Saturday, May 14, 2011

Naga Dan Agama Buddha



(Foto 1: Pokok kelapa yang dikatakan menyerupai naga menjadi sasaran kaki ekor).




(Foto 2 dan 3: Kotoran/lumut pada cermin jendela rumah dikatakan menyerupai seekor naga. Cermin ini menjadi pujaan kaki nombor ekor.)


Naga merupakan haiwan istimewa yang dipercayai wujud oleh penganut agama Buddha. Haiwan ini sering dikaitkan dengan unsur positif. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan haiwan ini dipercayai bakal membawa tuah. Sungai Mekong, misalnya dikatakan menjadi tempat kemunculan Naga Besar (dalam bentuk cahaya) setiap kali menjelang hari masuk Phansa. Masyarakat Cina dan India juga percaya akan kewujudan naga. Sejauh mana kebenarannya, terpulang kepada orang yang mempercayainya.


Dalam agama Buddha, naga atau Raja Naga "muncul" di beberapa tempat. Raja Naga sebenarnya wujud sebelum era Buddha lagi. Terdapat beberapa kisah yang mempunyai kaitan dengan naga.


1) Setelah mencapai Trassaru (Pencerahan Sempurna), Buddha mengembara ke beberapa negeri bagi menyebarkan ajaran baginda. Suatu hari ketika berehat di bawah pokok, hujan turun dengan lebat dan ribut pun kuat selama 7 hari. Seekor Raja Naga yang bernama Muccalin melingkar keliling Buddha sebanyak 7 lingkaran sambil mengembangkan kepalanya bagi melindungi Buddha agar tidak terkena hujan dan ribut. Setelah hujan dan ribut reda, Raja Naga bertukar menjadi manusia, kemudian berdiri memberi penghormatan kepada Buddha. 



2) Kisah yang lain, terdapat seekor naga yang begitu percaya dan yakin dengan ajaran Buddha. Naga tersebut menjelma jadi manusia lalu minta ditasbihkan (buard) jadi Bhikkhu. Suatu hari, ketika Bhikkhu Naga tidur tengah hari, tubuhnya bertukar kepada naga. Para Bhikkhu yang melihat keadaan itu amat terperanjat lalu melaporkan perkara tersebut kepada Buddha. Setelah mengetahui perkara sebenar, Buddha minta Bhikkhu Naga keluar daripada alam bhikkhu kerana haiwan tidak boleh jadi bhikkhu. Naga tersebut amat kecewa dan sedih tetapi akur dengan perintah Buddha. Walau bagaimanapun dia minta kepada Buddha agar setiap orang yang hendak jadi Bhikkhu dipanggil "naga" (nakh) sempena namanya. (Dari sinilah datangnya istilah buard nakh dalam agama Buddha.) 



Bermula peristiwa itulah, Buddha melarang semua jenis haiwan, sama ada naga, garuda, atau haiwan lain buard jadi bhikkhu. Ketika seseorang hendak buard, upaccaya akan bertanya 8 soalan, termasuk, adakah anda seorang manusia? Soalan ini bagi mengelakkan haiwan menjelma sebagai manusia untuk jadi bhikkhu. 


(Bayangkan haiwan pun mahu jadi bhikkhu kerana mahu mengamalkan Dhamma-vinai agar mencapai Nirvana. Sedangkan terdapat manusia  yang tidak mahu. Bagi yang telah jadi bhikkhu pula, mereka tidak mengamalkan Dhamma-vinai. Bukankah ini lebih teruk daripada haiwan?)



3) Suatu masa, Buddha bersama 500 Arahant menziarahi dunia dewa/devaloka (
เทวโลก). Dalam perjalanan Baginda dan Arahant melintasi tempat tinggal golongan naga yang ketika itu sedang bersuka ria. Raja Naga dalam kumpulan itu bernama Nanthopananda-Nagaraja. Melihat kedatangan Buddha dan pengikut, Raja Naga begitu marah lalu pergi ke Gunung Phra Sumeru (Gunung Meru), menjelma menjadi seekor naga gergasi dan melilit gunung tersebut sebanyak 7 lilitan, kemudian mengembangkan kepalanya menutup pintu syurga Dao Deung (ดาวดึงส์) yang sedang ditujui Buddha dan pengikut. Raja Naga tersebut tidak membenarkan Buddha dan pengikut pergi ke Dao Deung. 


Beberapa orang bhikkhu minta izin Buddha untuk menghalau Raja Naga, tetapi ditolak sehinggalah tiba giliran Bhikhku Mogganlana (Phra Mogganla) barulah Buddha mengizinkan. Phra Mogganla menjelma menjadi naga yang besar , lebih besar daripada Raja Naga, lalu melilit Raja Naga Nanthopananda-Nagaraja sebanyak 14 lilitan. Raja Naga tidak tertahan lalu mencipta api yang besar. Naga Mogganla juga mencipta api yang lebih besar. Api Raja Naga tidak mampu melawan api naga Mogganla. 


Raja Naga lalu bertanya kepada Mogganla, siapakah Mongganla yang sebegitu hebat begini. Mogganla menjawab bahawa beliau murid kepada Baginda Buddha. Raja Naga minta Mogganla menukar bentuk kembali kepada manusia (bhikkhu), tetapi Mogganla tidak mahu. Mogganla tahu sifat Raja Naga yang tidak mudah menyerah kalah. Sebaliknya, Mogganla mengecilkan tubuh naganya, kemudian masuk ke lubang hidung dan telinga Raja Naga. Raja Naga tidak tahan lalu melarikan diri. Mogganla menjelma menjadi Geruda mengejar Raja Naga. Raja Naga mengaku kalah kerana tidak mampu melawan dengan Mogganla. Raja Naga menjelma menjadi seorang pemuda dan membenarkan Buddha dan pengikut lalu ke Dao Deung dengan baik.


Oleh sebab hubungan yang erat antara agama Buddha dan naga menyebabkan penganut agama Buddha selalu mengaitkan kejadian aneh dengan naga. Sejauh mana kebenarannya, terpulang kepada kepercayaan masing-masing. Apa yang penting, selaku penganut agama Buddha kita sepatutnya menggunakan minda sebelum mempercayai sesuatu. Mempercayai sesuatu dengan emosi, khabar angin atau ikut-ikutan bukan identiti penganut agama Buddha. Apatah lagi kepercayaan itu dikaitkan dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan Sila.





10 comments:

Anonymous said...

Saudara KSB, anda mengemukakan kejadian-kejadian "aneh" dlm kepercayaan Buddha, saudara benar, dalam setiap agama mempunyai kepercayaan anehnya sendiri. Tidak terkecuali Hindu, Islam (peristiwa Israk dan mikraj, dll) atau Kristian (Jesus dpt hidupkan orang mati dan Jesus hanya diangkat Tuhan ke langgit) dll. Agama tidak boleh lari daripada super natural, anda harus kawal dan berfikiran jauh akan impak yg mungkin berlaku apabila remaja yg kurang faham tentang agama Buddha membaca blog anda. Tanpa padangan yg universal dlm isu keagamaan dan kepercayaan saya bimbang andalah orangnya mendorong remaja Siam yg lahir dlm buddha menukar agama ke agama lain, ada logiknya di sekolah mereka yang berkelulusan universiti dan mempunyai kemahiran 'mempengaruhi' yg tinggi dlm agamanya selalu mengambil kesempatan mempengaruhi minta remaja Siam. Jadi, anda yg suka menyiarkan kisah buruk sami buddha, kejadian aneh dlm agama sendiri secara terbuka dan keterlaluan, saya sangat bimbang andalah orangnya punca pembinasa bangsa dan agama sendiri. Cuba saudara KSB fikir, jika meludah ke langgit, kemanakah perginya air ludah bersama kohak yg kotor itu? Fikir-fikirkanlah, adakah sama ada kita telah membuat sesuatu yang betul atau sebaliknya? Buddha pernah bersabda, "sesuatu yg dilakukan harus dilakukan scr sederhana,tali yg ditarik akan putus jika ditarik dgn kuat dan biola tidak kedengaran lagi" anda juga selalu tekankan 'buatlah sesuatu dgn 'panya', tapi mungkin kadang-kadang kita juga terlupa.
>
Maafkan saya dan terima kasih.

Anonymous said...

Naga dengan buddha memang sudah lama wujud.Memang tuan pena arif tentang naga.Kalau zaman Buddha ada naga 7 kepala tetapi di Ketik 8segi,Kuala lumpur kita ada naga 9 kepala .
naga 9 kepala memang kuat power.Semua orang takut sangat tentang naga 9 kepala ini.Dengar berita kata 2 kepala naga sahaja yang makan duit ketik.Pertama ,naga cerdik pandai orang uni,alim dan belit duit duit ketik. Kedua naga kepala botak tapi pakai pakaian orang biasa..Belit juga.
Kepala naga ini bahaya tuan2 puan2
awas..
pesanan dari naga yang tidak berlaga.

Anonymous said...

Salam Buat Saudara KSB

Tenangkan minda, renung-renung, fikir-fikir sejenak sebelum memegang pena anda dan menariknya di atas kertas. Setiap hari saya mengikuti KSB saya bertambah risau, risau kesan pena ini akan meracuni pemikiran genersai baru siam yg sememangnya tidak seberapa kuat dlm aspek agama dan pegangan. Risau generasi ini akan bertangkapan negatif tentang ajaran BUDDHA. Sedangkan pd hakikatnya BUDDHA lebih ideal dan fleksibel dlm segala aspek

SADHU_SADHU
ban nook ook

Anonymous said...

Saya seru persatuan wakil kaum Siam, Pekemas dan Ruamthai pulaukan KSB. Beritahu ahli-ahli jangan baca KSB kerana tulisannya menyeleweng dan meracuni fikiran generasi muda.

Cerita naga tidak logik bagaimana KSB tulis di sini. Ajaran Buddha logik belaka boleh diterima teori sains.

Siam Prihatin

Anonymous said...

Sawaddi KSB! Tulis jangan peduli orang kata.

Ambo nak tanya kepada orang yang tak suka tulisan ini, kalau KSB tak tulis cerita naga, adakah fikiran generasi muda Siam tak diracuni dan pengetahuna agama mereka akan bertambah? Cerita aneh dalam agama perkara biasa yang ada dalam semua agama. Apa gunakan kita kutuk KSB. Perkara penting bagaimana kita nak terangkan kepada generasi muda tentang mesej cerita aneh ini. Kalau tak silap ambo ada beratus cerita aneh dalam agama Buddha. Kenapa generasi dahulu tak diracuni fikiran? Generasi sekarang takut diracuni fikiran?

tumpang lalu

Anonymous said...

Awas KSB, naga kepala botak sedang semburkan api!

pena reformasi said...

Sekiranya kita takut kisah-kisah aneh seperti kisah naga meracuni pemikiran generasi muda kita, ini bermakna mereka tidak boleh membaca kitab Tipitaka kerana kisah begini begitu banyak dalam kitab berkenaan. Adakah tindakan tidak membaca kitab suci Tipitaka akan mematangkan generasi muda?

Maaf sekiranya terkasar, tetapi saya kurang pasti sama ada pembaca yang takut generasi muda teracun fikiran dengan kisah aneh dalam agama Buddha biasa dengan Tipitaka? Dia seperti dangkal dengan kaedah penulisan Tipitaka,tujuan dan pengajaran yang disampaikan melalui kisah aneh tersebut. Sandainya dia faham, dia tidak akan takut pemikiran generasi muda diracuni kerana kisah begini sebahagian ciri-ciri kitab agama.

Kisah-kisah beginilah yang dihafal oleh datuk nenek kita dari generasi ke generasi dan disampaikan kepada kita dengan penuh kebanggaan. Cuba selidiki berapa ramai orang tua-tua yang menghafal kisah begini bertukar agama kerana fikirannya teracun?

Dalam membaca Tipitaka atau mendengar kisah-kisah aneh yang kedengarannya seperti tidak masuk akal,melampau batasan fikiran rasional, kita mesti faham bahawa bahasa penulisan Tipitaka terbahagi kepada 2 iaitu laras bahasa manusia dan laras bahasa Dhamma. Kisah aneh menggunakan laras bahasa Dhamma, oleh itu kita tidak boleh mentafsirkannya melalui disiplin laras bahasa manusia.

Jikalau tafsiran kita betul, kita akan dapati tiada apa yang tidak masuk akal dalam Tipitaka. Semuanya "boleh diterima akal" dalam konteks kitab agama yang ditulis ribuan tahun dahulu.

Generasi muda Siam akan lebih berbangga dengan agama Buddha apabila mereka betul-betul memahami kitab Tipitaka; sebuah kitab yang lengkap "fizikal dan mental"; "sains, motivasi dan psikologi" dan tiada kitab lain dapat menandinginya.

Anonymous said...

Syabas, Tuan Pena penjelasan anda sangat bagus. Saya setuju bahawa Tipikata sumber ilmu yang tiada tandingannya. Ramai ilmuan Barat kaji dan gunakan sumber Tipikata dalam menghasilkan buku motivasi dan psikologi. Malangnya kita di sini masih bertengkar tentang perkara remeh-temeh.

Fikiran generasi muda tak akan diracuni dengan kisah luar biasa dalam agama. Fikiran mereka akan diracuni jika sami yang dianggap suci dan disanjung tinggi buat benda tak baik. Buat benda langgar Sila 227.

sokong KSB

Siam Kelantan said...

Anon May 15, 2011 7:29 AM, anda ada bukti ke kata orang makan duit ketek? Kalau tak ada bukti, tak baik tuduh orang gitu, dosa.

Ambo tau anda kata siapa. Ambo kenal semua orang Siam di ketek tu. Ambo juga boleh agak anda ni siapa. Jangan kerana perselisihan pribadi, soal ketek dijadikan peluru tembak-menembak. Ambo tak masuk sebelah mana, tapi dia dengan anda bagai ular dengan belut saja.

Anonymous said...

tuan Siam Kelantan,..
Demo tau ker siapa bile pitis?Berapo ore bile? Mu tengok dulu kalu mu nak sokong dia.Ramai ore dok bual pasal ni oooi..ular panje dari belut..ular sawa punya lol.