Wednesday, April 27, 2011

Siam Kemaruk Politik!

Sorang kawan tulis kepada aku, katanya orang Siam kita tengah kemaruk politik. Kepala orang Siam penuh dengan politik. Apabila bersembang, tak cukup syarat jika tak sentuh soal politik. Pagi politik, petang politik dan malam pun politik. Macam orang gila bola, makan bola, tidur bola. Siam makan politik, tidur pun politik.

Orang Siam kita, tambah kawan aku itu, mengalahkan kawan-kawan Melayu kita bab politik dan politikus. Dahulu sehingga sekarang apabila kita pergi ke warung kopi, kawan-kawan Melayu kita tak kering bibir sembang politik. Politik Kelantan paling menggegar kerana ada dua parti Melayu iaitu Umno dan Pas. Orang Siam yang dahulu cuma mendengar dan menunggu untuk mencelah sekali-sekala, kini jadi tok selampit sendiri. Orang Melayu pula tukang mendengar dan menunggu untuk mencelah. Pendek kata tok selampit Chau Deng tak terkalahkan oleh tok selampit Dollah.

Politik Siam tak banyak beza dengan politik Melayu. Melayu ada dalam Umno, PKR dan Pas. Siam juga ada dalam Umno, PKR dan Pas. Jika Melayu dalam Umno sombong, Siam dalam Umno juga sombong. Jika orang kritik Umno, Melayu Umno rela mati sebagai galang ganti, Siam Umno juga rela masuk kubur demi Umno. Melayu Pas dijanjikan syurga. Siam Pas tidak dijanjikan syurga tapi dijanjikan jawatan. Melayu PKR dijanjikan Putrajaya. Siam PKR tidak dijanjikan Putrajaya. Siam tidak mahu Putrajaya kerana jauh dari kampung halaman. Sebagai gantinya, Siam PKR dijanjikan hak sama rata.

Siam Umno berbangga diberi taraf Bumiputera. Sengih pagi petang dengan taraf tersebut biarpun pemberiannya hanya dengan air liur. Jawatan Senator menambahkan lagi sengih orang Siam. Sebagai membalas budi baik Umno, Siam kempen masyarakat seketurunannya masuk Umno. Siam gunakan pendekatan orang Melayu. Orang Melayu bawa politik masuk masjid. Siam bawa politik masuk wat. Siam ambil peluang kempen politik setiap kali ada keramaian di wat. Hari jadi Tok Sami, hari Songkran, hari Loi Krathong dan bermacam-macam hari Siam jadikan sidang politik. Siam bawa masuk orang politik beri ceramah politik.

Orang kata politik kotor. Sedangkan wat tempat suci. Jadi, politik tak sepatutnya dibawa masuk wat. Itu kata orang. Orang mana? Orang Siam moden tak kata begitu. Orang Siam moden telah ikut kawan-kawan Melayu yang mencampurkan politik dengan agama. Politik dan agama tak boleh dipisahkan umpama isi dengan kuku. Andai dipisahkan, cacatlah jari jemari.

Politik tak boleh dipisahkan dengan agama falsafah parti Pas, falsafah Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz. Entah di mana silapnya Siam Umbo pergi ambil pakai. Pantang ada keramaian di wat, isu politik dibawa masuk. Tambah malang, Pak Menteri dilayan lebih mulia daripada Tok Sami. Pemimpin politik yang hanya reti bercakap dijunjung di atas kepala, manakala pemimpin masyarakat Siam yang berjasa dipijak di tapak kaki.

Kenapa orang Siam kemaruk politik? Selama ini orang Siam tidur. Orang Siam tidur memanjang. Apabila pemimpin negara tanya: "Woi, Siam, hang nak duduk Malaysia ke nak balik Siam?"

Segera Siam menjawab: "Nak balik Siam!"

Sebab itulah nama tak ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Apabila orang bising pasal hak istimewa Bumiputera, Siam baru celik mata, tuntut hak yang sama kerana Siam pun Bumiputera. Siam keturunan Srivijaya. Kalau tak percaya, selak-selaklah sejarah Asia Tenggara versi tulen yang belum disunting oleh sesiapa. Sejarah yang telah disunting dan diklon tak boleh dipercayai kerana isinya menyebelahi diri sendiri. Hanya golongan penulis sejarah itu sahaja muncul dari bumi, orang lain semua datang dari atas pokok.

Hari ini Siam telah bangun sepenuhnya selepas menguap dua tiga kali. Malangnya kawan-kawan Melayu yang dahulu sama-sama tidur telah jauh berjalan ke depan. Siam tertinggal meliut lintuk di belakang. Akibatnya Siam jadi gelabah. Siam rela melakukan apa sahaja untuk mengejar kawan-kawan Melayu; membunuh sesama Siam, membodek Melayu, menukar agama, mengeluarkan video lucah dan seribu satu macam. Kejar Mahathir, Najib atau Muhyiddin, keluar berak pun tak akan terkejarkan. Memadailah jika mampu kejar Deraman kurap yang berselimut pagi-pagi di kedai kopi Haji Yaakob. Puas hatilah kalau sempat kejar Mek Timah goreng pisang yang lima orang anaknya masuk universiti. (Ini yang susahnya, lima orang anak Mek Timah masuk universiti, sedangkan lima orang anak Siam ketagih samsu, boleh kejar ke?)

Sekiranya tidak sempat mengejar kawan-kawan Melayu, memadailah jangan tertinggal terlalu jauh di belakang. Jika tertinggal terlalu jauh, nanti Orang Asli akan terpijak tumit. Orang Asli semakin kencang mara ke mari, menghampiri orang Siam. Mati-mati orang Siam tak boleh terima hakikat sekiranya Orang Asli memintas.

Kawan-kawan Cina, usah disebut, mustahil mampu dikejar Siam. Jangan kata Lim Goh Tong, Lim baiki basikal buruk pun Siam tak mampu kejar. Lupakan saja tentang mahu kejar orang Cina. Kejar orang Melayu cukuplah kerana ramai Melayu yang kepalanya lebih kurang sama dengan kepala Siam. Kepala setia tak tengok masa dan suasana. Kepala yang rela dijadikan tangga bagi orang lain panjat ke atas. Kepala begini balasannya syurga kerana kesetiaannya.

Semuanya Siam telah buat agar berjaya tiba di garisan penamat. Adat dijual, agama digadai, tok sami dipajak, jati diri ditolak ke tepi. Andainya belum berjaya lagi, entahlah.

Tetapi di mana garisan penamat perjalanan jauh ini?













11 comments:

Anonymous said...

Jual buntut sekalipun Siam sanggup asalkan dapat duit dan jawatan penting dalam kerajaan.

Anonymous said...

Jangan cakap macam tu..Tak baik tuan.Susah nak cakap pasal siam politik. Di ketik pun dia mau cakap politik. Ketik Pudu pun sama.Ketua SBA duit ketik dia kebas. Duit mak pak dia tipu,Duit ansuran dia susuk..tidak ada cukup lagi ker? Tak takut neraka jenis macam ini..muka dia akan merah nyala bila baca ni..
S.os siam

Anonymous said...

KSB..salam,
Ketua comiti ketik pudu make duit ketik.Ramai dah puak..cina,siye,comiti sendiri benci dia.
Tolongkan sebarkan pasal president SBA make duit ketik.Bila puak kita semua nak sepak dia turun.Dah dok make duit ketik,sama-sama cina botak.Puak kite kena sepak dia turun,jange tunggu kena gadai ketik pada keraje pula.
Baka make duit tipu ni susah nak ubat. Datuk nenek dia pun make duit mace juga.tipu tanah ore kampung,banyak ni.
siye

Anonymous said...

dia janji nak turun lepas pilih kali ini, tapi tak pilih-pilih lagi. dia saye jawatan dia kerana sene korek kotak duit.duit cukai kerajaan tak bayar puluhan ribu. menate sungguh presiden mace ni.

kalu dia turun nak bagi sapa naik pulak?

Thai SIAM said...

Ambo cadang tak perlu buat pemilihan, kite ambek saja pesiden dan ajeke pesiler jadi pesiden dan ajeke sbeA (supe fomula shampoolah 2 dalam 1 (2 in 1), Kan senang....

Anonymous said...

Ambo sokong Thai Siam tu,1000%.
Pakat2 kita buwe dia,make tak kenye2,duit keraja-e, tak bayar, dok kata duit tak ada,hari2 buka kotak duit,bile-bile-bile..gi mana duit tu?
siapa tau kita bagi hadiah..
semoga lepas WESAK tahun ni taK ADA LAGI PRESIDENT YG DOK MAKE DUIT DLM KOTAK DERMA.
siye

Anonymous said...

Sesiapa yang tidak percaya,president ketik 8liam make duit ketik,tolong siasat sendiri. duit ketik gi mana habih.10tahun jadi president tak habuk apa dia buat.Buka kotak derma aje paNDAI.Duit wesak gi mana?duit tahun baru cina gi mana? Dalam akaun tak ada..Gi mana habih oii..
Ramai tidak puas hati ni..buat malu siye kelATE,buat malu ore siye,buat malu ore buddha,..buat dunia aje..Sapa tidak percaya, tolong tanya dia dgn geng dia.

suara ore kelate

pena reformasi said...

Tuduhan makan duit (pecah amanah)persatuan atau wat satu tuduhan yang berat. Jikalau tidak benar, orang yang menuduh akan tanggung dosa yang berat juga. Jikalau benar dan ada bukti cukup, sila laporkan kepada SPRM agar tindakan undang-undang dapat dilakukan. Ahli-ahli persatuan ada hak membuat laporan.

Laporan boleh dibuat atas dasar "keraguan" bukan tuduhan dan minta SPRM siasat, sekiranya tidak benar, pembuat laporan bebas daripada tuduhan fitnah dan nama tertuduh juga boleh dibersihkan.

Anonymous said...

Tunduk tak tuduh pun semua orang tahu. Tengoklah sendiri.siapa member-membre yang boleh bilang duit wesak?Siapa yang bilang duit dalam box?Berapa orang? Siapa yang buka? Berapa yang bilang?..INi pun dah salah undang2 tuan oi!
Kerja prisedent bilang duit ker?Buka box aje ker? Kira-kira bil air dan api aje ker?Cari member nak jual insuran aje ker?..dah melampau ni..
Tuan Pena tengokla

Anonymous said...

Sapa caya pho ta make duit ketik.
Sapa caya anak machi jahil.
sapa caya ore dhamma curi..
sapa caya ore ada sin tipu.
sapa caya ? sapa caya?

Anonymous said...

Saudara saudari Khon Thai,

Janganlah jadi penulis seperti katak di bawah tempurung. Menulislah melalui perjalanan sebenar, bukanlah melalui perasaan keliru. Tahukah akibat dari perbuatan saudara saudari menulis cerita buruk kaum sendiri? Saudara saudari boleh dianggap sebagai bacul & pembelot ! Datanglah ke Jitra, saya akan tunjukkan kepada saudara-saudari contoh yang baik Khon Thai yang berjaya. Ahli Kimia Jabatan Kimia PJ, PTD Kementerian Pendidikkan Tinggi, Pemilik Kilang Beras, Pemilik Syarikat Bas Langkawi Thai, Pengeksport Sayur terbesar di P.Besar & Ramai menjawat sebagai Pegawai Pois berpangkat Supertenden. Di Kelantan cuba siasat siapa Ketua SB Daerah Kota Bharu?

Khon Thai sudah berjaya! Kenapa harus kita bercerita seolah-olah kita berpatah balik ke belakang. Orang kg. dah kaya, harga getah mahal. Orang kg. banyak tanah, Khon Thai banyak bendang dan ramai beli rumah 'free hold'.

Saya amat berharap agar ada pihak membuat satu senarai Khon Thai yang berjaya dan Ekuiti Khon Thai dipaparkan sebagai fakta, supaya saudara saudari tidak terkeliru.

Phai Chit Chindamanie-Jitra.
(012-5507792)