Sunday, May 29, 2011

Jangan Jadi Orang Buta Raba Gajah!

Pada suatu masa seorang Raja di Savatthi memanggil pembesar negara menghadap. Baginda menitahkan pembesar tersebut keluar istana mencari dan mengumpulkan kesemua orang buta yang butanya sejak dilahirkan di suatu tempat. 


Kemudian Baginda menitahkan kepada pembesar istana membawa seekor gajah ke tempat orang-orang buta berkumpul. Setelah dibawa datang gajah, pembesar istana membawa 7 orang buta ke gajah; seorang di kepala gajah, seorang di belalai gajah, seorang di gading gajah, seorang di telinga gajah, seorang di badan gajah, seorang di kaki gajah dan seorang di ekor gajah. Kemudian pembesar itu memberitahu kepada orang-orang buta bahawa inilah yang dipanggil gajah. Kesemua orang buta itu meraba-raba anggota gajah bagi mengenalinya. 


Raja menghampiri orang-orang buta dan bertanya sama ada mereka telah kenal gajah? Orang-orang buta menjawab bahawa mereka telah kenal. Kemudian Baginda bertanya kepada setiap orang buta tentang gajah. 


Si buta yang memegang kepala mengatakan gajah menyerupai tempayan. Si buta yang memegang telinga mengatakan gajah seperti kipas. Si buta yang memegang gading mengatakan gajah seperti hujung alat pembajak. Si buta yang memegang belalai mengatakan gajah menyerupai batang pembajak. Si buta yang memegang badan mengatakan gajah menyerupai lumbung padi. Si buta yang memegang kaki gajah mengatakan gajah menyerupai tiang dan ekor gajah menyerupai ulu lesung. 


Kerana pendapat yang berbeza-beza tentang gajah, menyebabkan orang-orang buta bertengkar. Mereka merasakan mereka tidak patut mempersembahkan "gajah" yang berbeza-beza kepada Raja. Walau bagaimanapun mereka tetap mempertahankan "gajah" masing-masing. 


Perumpamaan ini sering digunakan oleh bhikkhu apabila mengajar Dhamma. Pengajaran yang dapat kita ambil ialah, apabila kita membuat kesimpulan tentang kebenaran berdasarkan pandangan dari satu sudut, kita tidak akan menjumpai kebenaran yang sebenar. Kita sepatutnya melihat kebenaran dari segala sudut. 


Berbalik kepada Buddha Dhamma, kita tidak boleh merumuskan sesuatu perkara secara tergesa-gesa berdasarkan penglihatan kita semata-mata kerana penglihatan kita belum pasti menyeluruh. Kita mungkin seperti orang buta meraba gajah. 


Agama Buddha secara kasar boleh kita bahagikan kepada 4 bahagian utama. 


1. Bahagian yang menjadi sumber pendidikan. Baginda Buddha ialah guru kepada manusia dan dewa  (devata). Oleh itu, ajaran Buddha tentulah sebahagian besarnya merupakan sumber ilmu bagi mengajar manusia dan dewa yang melekat pada lokiya agar dapat melepaskan diri daripada vatta-samsara. Bahagian ini termasuklah Trilaksana, Ariya Sacca 4, Magga 8, Arahant, Nirvana dan sebagainya. 


2. Bahagian agama dan upacara keagamaan. Bahagian ini merangkumi kehidupan di dunia ini, kehidupan selepas mati di syurga dan kehidupan selepas mati di neraka. Saya katakan bahagian agama agar selaras dengan pemahaman agama lain tentang agama yang mesti meliputi dunia dan akhirat. Bahagian ini merupakan bahagian yang ramai antara kita meletakkan harapan menggunung kelahiran semula lebih baik daripada kehidupan hari ini. (Pengertian agama tidak sama dengan sasana).


3. Bahagian falsafah. Bahagian ini kelihatannya "indah kata daripada amalan".  Kata-kata dan ungkapannya sedap didengar, tetapi amalannya kurang. Bahagian ini sering menjadi tumpuan para intelektual dunia yang lebih gemar bercakap dan berbahas daripada mempraktiskannya. Para intelektual agama Buddha pun sering terperangkap dalam bahagian fahsafah ini. 


4. Bahagian yang menyesatkan. Ini bahagian paling ditakuti kerana apabila terjebak akan membawa kita ke jalan kesesatan. Semua agama ada bahagian ini. Bahagian ini wujud daripada silap tafsiran tentang Buddha Dhamma oleh pakar-pakar agama Buddha. Perkara-perkara yang membawa kepada kesesatan ini wujud dalam ketiga-tiga bahagian  di atas. 


Untuk melihat agama Buddha secara menyeluruh, kita mesti melihat kesemua bahagian ini. Kita tidak mungkin dapat kenal "bun-barami" sebenar jikalau kita hanya tumpukan kepada "kehidupan selepas mati di syurga" semata-mata. Kita tidak akan kenal "Samma-Ditthi" sekiranya kita tidak mendalami bahagian yang menyesatkan yang menjadi "Micca-Ditthi". Ini hanya sekadar contoh. 


Kesimpulannya, untuk mengenali kebenaran agama, kita mesti melihat keseluruhan ajaran agama tersebut. 









18 comments:

Anonymous said...

Yang kurang cerdiknya ialah raja negeri Savatthi itu sendiri krn memanggil org buta sejak lahir menilai imej gajah untuk beginda yg tidak buta. Kenapa aku kata begitu? Ini kerana orang buta sejak dilahirkan tidak mungkin dapat memberi jawapan yg tepat. Mereka tidak pernah melihat objek di dunia ini. Tak kenal warna, bentuk nyamuk pun tak pernah lihat, (kalau perempuan semua cantik/ kalau lelaki semua kacak) apatah lagi gajah yang sukar ditemui. Apabila sibuta mendakwa gajah itu spt lesung, kipas, alat pembajak dan sebagainya, juga cerita bohong kerana kita semua tahu bhw org buta sejak lahir tak pernah melihat benda-benda itu semua. Berkomunikasi dlm kalangan mrk hanya melalui deria rasa (raba) dan mendengar. Raba saja tak mungkin 100% tepat. Mereka kena lihat, raba dan gosok barulah 100% best. Lagi pula zaman itu mana ada elektrik atau kipas (kipas daun kayu adalah)... Org yg reka cerita ini penipu besar!!!!! Tak rujuk sejarah.
Rumusannya: Jikalau kita nak tahu kesihatan jantung, jgn pula disuruh tok bomoh ’minyak mati bunuh’ yang membuat pemeriksaan, banyaklah nanti cerita hantu dan cerita ’kena buatan org’ yg diceritakannya. Nak periksa jantung jumpalah cardiologist. Maksud aku, jika kita mahu mengetahui sesuatu itu dgn tepat, tanyalah pada yg pakar atau orang yg benar-benar mengetahuinya. Lagi pun, zaman IT seperti sekarang, cerita mcm itu dah tak relevan lagi.
>>>
Golok tayam

Anonymous said...

Golok tadika mana ini? Orang bagi perumpamaan supaya tak buat keputusan sesuka hati pasal Dhamma. Dia pulak persoalkan perumpamaan gajah tu. Orang belajar Dhamma Phrabuddhacao umpama orang buta dia baca bahagian mana dia kata bahagian itulah Dhamma sebenar bahagian lain bukan. Padahal realitinya tak macam tu. kita kena belajar semua dari A - Z baru tahu Dhamma sebenar. Jangan baca sebuah buku tabik dada aku pakar Dhamma. Nak cari orang yang benar-benar mengetahui bukan mudah kerana ramai orang mengaku dia benar2 mengetahui. Tanya Dhammakai, dia kata dia pakar Dhamma, tanya Tammayut, dia kata dhamma dia saja betul, tanya Mahanikai, dia kata dhamma dia paling tulen. Nak tanya siapa???? Jawabnya tanya kepada kitab suci Phra Traipidok.

Thai SIAM said...

Betull ..Ambo sokong demo 101%...

Anonymous said...

pembaca ksb mempunyai 2 golongan. 1 golongan yang baca dan kritik tulisan ksb. 2 golongan yang baca dan kritik tuan pena reformasi.

aku harap tuan pena tidak perlu layan golongan kedua. golongan ni sekarang tengah serang presiden wat 8 Liam.

Anonymous said...

Saya ni sokong dan serang tuan pena juga.Saya juga serang tuan precdent 8liam juga. Harap tuan pena sokong dan serang juga.Carilah jalan yang benar.Tuan pena akan berjaya.
suka raba duit dalam box

Anonymous said...

Saya tabik presiden wat 8 segi, walaupun ada pihak (musuh dalam semak) hantam dalam web, sms, beliau masih kooollll,sebab amalan Dhamma beliau begitu tinggi.

Kepada mereka-mereka yang tak senang atau tak suka presiden atau ajk, gunalah saluran yang betul untuk komplen ataupun tunggulah masa agm, kalau tak suka pilih yang orang lain tupun kalaulah ada agm.

Dari khabar angin yang saya denqar kemungkinan ada kekosongan jawatan presiden. Kepada ahli SBA, pilihlah orang yang bertangungjawap untuk memegang jawatan presiden dan juga ajk, jangan tangkap muat saja, nanti bertimbun lagi masalah...

Anonymous said...

Aku siapa?
Orang biasa..
Aku orang kaya?
Bukan,miskin tapi ada harta
Aku alim?
Memang,..alim dalam kain.
Aku cerdik?
Memang cerdik,belit duit wat.
Aku pandai?
Pandai tipu member.
Aku jujur?
Memang jujur tapi dah terlanjur.

Aku takut dosa?
Tak takut, aku rela berdosa,nak kaya.
Aku akan terus jadi begini?
Usah takut dosa,aku nak kaya,makan duit wat.
siapa aku?

Anonymous said...

Betul kata saudara/saudari anon May 30, 2011 10:09 AM

Mamat Golok ayam ni rasanya sekolah tak habis.lain yg ditulis Tuan Pena lain pula yg dia faham.Agak agaknya `mau lau krang wan`tu.

Anonymous said...

orang hantar sekolah nak bagi cerdik, golok tajam ni lagi bodoh. Sahih jenis tak masuk wat pergi dengar desana agama kerana kandungan desana cerita-cerita umpama belaka. orang masuk wat dia duduk minum kedai dekat wat itulah sebabnya mau lau krang wan.

Anonymous said...

natang mana yang dok kondem presiden wat 8Liam, tolong bagi nama siam yang layak gantikan tempat presiden sekarang. bila ada pengganti baru dia boleh keluar. dia bukak tong ambo tau, tapi dia makan duit demo nampak ke? main tuduh tak ada bukti tak baik, dosa.

Anonymous said...

"Jawabnya tanya kepada kitab suci Phra Traipidok".

Hakim mahkamah Agung yg arif ilmu Undang-undang yg membicarakan kes menggunakan buku undang-undang yg sama selalunya mengeluarkan keputusan yg berbeza di kalangan mereka(tidak sebulat suara). Begitulah kita ni yang membaca buku dhamma yang sama tetapi mempunyai pemahaman atau interpretasi yang berbeza.
Saya agak inilah juga sebabnya yang menwujudkan nikaya yang berlainan selepas ketiadaan Buddha. Ia itu ikut interpretasi masing-masing. Tetapi yang cantiknya penganut Buddha tidak berkelahi atau berbunuh kerana berlainan pendapat. Jadi perumpamaan di atas tu masih relevan dalam konteks ini. Manusia tidak akan bersatu pendapat!

pena reformasi said...

Kita bukan sahaja tidak berbunuhan kerana perbezaan mazhab atau aliran, malahan tidak bertengkar secara terbuka. Mahayana dan Theravada boleh duduk sekali, berbincang Dhamma dan saling bertukar pendapat. Contoh terbaik ialah Bhikkhu Mahayana dari beberapa negara pernah melawat Sangharat Thailand dan begitu juga sebaliknya.

Inilah keistimewaan agama Buddha yang menjadi kebanggaan kita semua dan harus dipelihara.

Anonymous said...

Tuan Pena yang mahu berjasa,
tolong cerita pasal neraka,
anak-anak muda kurang peka,
agama buddha memang mulia.
kukuh bertahan gagah perkasa,
sudah berjuta manusia percaya,
sudah berkurun-kurun lama

pena reformasi said...

Nak tengok neraka pergi penjara Kajang atau Sungai Buluh.

Anonymous said...

Mana ada neraka..8liam PRECDENT pun tak takut,saing2 dia pakat2 make...hok lain ..angguk aje..

Anonymous said...

Siapa tak caya tunggu hari saibart, bini precdeng 8liam, bawa bekas bertindik mari ketik,bukan bawa lauk mari ketik,tapi nak ambik lauk bawa balik gi rumah dia.puak tak caya tunggu tengok.puak mae kreung bual mulut buih kat dapur..he he he..tok laki make,bini pun make..habik mace ni..

Anonymous said...

Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Anon June 4, 4.44AM, ambo tengok pada 19/6/11 memang berlaku...nasib hanglah tuan precedent wat 8liam...

pena reformasi said...

Kita pergi saibart di wat bagi mengurangkan ketamakan, tetapi jikalau ketamakan semakin bertambah setelah saibart berpuluh tahun, itu ada sesuatu yang tak kena.