Tuesday, May 31, 2011

Debu Menutupi Mata, Manusia Tidak Nampak Kebenaran


Sewaktu baru-baru mencapai Trassaru (Pencerahan Sempurna) Buddha enggan mengajar Dhamma kerana baginda merasakan bahawa: Kebenaran yang diperolehi sangat kompleks, mendalam, halus, sukar difahami dengan fikiran biasa, hanya boleh difahami oleh orang yang bijaksana. Manusia pula tenggelam dalam kenikmatan duniawi, keseronokan nafsu deria, dan langsung tidak mengerti tentang pembebasan diri.

Namun, setelah memperhitungkan dengan bijaksana, mempertimbangkan dengan wajar, dengan perasaan belas kasihan, Buddha memutuskan untuk mengajar kebenaran itu kerana: Masih ada sedikit manusia yang sudah nipis debu yang menutupi matanya. Mereka ini mampu memahami kebenaran.

Inilah persoalan menarik tentang agama Buddha. Hanya "sedikit manusia yang sudah nipis debu yang menutupi matanya" bermaksud hanya sedikit manusia yang mampu memahami kebenaran yang dibawa oleh Buddha.

Sedangkan pada hari ini penganut agama Buddha berjumlah ratusan juta di seluruh dunia dengan tahap pemahaman yang berbeza-beza. Tidak kurang juga yang pemahamannya songsang (melihat kulit sebagai teras, melihat teras sebagai kulit) dan terpesong terus (melihat Samma-Ditthi sebagai Miccha-Ditthi, melihat Micca-Ditthi sebagai Samma-Ditthi).  Adakah kerana ramai antara mereka masih tebal debu yang menutupi mata?

Manusia yang "masih tebal debu yang menutupi matanya" merujuk kepada manusia keseluruhannya. Manusia jenis ini sangat ramai. Mereka terdapat di dalam dan di luar agama Buddha. 

Mereka yang terdapat di luar lebih ramai. Mereka tidak berupaya memahami kebenaran yang dibawa Buddha lalu menolak ajaran Buddha. Tidak cukup dengan itu, mereka mencemuh, mengutuk dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Buddha dan ajarannya. 

Biarkanlah kerana mata mereka ditutupi debu yang tebal sehingga tidak mampu melihat kebenaran sejati. Sebagai penganut agama Buddha kita patut mempunyai metta agar suatu hari debu yang menutupi mata mereka menjadi nipis. 

Kita patut berbangga kerana dilahirkan sebagai golongan yang "telah nipis debu yang menutupi mata!"





6 comments:

Anonymous said...

Blog dhamma paling hebat. Ehikpassiko.

Sathuk! Sathuk! Sathuk!

Anonymous said...

Kita harap ramai puak siam kita minat dhamma banyak2. Bukan sekadar tahu saja tapi patibat juga.KSB satuk3 sebar dhamma kepada mereka yang kurang tahu itu.
idea

pena reformasi said...

Harap-harap begitulah.

Anonymous said...

Buddha mengajar kita kecekalan membawa kejayaan. Kejayaan KSB kerana kecekalan. Biar dikutuk oleh syaitan2 masyarakat KSB terus menulis. Akhirnya syaitan2 malu dan berdiam diri. Blog yang dibina khas bagi menghentam KSB senyap. ........ Sadhu sadhu sadhu!

Anonymous said...

KSB mu gi ajar SBA etek...puak kurang ilmu,ilmu tipu pitis ketik dia cerdik sngt

Anonymous said...

Wahai manusia semua,usah kamu mengutuk Tuan President 8liam.Dia memang banyak boon barami dari kecik hingga besar.Jika kamu semua umur panjang tunggulah hari-hari terakhir yang akan menimpanya.
Sejarah Wat 8liam memang macam ini,ramai sudah AJK yang rebah kerana dosa-dosanya. Susah hendak mencari manusia yang rela berkerja untuk agama,berkorban diri untuk semua.Ramai manusia yang membuat sesuatu kerana ada sesuatu yang disebaliknya.
Jangan pula kita mengikut jejak manusia yang tamak haloba seperti yang saya katakan.Mari kita mengikut jejak buddha walaupun kita jauh dari zaman buddha.
..tanam jagung dapatlah hasil jagung itu.