Thursday, June 30, 2011

"Sila" Mengembalikan Manusia Kepada Normal


Pada suatu hari di tepi jalan, datang seorang lelaki dan menegur kita dengan kasar sehingga menyebabkan kita menjadi marah. Kerana terlalu marah, kita memukulnya. Dia tidak normal kerana manusia normal tidak menegur orang dengan kasar. Kita juga tidak normal kerana manusia normal tidak memukul orang hanya kerana teguran yang kasar. Pada hari yang lain, kita diberitahu bahawa lelaki tersebut memang tidak normal kerana dia orang gila. Kita lebih daripada tidak normal kerana memukul orang gila. 

Keadaan semula jadi manusia ialah keadaan normal. Manusia tidak normal atau hilang sifat normalnya kerana sesuatu perkara ialah manusia yang telah hilang kesemulajadiannya. 

Sila dalam agama Buddha bermaksud "normal". Kesantaian, ketenteraman, kedamaian dan keamanan boleh dikatakan ciri-ciri keadaan normal bagi manusia. Dalam keadaan begini, lazimnya perasaan manusia tidak terganggu. Jadi, manusia yang ada Sila bermaksud manusia yang berada dalam keadaan normal. Keadaan normal ini merupakan keadaan semula jadi manusia. 

Asalnya manusia berada dalam keadaan normal sebelum ada avijja, kilesa, tanha, upadana dan lain-lain yang membawa kepada perbuatan yang tidak normal. Manusia normal tidak membunuh manusia lain, tetapi apabila didatangi kemarahan manusia menjadi tidak normal, maka pembunuhan mungkin boleh berlaku. 

Kemarahan, biarpun tidak sampai membunuh, boleh dianggap sebagai "menyalahi Sila agama Buddha" kerana kemarahan menyebabkan manusia menjadi tidak normal dan hilang sifat semula jadinya. 

Manakala Sila yang diambil dan diamalkan untuk mendapat "habuan", menjadi "itu dan ini" dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa "aku insan ada Sila" merupakan Sila Brahmana. Sila Buddha tidak ada "habuan", tidak boleh jadi "itu dan ini" dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa aku lebih suci kerana "aku insan ada Sila". Sila Buddhan untuk manusia kembali kepada keadaan normal, keadaan semula jadi manusia. Apabila manusia menjadi normal, manusia akan tenteram, tenang, aman dan damai. 

Sila boleh dijadikan kayu ukur sama ada kita berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Manusia yang berada dalam keadaan normal, bermakna manusia yang sedang berjalan ke arah Nibbana. Jikalau berada dalam keadaan tidak normal (tiada Sila) bermakna jalan yang dilalui semakin jauh daripada Nibbana. 

Buddha minta penganutnya berpegang pada Sila agar mereka berada dalam keadaan normal dan sentiasa menghampiri Nibbana. Namun, Buddha tidak menghukum orang yang melanggar Sila. Bhikkhu yang melanggar Sila yang berat, misalnya meniduri wanita, disuruh keluar daripada alam Bhikkhu. Ini bukan hukuman, tetapi dia harus bertanggungjawab ke atas wanita tersebut. Bagi manusia biasa yang melanggar Sila, Buddha juga tidak menghukumnya. Namun, jikalau dia melanggar Sila yang berat seperti membunuh manusia, mencuri, merogol dan sebagainya, dia akan menerima balasan Karma. Ditangkap dan dipenjarakan juga merupakan sejenis balasan Karma. 

Sila bukan "kaedah pengamalan". Sila "bukan Magga". Dalam Vipassana, Sila tidak termasuk dalam kaedah Vipassana, tetapi "pintu" memasuki Vipassana. Sila hanya cara untuk "memperingatkan Sati" agar manusia tidak lalai dan sedar setiap kali terkeluar daripada keadaan normal yang dipanggil Silanussati.

Kita berbuat salah sewaktu melanggar Sila. Kita sedar kesalahan kita. Itulah Silanussati. 

Sila bagi menghukum (pelanggar Sila) ialah Sila syaitan.

Sila bagi melatih diri (pengamal Sila) ialah Sila Resi.

Sila bagi mengembalikan keadaan normal (pengamal Sila) ialah Sila Buddha.
  



16 comments:

Anonymous said...

Dekat kampung saya meachi suka berlagak sebagai phu mi sin. Mereka selalu cerita nampak macam-macam benda masa pergi samathi dekat Thailand. Perangai mereka seperti tak normal. Apa pendapat KSB?

Anonymous said...

Tuan Pena, saya pembaca setia Kab, saya boleh banyak pengetahuan dhamma dan saya nak cuba amal yang mana boleh. Saya minta tuan pena tulis asas-asas dhamma yang mudah kerana ramai belia Thai kurang tahu. Semoga usaha tuan pena dikurnia bun barami. Sathuk, sathuk, sathuk!

pena reformasi said...

Pembaca yang kutuk Presiden Wat 8 Liam tak usah buang masa kerana dia mungkin tak baca blog ini. Jikalau kamu ada bukti, duduklah berdepan dengan dia. Aku tahu kamu berniat baik, tapi cakap belakang dia tak tahu. Aku bukan menyebelahi sesiapa, tapi aku tahu ada Siam Kelantan di KL yang berniat tak baik, ada agenda tersendiri dengan Wat 8 Liam. Jangan ingat orang tak tahu. Aku harap kamu bukan di kalangan mereka. Kita sesama Siam kalau boleh, berbincanglah bagi selesaikan msalah.

Anonymous said...

Kutuklah dia president 8liam, dia ada baca juga.anak dia pun baca. Nak kutuk dia kuat3.dia x tau malu,sila 8 tu,buat tunjuk aje.serupalah dengan maeci yang berlagak bila balik dari Thailand (anonymous july 2,2011.7.56am )tu..
5 x5

Anonymous said...

Harap2 semua kita jangan mmengutuk tuan president 8liam, dia ada kuasa kebal tu.Tak ada siapa berani lawan dia.Dari hal tandas wat hingga akaun wat,dia urusan.
Ajk lain angguk2 aje.
member2 semua malas nak kata dan takut.
habis cerita

Anonymous said...

Kalu nak jahanamkan 8 liam bagi geng pesila naik.

Anonymous said...

Ambo setuju dgn Anon July3, 9.48, lepas ini tiap minggu bolehlah kumpul jamseng kat 8Liam...

Anonymous said...

Hari minggu, geng Presiden suatmon Morning Chanting dalam wat, geng lain teguk beer kedai kopi belakang wat. Adik kakak pikir sendiri geng mana patut jadi teladan. Identity Siamese Kelantan di KL.

Anonymous said...

.jangan suatmon nak tunjuk2 aje.lepas suatmon mengumpat org pula..

Anonymous said...

Bukan hendak menyokong atau menghina sesiapa.Kita semua ada akal.
Masalahnya tanggungjawab kita semua ini.Misalnya kerja sebagai kerani kita buatlah kerja sebagai kerani.
Kalau kita kerja sebagai tukang sapu,kita kenalah sapu.
Kenapa pula bukan kerja kita,kita melampau buat kerja orang lain tanpa kebenaran.
Lihatlah kerja-kerja dalam SBA itu.Siapa yang melampau?

Anonymous said...

Buka donation box, kita duit, simpan duit dalam bank kerja siapa? Dapat RM90,000, simpan RM80,000 siapa tahu?

Anonymous said...

Cara terbaik ialah memanggil AGM dan usulkan perkara yang berbangkit bagi para ajeke jawap. Tapi yang menjadi masalahnya kebanyakan ajekenya tertidur dan tak tahu undang-undang (persatuan). Kalu tak silap ambo, dah beberapa tahun dah SBA tak buat AGM, mungkin takut ahli tahu bahawa SBA ada masalah... masalah apa tu kena tunggu masa AGMMM...

Anonymous said...

Ramai kat sini nampak tak puas hati. Jatuhlah dia kali. kalu tak jatuh kena tukar nama wat dah. Pasal dia yang besar SBa dan wat.

Anonymous said...

Tuan kalu setakat makan rm 10k itu tak lah berat sangat. maslahnya semua duit wesak entah ke mana? member sba pun tak tau? siapa tolong jawab.ke mana duit wesak tu gi?

TaK said...

Tuan Pena, bolehkah saya post dan share info2 berguna dalam page di facebook?

pena reformasi said...

Boleh!