Wednesday, May 18, 2011

Dhammakai Pencetus Perpecahan Masyarakat Siam?

Pergi ke mana-mana wat, ada-ada sahaja yang orang bicara tentang Dhammakai (Dhamakaya). Mereka yang suka Dhammakai kata Dhammakai baik. Buat pahala (tambun) dengan Dhammakai baru dapat pergi syurga. Bagi mereka yang tidak suka Dhammakai kata Dhammakai tipu orang, perdayakan orang pergi tambun di wat mereka dan Dhammakai menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat Siam. Bicara ini tidak akan habis dan tidak akan menemukan noktahnya dengan mudah kerana kedua-dua pihak mempertahankan pilihan masing-masing. 


Ada orang tanya KSB menyebelah mana pihak? KSB menyebelah Buddha-Dhamma. Hanya Buddha-Dhamma yang diajarkan oleh junjungan kita, Baginda Buddha. Selain itu, tidak ada apa-apa yang perlu diperdebatkan. Selepas kemangkatan Baginda Buddha, kaum Buddhis berpecah kepada 2 mazhab utama, iaitu Hinayana dan Mahayana. Hinayana kemudian dikenali sebagai Theravada. 


Perpecahan kepada 2 mazhab berpunca daripada perselisihan pendapat tentang Dhamma-vinai di kalangan Bhikkhu. Perselisihan pertama berlaku kira-kita 3 bulan (atau 100 hari) selepas kemangkatan Buddha (Sanghayana pertama). Perselisihan pendapat kali kedua berlaku kira-kira 100 tahun selepas kemangkatan Buddha sehingga membawa kepada Sanghayana kali kedua. Namun, sanghayana tidak membantu dalam menyelesaikan perselisihan pendapat.


Selepas Sanghayana kali kedua, perpecahan mula berlaku. Golongan yang berpegang kepada ajaran asal sebagaimana yang diputuskan dalam Sanghayana kali pertama menamakan kumpulan mereka sebagai Theravada (Theravad) dan memanggil golongan yang bertentangan sebagai Acariyavada (Acariyavad). Perpecahan ini berlaku kerana masing-masing tidak mahu mengalah, angkuh dan berpendirian keras. Mereka fokus kepada diri dan kumpulan, bukannya kepada ajaran Baginda Buddha. Mereka lebih suka mengikuti Bhikkhu tua dalam kumpulan masing-masing daripada Dhamma-vinai. Bhikkhu tua pula lebih minat menjadi ketua kumpulan daripada meredakan perselisihan. Aneh sekali, ramai di kalangan bhikkhu yang berselihan ini terdiri daripada Arahant. 


Perpecahan terus berlaku. Dari 2 kumpulan besar berpecah kepada kumpulan atau aliran yang lebih kecil, kesemuanya 18 kumpulan atau aliran. (12 aliran daripada Theravada dan 6 kumpulan daripada Acariyavada.) 


Kira-kira 600 -700 tahun selepas kemangkatan Buddha,  sekumpulan bhikkhu yang keluar daripada 18 aliran yang sedia ada, telah membentuk kumpulan baru yang menamakan diri diri mereka sebagai Mahayana. Kumpulan ini berkembang pesat sehingga menjadi sebuah Mazhab. 


Kesimpulannya perselisihan dan perpecahan dalam agama Buddha berlaku kerana mempertahankan prinsip dan pendapat yang sama sekali tidak mahu mengalah. Dhamma-vinai ditolak ke tepi. Sekiranya semua pihak fokus kepada Dhamma-vinai, perpecahan tidak akan berlaku. Sekiranya semua pihak terima Buddha-Dhamma, mazhab dan aliran tidak akan wujud. Namun, lumrah manusia, bukan semua mahu terima pendapat orang lain yang bercanggah dengan pendapat diri. Bhikkhu atau orang biasa, keangkuhan dan keegoan menyebabkan seseorang sanggup mengorbankan kesucian ajaran Buddha. Sifat pentingkan diri, tamak haloba dan sesat menjadikan orang gelap mata, gelap hati. Mereka tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah. Mereka seolah-olah memejam mata melakukan kebaikan. Semuanya berpunca daripada pengetahuan agama yang terpesong atau tidak lengkap.


Perbezaan pendapat dan perdebatan di kalangan orang Siam hari ini tentang Dhammakai berpunca daripada pengetahuan yang tidak tepat dan terpesong tentang ajaran Buddha. Kumpulan yang sokong Dhammakai dengan kumpulan yang tidak sokong, masing-masing ada kelemahan tersendiri. Kumpulan yang sokong Dhammakai fokus kepada Wat Dhammakai dan aktiviti mereka. Manakala kumpulan yang tidak sokong Dhammakai fokus kepada wat-wat sedia ada dan aktiviti yang berkaitan. Wat Dhammakai dan wat Thai yang lain (bukan Dhammakai) mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri, mempunyai kebenaran dan kesalahan tersendiri; kedua-duanya semakin jauh daripada ajaran Buddha atau Buddha-Dhamma yang tulen.


Sempena Hari Wesak saya menziarahi Than Pian di Wat Chetawan, selaku sahabat lama. Beliau cerita tentang sebuah kampung di Kedah yang penduduknya berpecah kepada beberapa kumpulan kerana kemasukan pengaruh Dhammakai. Khabarnya, Ketua Sami wat di kampung tersebut, tidak terima pemberian daripada orang kampung yang bukan Dhammakai. Jikalau ini benar, situasinya akan jadi seperti Phra Thamayud yang tidak sudi makan bersama Phra Mahanikai. Entahlah, saya sendiri tidak pasti sejauh mana benarnya. Jikalau benar, masyarakat kita sedang dilanda masalah besar. Ajaran Buddha menyeru kepada perpaduan dalam Persaudaraan Buddhis, tetapi kita pula menjurus kepada perpecahan. Sejarah lampau bakal berulang. 


Apabila kita bertekak tentang siapa lebih baik, siapa boleh menjamin syurga atau siapa boleh menjamin kebebasan mutlak (vimutti), antara Dhammakai dan bukan Dhammakai, kita tidak akan mendapat jawapan kerana jawapannya ada pada Buddha-Dhamma. Wat Dhammakai dan wat kampung kita sama-sama terpesong daripada Buddha-Dhamma, sebab itulah kita tidak mungkin mendapat jawapannya. 


Apa yang kita lihat benar, betul dan menyakinkan yang dilakukan di Wat Dhammakai dan wat kampung kita cuma pada luarannya sahaja, pada lapisan kulitnya sahaja. Lapisan teras tidak dipedulikan. Kita hanya dianjurkan tambun dan tamtan dalam bentuk material. Kita mungkin dimomokkan dengan aktiviti buard phra yang dikatakan mendapat bun banyak. Tetapi kita tidak diajarkan tentang maksud buard yang sebenar mengikut ajaran asal Buddha. Vimutti ialah teras agama Buddha, tetapi berapa ramai yang berusaha mencapainya. Nirvana destinasi terakhir pembebasan minda, tetapi adakah kita sedang mengusahakannya?


Selagi kita masih berlegar pada upacara terima Sila (rapsin), tambun, tamtan, Sanghadana, buard phra ikut tradiri, kumpul tiket ke syurga, percayalah bahawa kita masih jauh daripada destinasi yang digariskan oleh Baginda Buddha. 


Yang penting bukan Dhammakai atau "dhammakin" atau "dhammakong",  tetapi amalan kita yang betul sebagaimana digariskan oleh Buddha yang bakal menentukan kehidupan kita hari ini dan hari esok. Bukan Ketua Wat Dhammakai atau Ketua Wat kampung kita yang menentukan kehidupan kita, kebahagiaan kita atau kesengsaraan kita, tetapi diri kita sendiri. Praktis dhamma boleh dilakukan di mana-mana di atas muka bumi ini; di rumah atau di wat; di kota atau di desa; di hutan atau di luar hutan. Yang penting kita mesti pelihara perpaduan sesama Siam. Jangan kerana agama kita bermasam muka. Jangan kerana syurga kita membuang saudara sebangsa dan seagama. 


Alangkah baiknya jikalau kita mampu menjadikan diri kita sebagai samana (nakh buard) dan rumah kita sebagai wat. 























14 comments:

Anonymous said...

saya tahu kampung mana yg tuan pena maksudkan,rasanya tak benar tentang apa yg tuan pena dengar tentang sami itu.Sebenarnya bukan sami tu yg jadi punca perpecahan di kg tu tapi ada`orang`tu yg yg menghasut orang kg jadi kacau bilau.`Orang` tu tak boleh terima orang lain lebih berkuasa dari dia.`Orang`tu memang mempunyai perangai hasat dengki dan suka menghina orang sejak dari zaman muda dia lagi.Ramai orang kg yg tertipu dengan lakonan dia. Depan orang kg dia buat baik sangat lebih lebih lagi dgn mereka berharta dan dia suka buat budi pada orang kg lain untuk orang nampak yg dia itu baik. `Orang` tu sebenarnya yg sebar fitnah dan bawa gossip mengenai sami di wat situ.Dia memang tak suka sami tu langsung lalu menggunakan pengaruhnya sebagai senjata untuk hamtam sami berkenaan.Bukan sami itu saja jadi mangsa buli dia,ada ramai lagi yg terkena tapi tak ada yg berani bersuara kerana pengaruh dia kuat.

Saya sangat setuju dgn apa yg tuan pena tulis diatas,kita sepatutnya ikuti apa yg Baginda Buddha ajar bukan gaduh sana sini untuk tunjuk siapa lebih berkuasa.

Anonymous said...

SAWADHI SAUDARA KSB

Saya pun byk dengar org berkatakan pasal Dhammakai, kenapa dulu tak timbul soal Dhammakai kenapa sekarang????. Dari pemerhatian saya org yg berpegang kpd ajaran Dhammakai nampak lebih kpd materialistik,mrk percaya thambun pakai duit byk dpt masuk syurga, betul ke ajaran mcm tu???? Kalau mcm tu bagaimana pula hamba yg tak ada duit nak thambun jadi masuk neraka la.Memang betul kata saudara KSB setiap ajaran dan pegangan ada kelebihan dan kelemahan tapi saya rasa Buddha tak ajar umatnya utk berpecah belah apatah lagi berpecah mazhab. Ajaran BUDDHA amat unggul tidak blh dibanding dgn ajaran yg ada di mana-mana wat sekarang. Betul tak apa yg hamba katakan saudara KSB????

Usahlah penganut BUDDHA berpecah belah dah lah kita ni golongan yg minoriti nak berpecah pula alahai sedihnya hamba lihat dan dengar

SADHU_SADHU
ban nook ook

pena reformasi said...

Anon 12.56, terima kasih kerana memberi maklumat yang betul agar dapat kita kongsi bersama.

Ban Nook Ook, betul kata anda, Buddha melarang umatnya berpecah-belah kerana kita semua bersaudara di bawah payung Baginda. Ajaran Buddha cuma satu iaitu Dhamma-vinai, tetapi pengikut yang memecahkannya kepada mazhab dan aliran.

Anonymous said...

sami pakai kot terima gelaran datuk. boleh ke?
(http://www.buddhistchannel.tv/index.php?id=70,9839,0,0,1,0)

Anonymous said...

Tuan pena terima kasih kerana siarkan komen saya. Saya tidak berada di mana mana pihak sama ada `orang` itu mahu pun ketua sami atau pun orang kg.Pada saya semua induvidu berkenaan bersalah.Salah sebagai sami menyuruh orang kg derma dan janji syurga,salah juga `orang `tu menggunakan kelemahan sami tu untuk kepentingan diri politik dia,sepatutnya dia temteramkan orang kg kerana dia `power` kat kg tu tapi apa yg dibuatnya adalah sebaliknya dan salah sebenarnya bagi orang kg membiar orang lain menentukan apa ajaran mereka.Seperti Tuan pena kata,kita yg seharusnya yg tentukan amalan agama kita bukannya ketua kg atau ketua sami.Komen saya sebelum ini bukan untuk memburukan `orang itu,cuma hendak betulkan apa yg salah. Sami itu tidak sebar apa apa apa perkara buruk mengenai `orang` tu tapi `orang` tu yg sana sini sebar fitnah tentang sami lebih lebih lagi sekarang bila dia dah ada account facebook.Adalah tidak adil pada sami kerana dia tak ada peluang untuk mempertahankan diri dia.

Saya tidak berniat untuk memburukan sesiapa,apa yg saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga apa yg telah saya saksikan.Jika ada yg terasa hati saya minta maaf dan pada `orang` jika anda terbqaca ruang ini,nasihat saya pada anda..Karma itu sangat kejam,anda tak tahu bila ia akan datang dan bila ia datang, ia akan hukum anda berkali ganda dosa yg anda buat.Renung renungkanlah..kita sama sama manusia,bila mati ke tanah juga kita pergi.Harta dan pangkat tak akan janjikan anda ke syurga! Dulu anda letak orang miskin dan lemah bawah tapak kaki anda,orang tak berani balas kerana takutkan anda.Sekarang bila `kuku bertemu ruas` anda pula buat perangai macam cacing kena panas.

Dhamma Thuud said...

Di Thailand sendiri terdiri dari 2 Nikaya yang besar iaitu Thamayud dan Mahanikai. Dua aliran ini pula terbahagi kepada Aliran Luang Pu Man,Luang Pho Chah, Luang Pu Sod Wat Pak Nam(Juga Mahaguru kepada Dhammakaya), Dhammakaya, luang Pho Thian, Luang Pho Buddhadasa dan santik Asok... Awal-awal dulu Luang Pu Man suruh semua anak murid yang menggikutinya yattik masuk Thamayut jika ingin ikutnya. Tapi apabila pengghujungnya Luang Pu Man juga tak mahu bagi Yattik lagi... Untuk mengelak dari pepecahan. Kerana Beliau tahu Dhamma Buddha yang sebenar hanyalah satu. Aliran itu tak penting..

pena reformasi said...

Kita harus kembali kepada Buddha-dhamma yang asal. Phra Dhammayut memandang rendah phra Mahanikai sehingga tak sudi makan serentak. Pengikut Mahayana anggap mereka sahaja masuk syurga kerana makan sayur dan praktis Parami menuju Bodisat; jejak Buddha. Sekarang sesetengah pengikut Dhammakai percaya hanya tambun dengan wat Dhammakai boleh masuk syurga.

Hakikatnya, ajaran Buddha cuma satu, tetapi manusia telah mentafsirkannya mengikut fahaman masing-masing.

Tiada siapa boleh larang kita ikut aliran mana kita suka, tapi jangan jadi sombong dan pandang rendah orang lain, tak baik.

Anonymous said...

sya dgr cte siap nk bt'wat' 1 lg...bnyk duit ketua kg,,,

Anonymous said...

Saya juga ingin tumpang sekaki komen tentang masalah yg wujud di Wat Chong Charen Suddhaward, Kg. Chong, Sik, Kedah.

Masalah mula wujud sejak puak Thammakai mula bertapak di Wat tersebut. Sehingga menukarkan amalan yg org kampung selalu amalkan di situ kepada amalan baru sebagai contoh org kg boleh rap sin (terima sil 5) secara on-line terus dari Wat Thammakai, Thailand. Org kampung kata, tiap2 pagi ketua sami sembah TV.

Bukan semua org kampung boleh terima perubahan secara drastik walaupun tindakan tersebut ada pihak yang menyokong.

Ketua sami pula tidak seharusnya memihak kepada satu-satu pihak. Beliau sepatutnya berbincang dgn org kampung terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan. Yg. penting persetujuan ketua Sami dgn Ketua kampung amat diutamakan.

Ini terjadi kerana masing ego. ketua Sami pun anggap dia ada kuasa dan Tok Ketua juga anggap dia juga berkuasa. Maka mulalah episod hasut menghasut di kalangan org kampung utk membuktikan tindakan mereka masing-masing betul.

Apabila ketua Sami dgn ketua kampung bertelagah umpama gajah dgn gajah yg bergaduh maka yg malangnya ialah orang kampung apabila berlaku perpecahan kepada 2 kumpulan. Pernah terjadi apabila puak Tok Ketua mati, ketua sami wat tak dijemput.

Sekarang keadaan kg. Chong semakin parah. Pada pandangan aku, kedua-dua pemimpin ini memang bersalah dalam hal ini.

pena reformasi said...

Dhamma-vinai Buddha mesti menjurus kepada samakkhi (perpaduan)di kalangan penganut dan umat manusia. Jikalau menjurus kepada perpecahan bukan dhamma-vinai Buddha. Buddha mengajar kita menghapuskan perasaan tamak, dengki, sombong, tinggi diri, memandang rendah orang lain dll. Ajaran yang memupuk perasaan tamak, menambahkan perasaan dengki, sombong dan memandang rendah orang lain bukan ajaran Buddha. Sebagai ketua; sami atau orang kampung harus mencari titik persamaan agar perpaduan terjalin.

Anonymous said...

Encik Anon May 21, 2011 3:18 PM

Dia tu tak kaya pun.Awak ingat dia nak buka wat lagi satu pakai duit dia ka? Tau tak dia tu kaki bodek, sepanjang hidup dia tu, membodek orang kaya saja.Cara dia layan orang miskin dan kaya sanagt beza. Dengan mertua dan ipar sendiri pun dia hina.Dia tu perasan kaya,orang kalau betul kaya ,tak payah lah bawa jentolak cari makan sana sini!Masa zaman di naik motor kapchai pun dia dah perasan kaya apatah lagi sekarang.

Anonymous said...

Sawaddi ksb

nampaknya dhamakaya tengah serang kedah dan kelantan. golongan ada duit kampung than chao khun kelantan masuk dhammakaya kerana nak kaya. anak murid thon kutti juga masuk dhamakaya. didikan than chao khun tak ada hasil kerana anak buah kampung masuk dhammakaya. ada sorang yang kaya dengan duit than chao khun bila kaya bantu dhammakai. bawa duit bagi dhammakai setiap tahun. buard phra wat dhammakai setiap tahun. kacang lupa kulit orang kampung gelar orang ini.

Anonymous said...

Saudara saudari Khon Thai Sik,

Pasal Nikaya pun boleh jadi isu. Datanglah ke kg. Khon Thai Kubang Pasu.Mereka bersatu padu bina Wat yang besar-besar, sembahyang bersama(Wat Jitra & Padang Sera).Kenapalah Khon Thai Sik (Kg. Chong) jadi begini. Penyelesaian hendaklah dicari iaitu bermula dari puncanya, duduklah semeja bercakaplah dari hati kehati.

Ingatlah, perpecahan sesuatu kaum, akan merugikan kaum itu sendiri. Malah pepecahan itu memberi tempias kepada Khon Thai yang lain, amat memalukan.

Daripada:
Phai Chit Chidamanie- Jitra.

khwam cing an prak sert said...

cari dosa semata2.... anda xth perkara sebenar jgn ckp mcm ni... pergi ke dn lihat sendri apa ajaran dhammakaya....