Friday, July 22, 2011

Asal Usul "Kruad Nam" Dan Kepentingannya



          



"Kruad Nam" (กรวดน้ำ) merupakan upacara agama yang sangat penting dalam agama Buddha. Istilah "kruad" datang daripada bahasa Khmer iaitu "caruad" yang bermaksud "curah atau renjis". Apabila sampai ke mulut orang Siam, jadi "kruad". "Kruad nam" bermaksud curah air atau renjis air.


Manakala istilah "Uthit" (อุทิศ) dalam kamus agama Buddha diberikan beberapa maksud, antaranya ialah, memberi; ditujukan khas; diingati; dibuat untuk; dan membahagikan hasil pahala (suan bun) kepada individu yang telah meninggal dunia mengikut adat tradisi. 

Lazimnya orang Siam apabila melakukan kebaikan atau tambun, misalnya membuat kebajikan, membuat dana atau Sanghadana dan sebagainya akan disusuli dengan upacara kruad nam untuk uthit kepada si mati atau saudara mara yang telah meninggal dunia.

Pernah ada orang bertanya kepada saya jikalau kita uthit hasil pahala (suan bun) kita kepada si mati, adakah hasil pahala yang kita dapat akan berkurangan? Saya hampir hendak ketawa. Tidak mungkin akan berkurangan walaupun uthit kepada 1000 orang. Uthit sebenarnya menitikberatkan soal "kebaikan hati, kemuliaan hati atau kesediaan hati untuk berkongsi" hasil kebaikan yang kita terima. Hasil kebaikan ini berbentuk abstrak yang tidak boleh dilihat atau dipegang, tetapi boleh dirasa dengan hati. 

Pada zaman permulaan Baginda Buddha menyebarkan ajarannya di bumi India, belum ada upacara kruad nam untuk uthit hasil pahala kepada si mati atau saudara mara yang telah meninggal dunia.  Upacara ini wujud apabila Raja Bimbisara, raja Maghada memeluk agama Buddha. Baginda menghadiahkan kebun buluh kepada Buddha untuk dijadikan tempat tinggal. Kebun buluh tersebut menjadi wat pertama dalam agama Buddha yang dinamakan Wat Veluwan.

Jasa baik Raja Bimbisara yang boleh dikatakan amat besar ini, belum disertai dengan uthit hasil pahala kepada si mati kerana upacara tersebut belum ada. Pada sebelah malam, Raja Bimbisara bermimpi dikunjungi ramai  peta (pret) yang datang minta hasil pahala (suan bun). Dikisahkan bahawa golongan peta yang kurus kering itu meraung kelaparan. Apabila bangun pagi, Raja Bimbisara pergi menghadap Buddha untuk bertanya tentang mimpi tersebut.

Buddha menyuruh Raja Bimbisara agar membuat Sanghadana sekali lagi berserta dengan niat untuk uthit hasil pahala kepada saudara mara yang telah meninggal dunia. Raja Bimbisara melakukan sebagaimana yang disuruh oleh Buddha.

Pada malam berikutnya, Raja Bimbisara bermimpi dikunjungi golongan peta lagi, tetapi kali ini peta datang dalam keadaan ceria, berpakaian lengkap dan minta anumodana hasil pahala yang "diuthitkan" oleh Raja Bimbisara.

Raja Bimbisara menghadap Buddha lagi dan mengkhabarkan mimpi tersebut. Buddha memberitahu golongan peta itu ialah saudara mara Raja Bimbisara pada kehidupan yang lepas. Pada kehidupan tersebut, Raja Bimbisara dan sekumpulan saudara mara pernah membuat Sanghadana kepada Buddha. Malangnya, terdapat saudara mara Raja Bimbisara tidak boleh tahan lapar lalu makan makanan yang dihidangkan kepada Buddha dan Sangha. (Buddha dan Sangha belum makan, mereka makan terlebih dahulu). Akibat Karma tersebut, mereka dilahirkan sebagai peta yang dipanggil "paratattupajivit" (sejenis peta yang bergantung pada uthit hasil pahala orang lain untuk hidup). Kerana tiada saudara mara melakukan uthit hasil pahala, peta jenis ini kurus kering sepanjang zaman. Apabila ada uthit barulah mereka boleh terima dan meneruskan hidup dengan aman.

Kisah Raja Bimbisara ini merupakan akar kepada upacara "uthit hasil pahala" yang dilakukan pada hari ini. Pada zaman Buddha "uthit" hanya berniat di hati, tidak ada upacara "kruad nam" curah air sebagaimana dilakukan hari ini. Kruad nam curah air datang kemudian.

(Sesetengah penulis agama atau Luang Phor mendakwa bahawa upacara "kruad nam" iaitu mencurah air dilakukan oleh Raja Bimbisara, tetapi mereka tidak pernah kemukakan sutta dalam Tipitaka sebagai bukti sokongan.  Dakwaan ini tidak benar. Saya sendiri cuba cari bukti, tetapi tidak jumpa. Beberapa pengkaji agama Buddha juga mendakwa mereka tidak jumpa sutta berkenaan kruad nam curah air. Bahkan sutta yang mencatatkan kisah Raja Bimbisara tidak tergolong dalam sutta yang dianggap keluar dari mulut Buddha.)

Perbuatan "mencurah air" seperti yang dilakukan hari ini wujud kemudian. Sesetengah pakar berpendapat bahawa pada zaman dahulu terdapat tradisi "mencurah air ke tapak tangan si penerima" seperti dalam kisah Phra Vessandorn sewaktu memberi anak kepada Brahmana yang bernama Chucok. Baginda mencurahkan air ke tapak tangan Chucok sebagai tanda "memberi dengan muktamad". 

Pada hari ini, upacara "kruad nam" (mencurah air) dilakukan setiap kali ada upacara tambun. Jikalau tidak dilakukan rasa seperti tidak lengkap. Walau apapun, yang penting "niat di hati" mesti ikhlas untuk uthit kepada si mati, bukan sekadar ikut-ikutan sahaja bagi memenuhi tradisi.


Seperkara lagi apabila melakukan upacara kruad nam, haruslah dilakukan dengan sopan, tertib dan tenang dengan hati "fokus" kepada golongan sasaran. Keikhlasan harus ada. Jangan berpura-pura. Jikalau tidak menggunakan air pun tidak menjadi masalah. Hasilnya tetap sama. Kita boleh wujudkan "air" di hati kita yang dialirkan terus kepada saudara mara, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang kita kenal yang telah meninggal dunia. Uthit hasil pahala, hasil kebaikan yang kita buat kepada mereka untuk dikongsi bersama, pasti akan dapat diterimanya jikalau niat kita betul-betul suci dan ikhlas. Dan yang paling penting, fahami maksud "Imina..." yang kita lafazkan sewaktu kruad nam

Di bawah saya turunkan petikan yang ada kaitan dengan "uthit" oleh Raja Bimbisara.น้ำทักษิโณทก ialah memberi air sebagai dana, tiada kaitan dengan "kruad nam" curah air. 
...................................


ในสมัยพุทธกาล แท้จริง ไม่มีการกรวดน้ำ (Pada zaman Buddha sebenarnya tiada kruad nam)



การทำบุญอุัทิศให้ญา่ติของพระเจ้าพิมพิสารในสมัยพุทธกาล
แท้จริง..ไม่มีการกรวดน้ำ..

จากพระไตรปิฎก ชุด91 เล่ม มมร. ปกสีน้ำเงิน เล่ม 39 หน้า284

"พระราชาถวายน้ำทักษิโณทก (
ถวายน้ำเป็นทาน แก่พระพุทธเจ้า) ทรงอุทิศ (ทันที) ว่า
ขอทานนี้จงมีแก่พวกญาติของเรา.

ทันใดนั้นเอง สระโบกขรณีดารดาษด้วยปทุม ก็บังเกิดแก่เปรต พวกนั้น.
เปรตพวกนั้นก็อาบและดื่มในสระโบกขรณีนั้น ระงับความกระวนกระวาย
ความลำบากและหิวกระหายได้แล้ว มีผิวพรรณดุจทอง
ลำดับนั้น พระราชาถวายข้าวยาคู ของเคี้ยว ของกินเป็นต้น (แก่พระพุทธเจ้า)
แล้วทรงอุทิศ.(ทันที) ในทันใดนั้นเอง ข้าวยาคูของเคี้ยวและของกินอันเป็นทิพย์
ก็บังเกิดแก่เปรตพวกนั้น. เปรตพวกนั้น ก็พากินบริโภคของทิพย์เหล่านั้น
มีอินทรีย์เอิบอิ่ม.
ลำดับนั้น พระราชาถวายผ้าและเสนาสนะเป็นต้น(แก่พระพุทธเจ้า) ทรงอุทิศ(ทันที) ให้เครื่องอลังการต่าง ๆ มีผ้าทิพย์ ยานทิพย์ ปราสาททิพย์ เครื่องปูลาดและที่นอนเป็นต้น ก็บังเกิดแก่เปรตพวกนั้น. สมบัติแม้นั้นของเปรตพวกนั้น ปรากฏทุกอย่าง
โดยประการใด พระผู้มีพระภาคเจ้า ก็ทรงอธิษฐาน (ให้พระราชาทรงเห็น) โดยประการนั้น. พระราชาทรงดีพระทัยยิ่ง."




15 comments:

Anonymous said...

Saya ini hendak belajar dan mengikut orang suadnam. Tapi di wat buddha jayanti,tidak sempat hendak belajar. Setiap kali hendak suadnam dah habis. Adalah suadnam ini untuk mereka yang menjadi member wat ker? saya hendak belajar dan bersama mahu suadnam ini.Susah hendak ikut sebab sekarang suadnam dah bertukar masa dah.Masa phra suatmon, member2 yang depan pun suadnam entah apa?Ramai juga yang tidak dengar ini..apa hal? macam mana nak ubah ini?
Tuan pena tolong ajar sikit,ya..sadhu2

pena reformasi said...

Sesetengah tempat, orang Siam kruad nam terlalu cepat sehingga tidak sempat diikut oleh orang lain. Sebenarnya, kita tak perlu ikut orang, kita kruad nam ikut kita sendiri. Hafal Imina sampai ingat betul-betul, kemudian baca setiap kali upacara kruad nam dilakukan. Yang penting bukan curah air, tapi niat di hati.

Saya setiap kali buat baik tak kira di mana, tak semestinya di wat, saya akan uthit suan bun kepada si mati. Saya tak perlu gunakan air. Bahkan setiap malam, selepas suatmon, saya akan uthit suan bun saya. Saya mahu kongsi semua hasil pahala dengan semua orang. Sebaliknya, hasil dosa, biar saya tanggung sendiri.

Anonymous said...

Anon, kruadnam bukannya suadnam.

Saya faham apa yang khun tulis kerna saya pernah pergi jayanti. bacaan imina mereka laju macam roket sehingga sebutannya tak jelas. mereka cuma fikirkan diri mereka, orang lain mereka tak peduli. beginikah pemimpin agama kita? Saya pernah pergi wat di Isan, Thailand, kruad nam mereka perlahan, sebutan jelas dan senang diikuti. Harap Tuan Pena tolong nasihat-nasihat sikit pada jayanti.

Anonymous said...

Sepuluh kali saya pergi wat Siam, saya balik tak dapat dhamma apa pun. Sekali saya masuk blog KSB, saya dapat banyak dhamma bagus-bagus. Syabas, KSB. Saya dan kawan-kawan doakan kesihatan tuan supaya boleh terus menulis dhamma.

Anumodana Sathuk!

Anonymous said...

Tuan Pena,

Orang kata uthit suan bun hanya diterima puak pret saja, puak lain tak terima. Betul ke?

Thai SIAM said...

Saya pernah tanya seorang ajk wat 8Liam tentang perkara ini dan jawapan yang diterima ialah kesuntukan masa. Kalau tak cukup masa buatlah lebih awal.

Kita juga kena fikiq masa yang telah diluangkan oleh kaum Budhis yang hadir sama-sama menjalankan upacara sanghadana dll di wat, kalau boleh biarlah semua puas hati akan niat mereka datang ke wat, bukan hanya segelinter saja...terutamanya ajk..

Seperkara lagi, adakah datang ke wat hanya untuk membuat sanghadana, tambun dll saja.. dah berpuluh tahun tak ada perubahan.. hanya berlaku di wat siam....

Anonymous said...

bagi mrk yg blm hafal, aku cadangkan bawa hand phone yg canggih tu recordkan..jgn guna main facebuk jer..

DK

pena reformasi said...

Hafal dan faham maksudnya agar kita tak jadi burung Tiong!

Anonymous said...

Alasan ajk wat 8liam ni susah nak terima ni.Perkara x cukup masa,alasan saja ni.Masuk Uni tidak pandai pkir ke nak mencari cara atasi.Ramai a.j.k. pandai2 belaka kan..

Anonymous said...

Terima kasih tuan pena yg sudi berkongsi kisah asal usul "Caruat nam" dan sedikit kisah Phra Vessandorn , sebelum ni memang tak terpikir dr mana dtgnya cruat nam ni. Patutla masa kecik2 dulu teringat org tua2 semasa cruat nam, mereka akan korek tanah jadi 2 bentuk bujur (mcm tapak tangan) dan curahkan air kedlm 2 bentuk bujur tu sambil sebut "Yangkinchik & Ikmina". Rupa2nya asal dr kisah Phra Vessandorn. Terima kasih sekali lg atas pencerahan yg disampaikan.

PYT.

pena reformasi said...

Dahulu kruad nam/curah air ke tapak tangan biasanya dilakukan sebagai tanda "memberi" benda yang besar yang tak boleh diangkat, seperti memberi gajah, tanah, bangunan dll.

Anonymous said...

SAWADI TUAN PENA
Syabas dgn penerangan isu Kruadnam.Pergi wat pun jarang dpt explaination mcm tuan pena.Teruskan usaha utk mencelikkan sesetengah insan yg masih lena, moga dpt bun barami sehingga akhir hayat. Nak tanya tuan pena ada tak buku utk buat rujukan???

Sadhu sadhu

Ban Nook Ook

pena reformasi said...

Sekiranya yang dimaksudkan ialah buku rujukan dhamma, cari buku tulisan Than Chau Khun P.A. Payutto, Buddhadas Bhikkhu, Acarn Cha dan yang sealiran dengannya. (Mereka ini antara reformis agama Buddha yang diterima ramai.)

Tiada sebuah buku yang dikatakan lengkap. Kita mesti rujuk pelbagai buku. Atau rujuk terus Phra Traipidok online.

Anonymous said...

SAWADI TUAN PENA

TQVM FOR THE INFORMATION.SADHU SADHU


Ban Nook Ook

Anonymous said...

อิมินา ปุญญะกัมเมนะ อุปัชฌายา คุณุตตะรา
= ด้วยบุญนี้ อุททิศให้ อุปัชฌาย์ ผู้เลิศคุณ
อาจะริยูปะการาจะ มาตาปิตา จะ ญาตะกา ( ปิยา มะมัง )
= และอาจารย์ ผู้เกื้อหนุน ทั้งพ่อแม่ และปวงญาติ
สุริโย จันทิมา ราชา คุณะวันตา นะราปิ จะ
= สูรย์จันทร์ และราชา ผู้ทรงคุณหรือสูงชาติ
พรัหมะมารา จะ อินทา จะ โลกะปาลา จะ เทวะตา
= พรหม มาร และอินทราช ทั้งทวยเทพ และโลกบาล
ยะโม มิตตา มะนุสสา จะ มัชฌัตตา เวริกาปิ จะ
= ยมราช มนุษย์มิตร ผุ้เป็นกลาง ผู้จองผลาญ
สัพเพ สัตตา สุขี โหนตุ ปุญญานิ ปะกะตานิ เม
= ขอให้สุขศานติ์ทุกทั่วหน้า อย่าทุกข์ทน บุญผองที่ข้าทำจงอำนวยศุภผล
สุขัง จะ ติวิธัง เทนตุ ขิปปัง ปาเปถะ โว มะตัง
= ให้สุขสามอย่างล้น ให้ลุถึงนิพพานพลัน

อิมินา ปุญญะกัมเมนะ อิมินา อุททิเสนะ จะ
= ด้วยบุญนี้ที่เราทำ และอุทิศให้ปวงสัตว์
ขิปปังหัง สุละเภ เจวะ ตัณหุปาทานะเฉทะนัง
= เราพลันได้ ซึ่งการตัด ตัวตัณหา อุปาทาน
เย สันตาเน หินา ธัมมา ยาวะ นิพพานะโต มะมัง
= สิ่งชั่วในดวงใจ กว่าเราจะถึงนิพพาน
นัสสันตุ สัพพะทา เยวะ ยัตถะ ชาโต ภะเว ภะเว
= มลายสิ้นจากสันดาน ทุกๆ ภพ ที่เราเกิด
อุชุจิตตัง สะติปัญญา สัลเลโข วิริยัมหินา
= มีจิตตรง และสติปัญญาอันประเสริฐ พร้อมทั้งความเพียรเลิศเป็นเครื่องขูดกิเลสหาย
มารา ละภันตะ โนกาสัง กาตุญจะ วิริเยสุ เม
= โอกาส อย่าพึงมี แก่หมูมารทั้งสิ้นทั้งหลาย เป็นช่อง ประทุษร้ายทำลายล้างความเพียรจม
พุทธาทิปะวะโร นาโถธัมโม นาโถ วะรุตตะโม
= พระพุทธผู้วรนาถ พระธรรมที่พึ่งอุดม
นาโถ ปัจเจกะพุทโธ จะ สังโฆ นาโถตตะโร มะมัง
= พระปัจเจกะพุทะสมทบ พระสงฆ์ ที่ผึ่งพยอง
เตโสตตะมานุภาเวนะ มาโรกาสัง ละภันตุ มา
= ด้วยอานุภาพนั้น อย่าเปิดโอกาสให้แก่มาร ( เทอญ)


กรวดน้ำแบบย่อ
อิทัง เม ญาตีนัง โหตุ สุขิตา โหนตุ ญาตะโยฯ
ขอผลบุญนี้ จงสำเร็จแก่ญาติทั้งหลายของ ข้าพเจ้า ขอญาติทั้งหลายของข้าพเจ้าจงมีความสุข สุขใจเถิดฯ
Pom harap ini dapat membantu sesiapa yang mencari maksud disebalik maksud Kraud Nam.
Dek Ban Krod Phik..