Monday, May 16, 2011

Pelihara Sila Sempena Hari Wesak!



Selamat Hari Wesak!


Cuti umum pertama sempena Hari Wesak ialah di Malaya iaitu pada tahun 1956. Pulau Pinang negeri pertama di Malaya yang mengisytiharkan cuti umum Hari Wesak. Dengan usaha Persatuan Buddhist Malaya, pada tahun 1962 barulah Hari Wesak dijadikan cuti umum Persekutuan. Kita selaku rakyat Malaysia patut berbangga kerana menjadi negara pertama di dunia yang mengangkat Hari Wesak sebagai hari cuti. 


Pada 1967 Persatuan Buddhist Dunia bersidang di Bangkok, Thailand bagi mengiktiraf Hari Wesak sebagai hari penting. Hal ini diperakui banyak negara di dunia. 


Hari Wesak merujuk kepada 3 hari penting berkaitan Baginda Buddha iaitu Hari Kelahiran, Hari Trassaru dan Hari Kemangkatan Buddha yang diraikan serentak.  


Bagi kita yang menganut agama Buddha, kita harus memainkan peranan memelihara kesucian Hari Wesak. Perkara-perkara yang bercanggah dengan Sila harus dijauhi. Perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej agama Buddha patut dielakkan. Hari Wesak diiktiraf oleh dunia (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sebagai hari keamaman dunia. Kita sepatutnya berbangga dan berusaha ke arah keamanan tersebut. Keamanan mental dan fizikal akan lahir apabila kita memelihara kesucian Sila 5 - tidak membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan minum alkohol. 


Di Thailand, minuman alkohol dilarang dijual  pada hari penting agama, seperti Hari Wesak, Hari Makha, Hari Asalaha, Hari Masuk Phansa, kecuali di hotel. 


Pada hari mulia itu, kita hanya melakukan perkara yang disuruh oleh Buddha, kita tinggalkan perkara yang dilarang dan pada masa yang sama kita bersihkan hati daripada lobha, dosa dan moha (tamak, marah dan sesat). 


Pada Hari Wesak kita mesti kawal indera 6 iaitu mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati supaya tidak mencetuskan perasaan tamak, marah atau sesat (keliru). Kita juga tidak boleh melakukan perkara yang menjurus kepada ketiga-tiga kejahatan ini. Untuk mengawal tamak, kita mesti berbanyak buat sedekah. Untuk mengawal marah, kita mesti mempunyai belas kasihan (metta) dan  berkemaafan. Untuk mengawal sesat (keliru) kita mesti meluaskan pengetahuan. 


Moha bermaksud sesat atau keliru kerana tidak dapat membezakan perkara yang benar dengan yang tidak benar. Kerana moha seseorang, wat atau institusi agama selalu buat salah. Lihatlah perayaan Hari Wesak yang diadakah di wat sekitar Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Banyak perkara yang diadakan sempena hari tersebut tidak menjurus kepada kebenaran. Kebanyakannya menjurus kepada ketamakan mahu mencari keuntungan daripada hari kebesaran agama. 


Ketua Sami ada pegangan Sila 227. Presiden persatuan wat dan AJK ada pegangan Sila 8 atau Sila 5, tetapi sedihnya mereka dengan rela hati memperalatkan Hari Wesak dan kaum Buddhis bagi melayan nafsu tamak mencari keuntungan wang. Pelbagai kaedah dan cara digunakan yang kesemuanya tidak ada dalam ajaran Buddha. 


Memperdaya dan menipu orang menggunakan alasan agama sangat besar dosanya. Kenapakah mereka tidak takut dosa? Atau bagi mereka dosa itu tidak ada, Karma pun tidak ada? Tidak berbaloi berlumba-lumba mencari duit masuk wat dengan cara yang salah dan melanggar peraturan agama kerana duit tersebut hanya dipakai sementara waktu sahaja, sedangkan dosa yang ditanggung membayangi diri ke setiap kelahiran. 


Kerana rela  melanggar peraturan agama bagi mencari duit masuk wat, maka tidak hairan apabila ada orang mendakwa AJK wat makan duit. Kalau tidak makan duit, kenapa rela melakukan dosa semata-mata mahu cari duit masuk wat? 


Untuk memelihara kesucian Sila yang dipegang, mengelakkan buruk sangka orang ramai dan tidak mempalit dosa kepada diri sendiri, lakukanlah perkara yang dibenarkan sahaja pada Hari Wesak. Tidak perlu berlumba-lumba mahu cari duit masuk wat. Perolehan yang kecil dengan cara yang betul lebih baik daripada perolehan besar tetapi melalui cara yang salah. Jikalau PBB boleh terima Hari Wesak sebagai hari keamaman dunia, kenapa kita tidak boleh jaga kesucian hari tersebut dengan menjauhi semua perkara yang bercanggah dengan Dhamma-vinai?


Apakah yang patut dilakukan oleh kaum Buddhis pada Hari Wesak? Bangun pagi, mandi dan bersihkan diri. Berpakaian bersih dan kemas pergi ke wat untuk mengambil Sila, suatmon, dengar khutbah Dhamma dan buat Sanghadana. Jikalau wat mengadakan pesta besar-besaran, tolong apa-apa yang perlu asalkan tidak melanggar peraturan agama.  Bagi mereka yang tinggal jauh dari wat, atau mereka yang tidak terdaya pergi wat, mereka boleh mengambil Sila di rumah. Mereka berniat dengan nama Buddha, Dhamma dan Sangha untuk memelihara Sila. Sila mereka sama suci dengan Sila yang diambil di wat. 


Hakikatnya, mengambil Sila (rapsin) tidak semestinya dengan Bhikkhu. Sila akan jadi Sila melalui niat di hati kita. Apabila kita berniat bahawa kita akan berpegang pada Sila 5 - tidak membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan minum alkohol, lalu perbuatan kita dari detik itu akan jadi Sila. Putera Siddharta tidak pernah terima Sila daripada sesiapa sepanjang 6 tahun praktisnya sehingga mencapai Pencerahan Sempurna (Trassaru), tetapi Sila Baginda terpelihara kesuciannya. Sila 5 dan Sila 8 diamalkan oleh golongan Brahmana lagi.


Penganut agama Buddha selalu berbangga bahawa agama kita tidak menganjurkan pembunuhan, keganasan, penzinaan, penindasan dan sebagainya, tetapi apakah kesan baiknya jikalau kita tidak mengamalkannya. Agama tetap agama. Betapa suci dan baiknya sebuah agama, kalau penganutnya tidak patuh, kesan kebaikannya tidak wujud. Ajaran Buddha sangat baik, semua orang tahu, tetapi adakah kita selaku penganutnya cukup baik? Agama akan dipandang baik sekiranya penganutnya berbuat baik. Begitu juga sebaliknya. 


Kalau penganutnya membunuh, mengganas, menipu, mencuri dan merampas hak orang lain, sukarlah orang hendak percaya bahawa agama tersebut menganjurkan kebaikan kerana imejnya tercemar oleh penganutnya. Apatah lagi apabila tindak-tanduk  individu yang dipandang mulia dalam agama tersebut seoleh-olah mengizinkan kejahatan.


Hari kebesaran agama Buddha ialah hari yang penting bagi kita semua selaku penganut agama Buddha. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memelihara kesucian diri dan agama dengan memelihara Sila 5, Sila 8, Sila 10 atau Sila 227 pada hari tersebut. 

Tangan yang memberi lebih mulia daripada yang menerima. Memaafkan musuh lebih mulia daripada kemaafan yang lain!









12 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari wesak saudara pena tajam refomasi,KSB.
>
Ini hamba lagi, terima kasih, tulisan anda memang bagus kali ini. Tulisan yang ada nilai 'pembangunan modal insan' untuk remaja Siam. Syabas!!! anda berhenti kutuk insan lain buat sementara waktu. Mungkin untuk menghormati Wesak kot? Aku faham anda saja sengaja mencari isu 'konflik' dan kontroversi untuk menarik minat pembaca melawat blog anda. tapi diharapkan tidaklah keterlaluan!

Anonymous said...

salam KSB

SADHU SADHU saya amat bangga dgn mata pena KSB kali ini saya bersetuju dgn apa yg dibicarakan dan kita sepatutnya bangga dan bersyukur lahir dalam agama BUDDHA "HAPPY WESAK DAY TO ALL BUDDHIST IN THIS WORLD"

SADU_SADHU

ban nook ook

Anonymous said...

Semoga wesak tahun ini 2554,Ajk wat 8liam,tidak makan duit harta wat seperti tahun-tahun dulu.
Semoga mereka sedar dan faham tentang makna apa itu hari wesak.
Semoga mereka faham tentang dosa-dosa yang akan mengikut mereka ke setiap kelahiran.
Semoga si botak dan sisa president tahu bahaya.

pena reformasi said...

Terima kasih semua kerana masih sudi baca KSB di samping memberi komen-komen yang membina.

Selamat Hari Wesak kepada semua pembaca KSB. Silap salah, harap dimaafkan. KSB tidak ada sebarang makna tanpa sokongan kalian semua!

Sadhu! Sadhu! Sadhu!

Dhamma Thuud said...

Golongan yang selalu mempergunakan Agama untuk kepentingan Peribadi adalah umpama penyakit atau virus/Bakteria(jahat) yang ada dalam badan manusia. Sentiasa mencedera dan meracuni organ dalam badan kita. Mereka tidak fikirkan apa-apa. Semuanya hanya untuk diri sendiri dan keluarga mereka sahaja.

pena reformasi said...

Kita memerlukan ubat anti virus/bakteria.

Anonymous said...

Hari wesak baru sahaja berlalu. Ada lagikah sikap tidak tahu malu diri dalam masyarakat siam kita?
Sejauh mana kita fahami tentang hari wesak.Atau kita akan tunggu tahun depan,kemudian membaiki diri pula.Siapa tahu?
Tengoklah apa yang berlaku di sekitar kita.Bakteria jahat membiak.Tuan Pena jangan tuan diam diri.Bongkarkan manusia yang tahu makan tapi tidak tahu memberi..bakteria akan muncul lagi.

pena reformasi said...

Memelihara kesucian agama, menjaga agama daripada diambil kesempatan untuk kepentingan diri atau menggunakan agama demi agenda tersembunyi ialah tanggungjawab kita bersama.

KSB akan terus membongkar niat jahat individu berkepentingan diri.

Anonymous said...

Tuan Pena KSB ingin saya meminta padangan dari pembaca semua.Padangan adalah dari pembaca setia KSB.Mungkin anda semua mempunyai idea yang bernas dan mutunya baik.
Cadangan ini untuk membaiki ajk wat 8liam yang teruk dikomen. Sekiranya pihak-pihak yang kaitan tidak perlu tentang komen ini,macam mana kita hendak menyebarkan agama yang suci ini.
Ramai yang komen tetapi Ajk wat 8liam bagai diam buta tuli saja.
Oleh itu ,sila beri cadangan ini..
1.
2.
3.

Thai SIAM said...

Sempena hari Wesak yang lepas, ambo dapat simpulkan bahwa:-

90% daripada aktiviti yang diadakan di wat 8liam bertentangan dengan ajaran Budhha dan menjurus kepada penipuan untuk mendapatkan lebih sumbangan. Masalahnya sumbangan tersebut masuk ke poket sapa, akaun SBA ker????? kena tanya pada para ajeikei..yang amat budiman.

Lagi satu wat ni dah wujud berpuluh tahun dah, tapi ambo tak pernah jumpa (mungkin tak nampak) satupun buku Dhamma yang diterbitkan/keluarkan oleh wat ataupun pihak SBA sendiri. Ke mana perginya wang sumbangan yang diterima??? tanyalah pada ajeikei..

Anonymous said...

Buku dhamma SBA ada keluarkan tapi tidak berapa sangat kalau dikira duit yang diambik oleh mereka.Tengoklah..
Akaoun SBA dengar kata ada,tapi pitis aje tidak ada. Ke mana pitis itu tuan-puan akan tanya?..saya rasa kena tanya siapa yang bilang pitis itu..

Anonymous said...

Pitis di simpan dalam akaun tuan treasure dia.Bagi-bagi untung dgn tuan pridint,tak caya,tanya dia.Tak makan tak marah.hehe..
selalu berlakon jadi miskin