Sunday, June 12, 2011

Trilaksana: Dua Jenis Sangkhara

Sangkhara Dalam Khanda 5 Dengan Sangkhara Dalam Trilaksana


Istilah "Sangkhara" (Sankhara atau Sangkhan) dalam agama Buddha mempunyai pelbagai maksud bergantung pada konteks penggunaannya. Dua maksud Sangkhara yang selalu mengundang kekeliruan ialah Sangkhara dalam Khanda 5 dengan Sangkhara dalam Trilaksana. 


1. Sangkhara dalam Khanda 5: Rupa, Vedana, Sanya, Sangkhara dan Vinyana.


2. Sangkhara dalam Trilaksana: Sabbe Sangkhara Anicca; Sabbe Sangkhara Dukkha; Sabbe Dhamma Anatta.


a) Sangkhara dalam Khanda 5 bermaksud keadaan yang mempengaruhi minda/mental agar berlaku jahat,berlaku baik atau neutral. Keadaan ini merupakan "ciri-ciri" mental yang secara sengaja mempengaruhi fikiran dan perasaan sehinggalah kepada percakapan dan perbuatan. Oleh itu, Sangkhara ialah pencetus kepada segala Karma. "Ciri-ciri" mental seperti Saddha,Sati, Hiri, Ottappa, Metta, Karuna, Mudita, Moha, Lobha, Dosa dan sebagainya dipanggil Cetasika (faktor yang mempengaruhi mental). Lazimnya dipanggil Cetasika 50 biarpun terdapat 52 kesemuanya. Kesimpulannya, Sangkhara dalam Khanda 5 ialah ciri-ciri, sifat-sifat atau keadaan abstrak yang dipanggil Cetasika yang mempengaruhi minda /mental sehingga mencetuskan perlakuan baik, jahat dan sebagainya. 


b) Sangkhara dalam Trilaksana bermaksud keadaan yang telah dipengaruhi iaitu, keadaan atau benda yang lahir atau wujud daripada gabungan atau cantuman pelbagai faktor/elemen/unsur; sama ada berbentuk absrak atau konkrit, mental atau fizikal, benda hidup atau tidak hidup; yang dipanggil Sangkhata Dhamma (segala benda, kecuali Nibbana). 


Sangkhara dalam Khanda 5 mempunyai ruang maksud yang lebih sempit daripada Sangkhara dalam Trilaksana. 


Sangkhara dalam Khanda 5 berbentuk abstrak dan berfungsi mempengaruhi minda (membaiki minda) sehingga mencetuskan pelbagai perlakuan. Sangkhara ini hanya satu daripada lima bahagian Khanda 5 (Rupa, Vedana, Sanya, Sangkhara, Vinyana). 


Manakala Sangkhara dalam Trilaksana berbentuk abstrak dan konkrit, mental dan fizikal yang terhasil daripada gabungan atau cantuman elemen-elemen atau faktor-faktor tertentu. Sangkhara ini merangkumi kesemua bahagian Khanda 5. 

















No comments: