Friday, May 27, 2011

Dhammakaya Menyatukan Penganut - Pembaca KSB



Anonymous said...




Satu penulisan yg baik, bermaklumat mengenai Mahanikai dan Dhammayutta. Syabas Sdr ksb.

Saya suka ambil yg positif saperti kata A.Buddhadassa. Saya nampak Dhammakai atau lebih tepat Wat Dhammakai cuba menyatukan penganut. Mereka juga dari Mahanikai. Kita boleh lihat dlm DMCTV atau layari laman webb dmc.tv. Dalam program yg dianjurkan olehnya saperti Magha Puja, Earthday dll para phra2 besar dari Mahanikai, Dhammayutta, Mahayana dan Vajrana juga menyertainya. Dalam program buad phra beramai-ramai seluruh Thailand antara aktivitinya adalah memulihkan “wat-wat rang dikampung-kampung dgn menghantar phra2 pergi camphansa.

Di kampong saya di Kelantan saya nampak mereka yg mengenali Dhammakai lebih membantu dan menolong wat di kampong sendiri jika dibandingkan sebelumnya. Di Kedah juga saya nampak begitu. Baik membantu semasa nganboon di wat, membersihkan tandas2, menganjurkan phapa, kathina dsb. Mereka pergi tamboon di semua wat, di Kedah mereka ini menganjurkan rombomgan tamboon ‘tawai thien phansa tiap2 tahun bila tiba masanya ke wat-wat di kampong pendalaman melebehi 10 buah wat.

Saya tak nampak kedatangan bhikku dari Wat Dhammakaya adalah untuk cuba menguasai wat kita. Tetapi cuba menerapkan nilai-nilai supaya wat dan phra kita ke tahap yg lebih dihormati dan disanjungi oleh penganut, ini mungkin. Mereka pergi dan masuk pun ke wat yg mengundang mereka sahaja, tak kira di bandar atau hulu.

Kita atau wat-wat di M’sia patut copy mana yg sesuai pendekatan Wat Dhammakai untuk memajukan wat kita. Contohnya cara kerja berpasukan, pembangunan modal insan, disiplin, kebersihan, bagaimana menarik penganut setiap lapisan umur dan genda (dari kanak2 - orang tua), beramai-ramai ke wat, bagi membantu memajukan wat dan Buddhasasana. Wat mereka amat hebat kerana dari mula yang hanya diasaskan oleh seorang mae chi dgn anak murid utamanya dua orang bhikku, boleh berkembang menjadi sebuah wat (Thevarada) yg terbesar dalam tempoh 40 tahun.

Kalau tidak melakukan sesuatu perubahan positif saya tak takut kita berpecah belah tapi takut wat kita kekurangan penghuni/penjaga(phra) dan masyarakat kita ditelan zaman (agama lain).

kidD_phudD_thamD.
May 27, 2011 9:48 AM
Delete


8 comments:

Anonymous said...

Tulisan anda ini kurang tepat.Saya mengatakan begini kerana tiada bukti-bukti yang menyokong.Contoh-contoh yang akan katakan samar-samar.Cubalah buktikan wat mana di kelantan atau kedah dengan jelas.
Terima kasih .

Anonymous said...

Satu bukti bahawa pengikut Dhammakai menipu. Betul kata KSB golongan gila pahala ini penipu besar.

Anonymous said...

Berita yang ambo dengar, terdapat dikalangan pengikut Dhamakai bersikap ego kerana mereka beranggapan kedudukan mereka lebih tinggi (dari segi BUNBRAMI).Kalau nak siasat pergilah tanya orang di kg Balai, Bachok..

Anonymous said...

Jika ditti (ego) masih tebal maknanya boonbarami belum dapat hakis.Tidak kira dhammakaya,mahanikai,dhammasyut,atau agama mana pun tidak memuji keegoan mereka.

Anonymous said...

Dulu penggikut "YUREE" yg mendakwa dapat menyembuh bermacam-macam penyakit menyerang Kelantan dan kini masih terdapat dua tiga keluarga masih menjadi penggaruhnya. Tapi aku tengok hospital belum tutup di Kelantan.
> Sekarang 'Dhammakai pula', yang aku hairan orang Bhudha di tempat kita ni mudah terpenggaruh. PENING KEPALA BETULLLLL....Tambah pula kepala aku ni agak botak, maka mengkilatlah nanti memikirkan masalah kepercayaan dan agama dlm masyarakat kita.
>Hakikatnya aku sokong cara Dhammakai mengajar ajaran Buddha, tapi aku keliru sama ada Dhammakai ni buat Boon (pahala) atau bhap (dosa),
>Contohnya, upacara lepas burong dan ikan: Haiwan ini dibeli dari org yg mencari (menangkap/pemburu) di sungai atau atas pokok. Binatang ini dah hidup bahagia dalam alam mereka. Bila org Dhammakai perlukan mereka ditangkap secara meluas krn ada pasaran. Ertinya, Kalau dulu ikan besar untuk dimakan saja ditangkap tetapi kini besar utk makan kecil boleh jual pada org Dhammakai, Burong ketitir pula kalau dulu yg suara merdu saja ditangkap kini semua ditangkap, yg suara tak merdu boleh dijual kepada org Dhammakai, tolak campur, kepercayaan orang Dhammakai turut menyumbang kepada kematian dan penderitaan binatang itu krn bila tertangkap binatang itu dikurung dan ada yg mati sebelum sempat dijual. ENTAHLAHHHHHHH mungkin pandangan aku ni salah......dan beberapa perkara lg yg aku kurang setuju dgn Dhammakai. Tetapi buat baiklah berpada-pada, buat jahat jangan sekali (mungkin buat banyak kali boleh kot?) Gurau jeeeee
>
>Nam Roan

Anonymous said...

wat Dhamakai, phra wat Dhammakai, Luang Phor Dhammakai kaya, orang Dhammakai yang kaya terus kaya, yang miskin masih miskin. Henti rokok, minum, judi, hiburan kumpul duit banyakbanyak bagi pada Dhammakai. Siapa cerdik, siapa bodo lu fikirlah sendiri. Duit beli boonbarami, Dhammakai dapat duit, pengikut dapat boonbarami. Dahulu Mahayan suruh orang kumpul boonbarami, sekarang Dhammakai pulak. Jual boonbarami bisness paling menguntung kerana tak perlu modal. Karma apalah orang Siam kita selalu kena orang tipu. Buard phra berpuluh phansa, tapi bodo lagi. Ada naktham A, tapi tak cerdik-cerdik.

Anonymous said...

aku nie sebenar nya jarang masuk wat. tak kira lar wat tambahkaya kar, tambahmiskin kar, cetakwang kar, kapurwang kar; jarang.

tapi dua benda yang aku suka dengan dhamakai nie.

1. disiplin. berbeza dengan kita. bila phra senyap kita borak. bila phra cakap kita borak. bila phra bagi sila kita borak. bila phra suat kita borak. bila phra borak
kita lagi lar borak. cuba banding dengan dhamakai.

2. kebersihan. kalu korang pergi kat lapangan piring terbang diaorang yang boleh muatkan beratus ribu orang tu dan jumpa sampah sarap selepas perjumpaan diaorang, aku berani belanja KFC korang tiga hari berturut-turut. cuba bandingkan dengan wat kita selepas 'wean thean' vesak day.

pasal kena beli tiket pergi syurga macam pergi tengok F1, pasal lepas burung, pahala ker dosa ker, ego ker tak ego ker atau menipu ker itu aku tak masuk campur.

lu pikirlah sendiri.

pena reformasi said...

Dalam hal ini saya setuju dengan Anon "lu pikirlah sendiri". Saya rasa mereka yang pernah pergi Wat Dhammakai Chedi juga setuju.