Saturday, June 4, 2011

Sejauh Mana Kita Kenal Dhamma?


Kita selalu mendengar istilah "Dhamma" tetapi sejauh manakah kita memahami maksudnya yang sebenar?


Istilah "Dhamma" membawa maksud yang luas, merangkumi segala benda yang ada (alam semesta); yang boleh ada dan yang telah ada; yang tidak ada (yang berlawanan dengan yang ada); segala benda yang setiap orang sebut, fikir atau rasa; yang terjangkau oleh fikiran dan yang tidak terjangkau oleh fikiran; merangkumi lahiriah dan batiniah; benda baik dan tidak baik; benda normal dan tidak normal. Semua yang disebutkan ini terangkum dalam istilah "Dhamma". Daripada maksudnya yang luas, tiada apa-apa pun yang tidak termasuk dalam "Dhamma". Pendek kata, segala benda yang "terjangkau" dan "tidak terjangkau" oleh mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan fikiran (minda) ialah Dhamma. 


"Dhamma" terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:


1. Sangkhata Dhamma (Sangkhara) -  Berkondisi, terbentuk daripada gabungan elemen, dilahirkan, dicipta, dijelmakan, sentiasa berubah-ubah mengikut elemen dan tidak kekal abadi. Meliputi segala yang berkaitan dengan lahiriah dan batiniah, lokiya dan lokuttara, neraka dan syurga, baik dan jahat atau tidak baik dan tidak jahat (merangkumi segala benda kecuali Nibbana). 




2. Asangkhata Dhamma (Nibbana) - Tidak berkondisi, tidak terbentuk daripada elemen, tidak dilahirkan, tidak dicipta, tidak dijelmakan, tidak berubah dan kekal abadi. (rujuk Phra Dhammapidok P.A Payutto)


Dalam Sutta Pitaka, Buddha menyebut tentang Asangkhata bahawa "ada sesuatu yang tidak dilahirkan, yang tidak dicipta, yang tidak menjelma (di mata), yang kekal abadi." Kerana ada yang tidak dilahirkan, yang tidak dicipta, yang kekal abadi, maka ada kemungkinan untuk bebas daripada kelahiran, pembentukan dan penghapusan daripada sebab-sebab (Karma) yang lepas.


Dhamma mempunyai peraturan-peraturan atau norma-norma tersendiri yang tidak boleh diubah, tidak ada kaitan dengan Tuhan, Dewa, Pencipta, Buddha, Nabi, atau sesiapa sahaja. Peraturan-peraturan ini berfungsi sendiri secara semula jadi. Buddha melalui Pencerahan Sempurna menjumpai peraturan ini lalu disebarkan ke seluruh alam demi kebahagiaan abadi semua makhluk.


Dhamma mempunyai 3 ciri utama yang dipanggil "Trilaksana", iaitu:


1. Sabbe Sangkhara Anicca, 


2. Sabbe Sangkhara Dukkha, 


3. Sabbe Dhamma Anatta.


Penganut agama Buddha tidak mungkin dapat memahami agama Buddha dengan baik sekiranya tidak memahami Trilaksana. Daripada Trilaksana inilah ajaran Buddha dikembangkan. Sesetengah orang berpendapat Trilaksana merupakan pengetahuan tahap tinggi. Bagi saya, Trilaksana pengetahuan asas yang harus diketahui sebelum seseorang mendalami pengetahuan lain berkenaan ajaran Buddha. 




Namun, apabila disebut Dhamma, kita akan terfikirkan ajaran Buddha semata-mata. Ajaran Buddha juga dipanggil Dhamma (Dhamma-vinai) iaitu Buddha Dhamma. Akan tetapi "Dhamma" yang sebenar bukan sekadar ajaran, malahan mempunyai maksud yang begitu luas yang merangkumi segala benda yang lengkap dengan peraturan-peraturan dan ciri-cirinya. Jadi,  lain kali apabila kita mendengar orang sebut Dhamma atau terjumpa istilah Dhamma dalam buku, kita harus tahu Dhamma mana yang dimaksudkan itu. 


Sebelum mangkat, Buddha menamakan Dhamma sebagai pengganti Baginda kerana Baginda pun menghormati Dhamma. Tugasa kita selaku penganut agama Buddha ialah mendalami Dhamma, mengamalkannya dan menerima hasilnya dengan cara yang betul.
















10 comments:

Anonymous said...

saya tak pandai sangat ajaran buddha, tapi ksb berikan pengetahuan baru kpd saya. Saya kenal ramai phor than siam, tapi mereka pentingkan duit, tak pentingkan dhamma.

Anonymous said...

Sawatdee Khun KSB,
Taniah dan terima Kasih atas semua Post Thamak yang Khun sudi share dengan kita semua.
Pom rasa alangka bagusnya sekiranya Khun KSB dapat share dengan kita apa maksudnya Trilaksana dan hurai dengan terperinci untuk next post Update.
Selain itu,Khun KSB dapat menambahkan Footnote atau link dimana khun dapt sumber2 petikan khun.
Terima kasih.
Dek Ban Noak

pena reformasi said...

Dek Ban Noak - Saya akan beri link jikalau saya petik drp blog/web. Tapi tulisan ini saya tulis berdasarkan bacaan buku-buku LP Dhammapidok (P.A Payutto).

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca KSB.

Anonymous said...

Ilmu ada di mana-mana saya.Siapa pandai mencari akan jumpalah dia. Begitu juga ajaran siapa rajin mencari akan jumpalah dia.Banyak cara misalnya membaca buku dhamma,mendengar syarahan atau samadi dan sebagainya.
Dalam pemahaman saya jarang orang mencari ilmu agama buddha.(dhamma)Ramai antara yang suka mengkritik sahaja.Sebagai contohnya sekeluarga di sebuah kampung di utara,ibubapa mereka akan mengkritik sekolah dhamma di wat-wat.Bagi mereka dhamma tidak boleh digunakan untuk mencari rezeki atau kerja.Lebih baik pergi tanam tembakau atau pergi dusun tanam dukong.
Inilah sedikit contoh yang ingin saya kongsi.Siapa salah dalam hal ini..ini anak-anak mereka sesat? Tukar agama?

pena reformasi said...

Belajar Dhamma dengan cara yang betul boleh membentuk sahsiah individu. Buatlah kerja apapun jika tiada moral dan disiplin, tak akan berjaya.

Namun, secara jujur saya berpendapat sekolah/kelas Dhamma di wat-wat Siam kita ada sedikit masalah kerana kurang berjaya melahirkan insan yang bermoral dan berdisiplin. Mungkin sukatan pelajaran dan pembelajarannya telah ketinggalan zaman. Mungkin inilah puncanya "tanam tembakau lebih baik drp belajar Dhamma".

Jika sukatan pelajaran dan pembelajaran sesuai, sekolah/kelas Dhamma mampu melahirkan insan yang berguna, rajin, kreatif, inovatif, berdaya saing dan sebagainya. Dhamma bukan sekadar ilmu sejarah Buddha, ilmu duduk tutup mata dan Sanghadana, tetapi merangkumi pelbagai ilmu seperti komunikasi, psikologi, motivasi, sains dan sebagainya. Terpulang sejauh mana kita mampu mendalaminya.

Anonymous said...

Tuan KSB betul ke agama Buddha sampai 5,000 tahun lepas itu habis?

pena reformasi said...

Tak betul, kerana usia agama Buddha bergantung pada "amalan" umatnya! Amalan yang betul, mungkin sampai 10,000, 50,000 atau 100,000 tahun atau lebih. Amalan salah, mungkin kurang dari 5,000 tahun.

Anonymous said...

Dalam kitab prataipidok yang saya baca sampai 5,000 tahun.

pena reformasi said...

Saya tak nafikan ada dalam Attha-Katha, (itu pun tak jelas) tapi tak ada dalam sutta yang "keluar drp mulut Buddha".

Dalam perayaan menyambut 2500 tahun agama Buddha, Khanak Song Thailand tak terima usia agama Buddha 5,000 th. Sebab itu disebut 25 sattawat, bukan separuh usia agama Buddha.

pena reformasi said...

Saya petik drp website agama Buddha.

บางคนเชื่อเอาว่าเป็นเรื่องจริง ว่าพุทธศาสนาจะดำรงอยู่ 5,000 ปี เท่าที่ได้พบ คือพระพุทธเจ้าไม่เคยตรัสเอาไว้ ไม่เคยพบที่เป็นพระพุทธพจน์ว่า พระพุทธศาสนาจะดำรงอยู่ 5,000 ปี แล้วก็หมด แต่มีปรากฏในอรรถกถาหลายแห่ง เช่น อรรถกถาทีฆนิกายก็มี ในอรรถกถาวินัยก็มี ตอนที่เล่าเรื่องการทำสังคายนาครั้งที่ 1

เมื่อทำสังคายนาเสร็จแล้ว แผ่นดินไหวปานประหนึ่งจะบอกว่า ศาสนาที่ พระเถระทั้งหลายได้ทำสังคายนาแล้วครั้งนี้จะดำรงอยู่ 5,000 ปี

ท่านโปรดพิจารณาให้ดี และลองนึกถึงคำว่า “แผ่นดินไหวปานประหนึ่งจะบอกว่า” ธรรมวินัยหรือพุทธ ศาสนาที่พระเถระมีพระมหากัสสปเป็นประธานทำสังคายนาแล้วนี้จะดำรงอยู่ได้ 5,000 ปี นี้ก็มี ในอรรถกถาทักขิณาวิภังคสูตร ในมัชฌินิกายก็มี รวมความว่ามีหลายแห่ง แต่ในอรรถกถาเท่านั้น

ไม่มีที่เป็นพระพุทธพจน์ที่ตรัสบอกเอาไว้ว่า พุทธศาสนา ศาสนาของเราจะดำรงอยู่ 5,000 ปี