Sunday, June 19, 2011

Sungai Ganga Yang Suci: Mitos Atau Realiti?

Sungai Ganga (Ganges) di India dipercayai sebuah sungai yang suci, sesiapa yang minum airnya, bermandi-manda di dalamnya, bahkan menyentuh sedikit airnya merupakan satu rahmat yang besar. Dipercayai juga bahawa Sungai Ganga mengalir dari syurga, melalui kepala Siva (Phra Isuan) dan turun ke dunia. Dipercayai lagi bahawa sebelah subang telinga Siva terjatuh dan hilang ke dalam sungai tersebut. 


Realiti sungai Ganga hari ini jauh berbeza daripada yang tertulis dalam kitab suci. Sungai Ganga pada hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti manusia sehingga boleh dinamakan "sungai pelbagai guna". 


Sungai ini boleh menyucikan dosa-dosa, mandi untuk mendapatkan rahmat, mandi harian untuk menghilangkan panas, cuci pakaian, tempat pembuangan bahan kumuhan, tangkap ikan, bakar mayat(tebing), buang mayat, mayat yang tiada pewaris dibakar belum habis terus dibuang ke dalam sungai kerana kayu api mahal, mayat yang hanyut dan melekat di tebing menjadi makanan burung, anjing dan binatang liar, berhampiran pengkalan terdapat aneka jenis bau yang meloyakan iaitu bau orang, mayat, najis manusia, najis lembu dan makanan basi. Kekotorannya memungkinkan pembiakan segala penyakit. Namun, setakat ini belum ditemui bakteria, virus, wabak atau penyakit berbahaya di sungai dan sekitarnya, mungkin kerana cuaca di situ yang sangat panas, sungai sentiasa mengalir dan balasan Karmanya belum tiba. 



Beranikah anda mandi, minum dan cuci dosa-dosa di dalam Sungai Ganga?



Baginda Buddha menolak kepercayaan ini. Baginda berkata jikalau Sungai Ganga suci dan boleh menyucikan dosa-dosa, maka ikan, ketam, kura-kura dan semua hidupan air dalam sungai tersebut akan jadi suci. Bagi Buddha, kesucian seseorang bergantung pada amalannya, bukan sungai atau airnya. 

3 comments:

Anonymous said...

Aiiya, jangan kata nak minum, nak mandi pun segan!

Anonymous said...

Saudara KSB, aku sokong kau tulis tentang Buddha, nasihat, memberitahu thammak (ajaran Buddha) kpd mrk yg tak ngetimana (tahu) tentang ajaran Buddha, kau berdiri di tengah2 'link' pro dan kontra pada sesetengah isu, tegur pd tingkahlaku penganut Buddha yg semakin longgar jati dirinya, krn terpengaruh dek zaman, zaman moden konon. kita faham yg kamu buat itu adalah untuk kebaikan org Siam, nk bela etnik dan bangsa Siam dgn cara kamu. Baguslah. Tapi aku nak nasihat pd kau, kalu boleh jangan sentuh sentiviti agama lain. Tidak kira Hindu, kristian atau Islam. Soal kepercayaa ada beberapa yg harus kita faham:
>
1. Kurdus- suci. murni. Manusia mempercayai agama adalah sesuatu yg suci dan harus dipelihara kesuciannya. Misalnya, penganut agama 'A' melihat rakannya beragama 'B' menghiris badan sampai berdarah, menconting muka, menebuk tubuh, memotong bahagian tertentu kerana agama,dikatakan suci, (yg tak potong dikatakan tak suci) kita akan dapati dalam suasana atau situasi mcm mana sekalipun upacara itu tetap difikirkan perlu atas dasar kepercayaan bahawa ada kekudusan dalam agama dan upacara tadi adalah perlu. Buktinya dapat dilihat pd gambar yg kau muat turun keadaan di Sg Gangga tadi, walaupun sg itu kotor dan teruk, dibuang dgn pelbagai mahliga (benda, namun percayalah bhw kepercayaan tentang kesucian Gangga tidak akan mati selagi agama Hindu wujud di dunia ini sebab Ganges adalah nadi dan unsur suci kpd pengikut agama ini. Banyak cerita dogeng yg dianggap tidak dogeng yg dikaitkan dgn Sg Ganges. Jadi kotor atau tidak kotor ianya tetap dianggap suci pada mrk. Kau percaya aku tak?
>
2. Agama ada kaitan dgn pengorbanan. Sejak zaman purba lagi manusia rela berkorban untuk agama atau sesuatu kepercayaan mrk. Bila dah 'taksub' manusia sanggup buat apa saja utk merealitikan kenyakinan mrk itu. Perkara yg kita fikir pelik pun boleh dilakukan. Contohnya, amalan meminum air mayat beberapa org Melayu Minangkabau di Klang beberapa tahun dulu, kita kata jijik, tapi mereka kata dapat pahala dan dapat berkat, entahlah! Tapi inilah yg aku katakan tadi, kepercayaan menyebabkabkan org 'taksub' bila dah taksub hanya sekadar air sungai Ganges itu hanyalah perkara kecil.
>
3.Oleh itu, jangan bandingkan Hindu dengan Buddha, Islam, Kristian atau mana-mana kepercayaan lain. Kamu akan mengundang kemarahan mrk saja. Kau boleh juga lihat dua atau tiga minggu lepas seorang bapa (Melayu) yg dah taksub dgn tok guru agamanya rela bawa anak gadis supaya disucikan oleh tok guru tesebut. Habis dara budak sekolah itu dibaham oleh situa tadi. inilah cerita taksub.
>
4. Banyak aku cakap, sekali lagi nasihatku usah caro (ambil kisah) hal org, jaga hok kito sudohlah.
>
TQ. Sawatdee

pena reformasi said...

Terima kasih kerana mengingatkan aku!