu penghinaan?

Anonymous said...

Setelah mengamati segala komen2kesimpulan saya ialah :

1)Tidak ada jemputan untuk VIP khek memandikan imej buddha sebagaimana didakwa KSB..hanya ada jemputan untuk VIP hadir ke majlis perasmian.
2)Ada VIP khek yg "buang tebiat" terlepas dan memandikan imej buddha.

Soalannya kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?

thai Lantu said...

Setahu saya ramai dikalangan AJK Persatuan Masyarakat Siam Kelantan terdiri dari cerdik pandai Siam Kelantan. Mungkin mereka ini kurang prihatin terhadap sesuatu perayaan yang melibatkan tradisi dan keagamaan.

Rujuklah kepada mereka yang lebih arif terutama orang-orang tua dan belajarlah dari kesilapan....

budak wat sukhontaram said...

Betul bila ksb kata ada khek mandi imej Buddha kerana ambo ada tengok, kawan-kawan ambo juga ada tengok kerana kami berdiri di depan tunggu agak lama sebelum Phor than datang. Sebenarnya ambo hairan, kenapa Phor Than lama baru datang mandi kerana biasanya Phor Than Soon pergi mana ikut masa. tapi ambo tak nak campur ini urusan pihak penganjur.

Barangkali dia tak ada niat nak hina, tapi nak ambil hati orang Siam yang dia fikiran terbuka dalam soal agama dan budaya. walaupun begitu, pengerusi/penganjur tak jemput dia mandi imej Buddha. Harap semua pihak ambil iktibar daripada kesilapan ini.

Terima kasih ksb kerana melaporkan kerana ramai yang tak sedar perkara begini terjadi kecuali beberapa orang kampung dan mereka yang kenal vip tersebut.

Anonymous said...

Minta KSB lebih berhati-hati dlm membuat posting...walaupun kejadian memandikan imej buddha oleh VIP non-buddist betul2 berlaku tetapi dakwaan anda bahawa penganjur menjemput VIP itu untuk melakukannya adalah tidak benar.

...peminat KSB...

pena reformasi said...

Walaupun penganjur tak jemput VIP mandikan imej Buddha secara langsung, namun kedatangan VIP tersebut atas undangan penganjur. Atau dia datang tanpa undangan, saya kurang pasti? Walau apapun penganjur harus bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi; lain kali harus lebih berhati-hati. Ini bukan kali pertama persatuan Siam melakukan kesilapan.

Anonymous said...

Orang tak lepas dari kesilapan. Ambo harap perkara begini tak perlu dipanjangkan kerana yang malu bangsa kita. Bagi pihak yang terlibat ambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Kepada KSB ambo tetap sokong demo kerana demo berani tegur orang lain.

Bau

Anonymous said...

Kecuaian penganjur menyebabkan VIP non buddhist memandikan imej buddha..bukannnya penganjur menjemput VIP non buddhist memandikan imej buddha.
Penganjur silap,KSB pun silap,komen ambo ni pun mungkin silap..Org yg tak buat silap adalah org yg tak buat apa2!!Cuma selepas ini kita semua perlu lebih berhati-hati.Menuding jari menyalahkan org lain..jari2 yg lain menuding balik ke arah kita.

Dalam hal ini adalah elok juga kalau KSB membuat teguran secara direct kepada pihak penganjur kerana KSB yg lebih mengetahui dan isu ini tak perlu dipanjangkan lagi.

..anak siam bang jang..

Anonymous said...

Saya kesian pada tuan pena,berkali-kali dia cuba menjelaskan apa yg dia bentangkan tapi masih lagi ada yg tak faham dan salah faham..aduh!

pena reformasi said...

Kita dewasa bersama kesilapan, tetapi kesilapan sama berulang-ulang menunjukkan kita insan yang lemah.

Terima kasih semua pembaca KSB kerana sudi memberi komen secara ikhlas. Kebenaran tak akan menjelma dengan berdiam diri.

Saya mendengar banyak rungutan daripada "penduduk kampung Kubang Panjang" berkaitan Pesta Songkran di kampung mereka (Wat Sukhontaram).

Harapan saya rungutan tersebut akan dipaparkan di sini oleh mereka sendiri agar boleh kita kongsi masalahnya, bukan untuk menuding jari, tetapi sebagai sempadan dan pengajaran. Jikalau saya yang tulis, nanti orang tuduh saya sengaja membesarkan perkara kecil.

Anonymous said...

Rungutan timbul kerana rasa tidak puas hati.Namun...
Kita mungkin dapat memuaskan hati seseorg.pada suatu masa,
kita mungkin dapat memuaskan hati semua org pada suatu masa tetapi kita tidak mampu memuaskan hati semua org pada setiap masa.

Betul kata KSB..paparkan rungutan ttg perayaan songkran itu di sini untuk kita kongsi..baling batu sembunyi tangan tidak akan merubah keadaan..

..1 Siam ..

Anonymous said...

Ambo nak tanya adakah Pesta Songkran diadakan persatuan Siam ada bincang dengan orang kampung Kubang Panjang? Nak jemput siapa rasmi, nak jemput siapa VIP? Atau bincang dalam AJK persatuan saja? Hanya nak tahu.

-nak tahu-

Anonymous said...

Anonymous said...
Hebat saudara/saudari sangat sensitif berkenaan budaya dan agama (Bhuddha),begitu prihatin kpd nasib bangsa kita (Siam) tetapi sayang kekali dakwaan anda adalah terlalu rambang dan hanya main agak-agak sahaja. Saya kenal lelaki berbaju putih dan seluar hitam itu, beliau adalah seorang pegawai tinggi kerajaan tinggi kerajaan yg dijemput sbg VIP, beliau beragama Buddha dan bangsa Siam asal Kedah yg baharu bertugas di Kelantan dalam 4/5 tahun ini. Bukan orang Melayu atau Islam. Jadi sebelum hentam orang lain anda harus benar-benar "clear' atau tahu terlebih dahulu. Tuan/puan, siapakah anda sebenarnya? Pada hari itu saya ada di belakang lelaki tersebut dan banyak berbicara dlm bahasa Thai dan sekali sekala bertutur dalam bahasa Malaysia dgn beliau. Ingin saya tegaskan di sini bahawa setiap orang yg mandikan imej buddha hari tersebut adalah beragama Buddha. Tidak ada yg beragama Islam. Orang/VIP KEKKWA hanya menyiram tangan warga mas bukan imej Buddha. Kami AJK Persatuan Siam Kelantan amat perlukan org yg berani dn berfikiran kreatif spt tuan, sertailah kami melalui saluran yg betul.Sama-samalah membimbing bangsa kita melalui cara2 yg positif!

Anonymous said...

Nampaknya pihak AJK persatuan siam telah memberi penjelasan ttg lelaki seluar hitam baju putih tersebut...dah 2,3 hari kawe cuba ikuti komen2 yg diberi oleh KSB dan pengunjung laman ini..
Kawe tak tahu yg mana betul sebab tiada bukti yg konkrit..kawe juga tidak berada di tempat kejadian walaupun berada di wat sukhontharam pada hari tersebut....tetapi secara logiknya..
i) penganjur tidak akan menjemput VIP khek memandikan imej buddha walau dalam apa keadaan sekalipun.
ii) VIP khek yg muslim,yg beriman tidak akan melakukan benda ini walaupun dijemput dalam apa keadaan sekalipun.

Ttg VIP seluar hitam baju putih yg dimaksudkan oleh AJK persatuan tu kawe jgk kenal dan mmg sah dia siam berasal dari utara tanahair.Namanya pun kawe tahu.VIP ini bertugas di agensi penguatkuasa dan hadir mewakili bos dia. Mungkin VIP seluar hitam baju putih yg dimaksudkan KSB tu org yg berbeza....

..Kor Ar Kar..

Anonymous said...

Sebenarnya segala posting dan komen-komen yg diberi terhadap isu ini tidak disertakan dgn fakta atau bukti yg kukuh..
Setakat menulis dan mendakwa itu ini,semua org boleh buat..
Saya tidak menyebelahi mana2 pihak kerana semuanya lebih kepada "hearsay"..

..Dek Wat..

Perantau said...

Mengapa AJK Persatuan Siam Kelantan menggunakan nama "anonymous" untuk memberi komen @ penjelasan? Kalu takut orang kenal gunalah nama samaran, lain kali kalu ada isu yang berkaitan bolehlah pihak KSB untuk mendapat kepastian.

Ambopun tak tahu siapa dikalangan AJK PSK, sebab ambo bukan ahli PSK..yang tahu hanya pengerusi, tupun melalui web Pekemass...

Anonymous said...

Ambo pun naik keliru bila AJK tampil beri penjelasan yang lelaki baju putih seluar hitam Siam Kedah. Sebab lelaki yang ambo tengok hari itu khek Umno. Pelanduk dua serupakah?

Budak Tumpat. said...

Woi, Siam Kedah dengan Khek yang dimaksudkan orang lain-lain. Aku belum tua. Boleh cam Khek sesat tu kerana lama kenal dia.

Anonymous said...

Kalu fikir cara logik orang Malayu takkan mandi Buddha walau dijemput. Tapi bila fikir cara tak logik benda gini boleh terjadi. Seorang Malayu pernah datang takbath dan tawai sanghatan di kampung aku.

Anonymous said...

Nampaknya isu ni semakin rumit..Pening palo!!Byk kabur dari jelas.Benda tak pasti ya atau tidak.

"Seorang Malayu pernah datang takbath dan tawai sanghatan di kampung aku"-anonymous

yg ini pun satu penghinaan terhadap kaum siam jgk ke KSB?

pena reformasi said...

Isu Melayu "tawai sanghadana" tidak ada kaitan dengan isu Songkran, biar kita bincang lain kali.

Anonymous said...

Setuju dgn Dek Wat "posting dan komen2 yg diberi terhadap isu ini tidak disertakan dgn fakta atau bukti yg kukuh..Sukar untuk mencari kebenaran..

Tentang vip politik yg hadir pada hari itu yg aku pasti ketua mca tumpat..yg dari umno langsung tak ada ketua bhg atau ajk utama yg hadir...mungkin yg hadir tu anak2 kaki dia saja...sebab tu dia mudah sesat sampai memandikan imej buddha seperti yg didakwa.

Anonymous said...

tumpang lalu..kalau ada VIP berbangsa lain turut bersama terlibat pada hari songkran, pada saya itu adalah perkara yang baik kerana kita dapat berkongsi hari sambutan tahun baru siam/thai. Pasal bab VIP 'terlepas' tu nak buat camana, kadang-kadang kambing pun terlepas kandang juga...anurom sajalah, penganjur pun tidak menjangkakan ada yang terlepas, kalau nak hukum penganjur pun, mmg kena kosong jer lah si penganjur ni, niat baik mahu promosikan kebudayaan kita, dipersalahkan pula kerana ada mereka yang terlepas...dan lagi satu, kalau dia nak siram ker sapa nak siram air pada sami buddha, ianya sama sahaja kerana bagi ajaran buddha, manusia adalah sama dan tidak dibezakan melalui agama, tetapi kebaikan dan keburukan...dan VIP yang terlepas tu pun, mungkin tidak faham atau mungkin merasakan perbuatan tersebut tidak ada perkaitan dengan keagamaan, dan memang sebenarnya dalam agama buddha tak ada pun perkataan songkran dan mandikan patung imej buddha,kita sendiri yang membina tradisi tersebut,dan tiada apa kesucian keagamaan pada hari songkran melainkan sambutan tahun baru, dan berpeluang untuk memohon khamma dari pho mae, kru ba archan secara cuci tangan dan kaki mereka dgn air, dan meletakan wangian......kalau lebih suci dari itu, perayaan songkran telah lari dari tujuan asal mungkin disebabkan ianya di buat di laman wat dan penganut buddha pergi bersembahyang bersama sama minta restu dan rahmat..... perkara sudah berlalu, toleransi sikit2 pun ok juga pada hal2 mcm ni supaya tiada mana2 pihak yang terjejas...walaubagaimanapun, apa yang diperkatakan oleh KSB juga kritikan yang membina supaya kita lebih meneliti perkara begini dan berhati-hati...

Sekadar pandangan..

Daeng Bireley

pena reformasi said...

(Kepada thai prihatin, maaf kerana saya ter'delete' komen anda.)

Anonymous said...

Saudara KSB, kalu orang Islam menghormati batu apa salahnya? Hormat batu bukan perkara asing bagi mereka. Tidakkah Kaabah yang disujut juga batu? dan batu Al Hajarul Aswad yang dipuja juga batu? Menghormati batu boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Kalu kita buka mata, buka minda dan banyak mentelaah buku, kita akan jumpa bahawa Buddha tidak pernah menyuruh umatnya membuat patong beginda dan menyembah imej tersebut bagi melambangkan hormat kepada diri beginda. Penyembahan patong atau pembinaan imej Buddha hanya diamalkan selepas 400 tahun kemangkatan Buddha iaitu semasa pemerintahan kerajaan Asoka saja.