Saturday, July 9, 2011

Buka Mata, Buka Hati!

Kita mendengar dhamma tetapi tidak faham. Kita duduk samadhi tetapi tidak pernah berjaya. Bhikkhu ajar kita tentang rup, vedana, sanya, sangkhan dan vinyan, kita tidak faham langsung. Kenapa orang lain boleh faham dhamma, orang lain berjaya duduk samadhi? Apabila bhikkhu ajar tentang  khandha 5 orang lain boleh faham? Orang lain itu siapa? Kita ini siapa? Orang lain ada keistimewaan yang tidak ada pada kita?


Nampaknya kita mesti pergi cari guru minta panduan, minta diajarkan  cara duduk samadhi,  kita mesti latih kawal pernafasan masuk-keluar, membicarakan rambut, bulu, kuku, gigi dan kulit diri sendiri. Kita mesti cermin diri, kurangkan berbicara perihal orang lain. Ketenangan pasti akan menjelma, kesesatan dan kekeliruan akan berkurangan. Kaedah ini boleh mencambahkan kebijaksanaan kita. 


Kita masih ada peluang. Kita masih ada masa. Kita ada "Tipitaka" dalam diri kita,  tetapi kita belum buka dan baca. Kita mesti tahu punca dukkha dan cari cara memadamnya agar hati jadi tenang. Apabila kita berjaya mengurangkan dukkha, hati menjadi tenang, kita akan perlahan-lahan memahami teras Buddhadhamma. Apabila memahami teras Buddhadhamma, baru ada kesedaran untuk mencari dan mendalami teras tersebut lebih mendalam. Hati kita akan terbuka. Kita akan kenal diri sendiri. Kita akan jadi bijak dan mampu lihat kebenaran Buddhadhamma. Akhirnya kita akan bebas daripada kesesatan dan kejahilan.

Malangnya, terdapat orang Siam beragama Buddha yang belum jadi pendengar yang baik, belum jadi pembaca yang rajin dan belum jadi pengamal dhamma yang bagus. Ramai belum kenal dukkha, punca dukkha, cara memadam dukkha dan keadaan bebas daripada dukkha


Orang Siam suka buat dana/thamthan (kebajikan), suka upacara keagamaan, suka pergi buang sial, tambah nasib, suka pergi mandi air tawar (nam mon), suka pergi tilik nasib, suka pergi buat Kathina dan Phapa, suka pit thong phra, pit thong luk nimit, sebab itulah orang Siam hanya dapat menikmati kulit agama Buddha. 


Orang Siam tidak tahu Sati Patthan 4, tidak mengerti cara Vipassana Kammathan. Orang Siam tidak kenal teras agama Buddha, tidak pernah merasai nikmat agama Buddha, tidak pernah berhasil memupuk kebijaksanaan mengikut konsep agama Buddha. 


Sekiranya orang Siam mengamalkan Buddhadhamma tulen, orang Siam akan lebih maju daripada sekarang, akan lebih bahagia mental dan fizikal daripada hari ini. Kemajuan material akan seimbang dengan kebahagiaan jiwa. Semua orang akan menaruh harapan terhadap agama Buddha sebagai tempat perlindungan sepanjang hayat. 


 (sumber: หลวงพ่อสนอง กตฺปุญโญ)

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih tuan pena,

Saya akan setia sebagai penganut agama Budha yg baik.

Dulu, Kini & Selamanya, ajaran Budha akan saya praktiskan. Anak isteri boleh ”Suat Mon & Suat Nam”. Saya akan terus belajar Dhamma.

Sebanyaknya manapun harta didunia dikumpul dari jalan salah 'Sin' (Ct: Menjual Dadah @ Rasuah). Tidak berfaedah harta itu, betul Tuan Pena?

Phai Chit Chindamanie.

pena reformasi said...

Harta atau kekayaan harus diperolehi daripada jalan yang baik (succharit).