Saturday, May 7, 2011

Sami Gila Seks Buat Hal Lagi!

(Pelaku wanita sedang buat laporan polis bersama klip video sebagai bukti.)


Cakap pakai mulut semata-mata orang tak percaya. Maklmulah orang Siam percaya sami lebih daripada emak bapak mereka. Kali ini siap dengan gambar isap tetek. Mahu percaya atau tidak, terserah. Pokoknya, bukan semua sami individu suci sebagaimana dimomokkan orang-orang tua kita. Sami syaitan berlambak termasuk yang kita sembah dan bagi makan setiap hari. Berhati-hatilah agar tak puja salah orang.

Kita ingat kita beramalan mulia sembah dan bagi makan sami setiap hari, manakala sami itu pula senyum dalam hati akan kebodohan kita. "Aku tak cacat, ada cukup syarat seorang manusia, tak ada amalan mulia, tak praktis Sila, hanya pakai jubah kuning, tapi orang bodoh masih puja aku. Ha ... ha ... ha!"

Tok sami buat hal lagi. Kali ini diperangkap suami isteri yang tamak wang. Tapi rancangan ini k
antai di tengah jalan. Wang baru ciput, tapi beritanya telah tersebar. Nyawa pula di hujung tanduk.

Suami 56 tahun dan isteri (Puan See, bukan nama sebenar) 30 tahun membuat aduan kepada akhbar tentang perlakuan sumbang seorang sami, berjawatan pembantu Ketua Sami di sebuah wat di sekitar Bangkok. Sami tersebut melakukan perbuatan sumbang dengan Puan See yang dirakam dalam klip video.

Klip video tersebut dirakam oleh pasangan suami isteri itu bagi memeras ugut duit daripada sami syaitan. Setelah dapat sebahagian daripada duit yang dituntut, Puan See terima ugutan bunuh oleh anak murid sami melalui telefon. Mereka ketakutan lalu membuat laporan berserta klip video berkenaan. (Berita lanjut dalam bahasa Thai)


7 comments:

Anonymous said...

buat malu kaum buddhism.

Anonymous said...

kesimpulan nyer ialah kedua-dua nyer setaaaan!!

Anonymous said...

Saudara KSB, ini yg aku mahu kau terangkan/jelaskan /huraikan kepada penganut Buddha semua termasuk Komuniti Siam Baru atau komuniti Siam Lama tentang ajaran Buddha (Thammak) dengan amalan yang diamalkan atau yang dipraktik oleh para penganut adalah berbeza. Kalu manusia faham dan dapat membezakan perkara ini maka fahamlah mereka bahawa yang buruk, jahat atau tak bermoral itu bukan agama. semua agama mengajar perkara yg baik-baik saja. sebenarnya manusialah yg tebal dgn dhuka itulah yg berperagai buruk itu.

Dhamma Thuud said...

Ini merupakan kes yang memalukan Penganut Ajaran Buddha.Tetapi saya berharap golongan muda sedar bahawa Penganut Ajaran Buddha saja yang semakin lemah dan sesat. Ajaran Buddha(Dhamma) masih tetap kekal dengan kebenarannya.

Anonymous said...

saya amat setuju dengan pendapat Dhamma Thuud, hakikatnya manusia yg lemah tiada kena menggena dgn agama Buddha. Ajaran Buddha tetap suci dan mulia harap generasi muda dpt bezakan yg mana agama dan yang mana bukan agama jgn campur aduk sehingga dpt menjatuhkan sesama sendiri dan juga agama BUDDHA

sadhu sadhu
Ban Nook Uk

pena reformasi said...

Kebenaran dan kesucian Dhamma tak akan tergugat oleh perbuatan penganutnya.

Namun, jikalau orang yang dipandang mulia seperti Bhikkhu melakukan kesalahan secara sengaja, orang akan pandang tak baik terhadap agama kita. apabila orang pandang tak baik, orang akan menjauhkan diri. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita "menghapuskan" lalang yang tumbuh di sawah kerana akan merosakkan padi.

Dan yang kita bicarakan, kita bimbangkan bukan tentang ajaran Buddha, tapi tentang penganut yang merosakkan imeh agama Buddha.

Anonymous said...

Orang agama lain akan tertawakan kita bila melihat gambar ini.Dlm masa yg sama mereka berusaha menyembunyikan kelemahan puak mrk jika berlaku peristiwa begini.