Tuesday, July 5, 2011

Empat Dhamma Yang Banyak Membantu Kejayaan Kita


Kita termasuk di dalam golongan yang beruntung kerana dilahirkan sebagai manusia dan dapat berjumpa dengan Buddhadhamma. Untuk dilahirkan sebagai manusia bukan mudah. Untuk berjumpa dengan Buddhadhamma pun bukan mudah. Kedua-duanya bukan mudah. 
Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan kelahiran kita sebaik mungkin dan gunakan kesempatan yang ada untuk mengamalkan Buddhadhamma. 
Bagi mereka yang belum berjumpa dengan Buddhadhamma, teruskan "pencarian" agar dapat menjumpainya. 
Kedengarannya begitu pelik. Dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha, tetapi tidak berjumpa dengan Buddhadhamma? Buddhadhamma yang saya maksudkan di sini ialah ajaran Buddha yang tulen. Bukan semua "dhamma" yang kita praktiskan selama ini ialah ajaran Buddha yang tulen. Mungkin kepercayaan tradisi dan pengaruh kepercayaan lain yang telah dicampur-adukkan dengan ajaran Buddha sehingga sukar bagi kita membezakannya. 
Malahan ramai juga orang Siam yang langsung tidak kenal Buddhadhamma.  Mereka pergi wat dan tambun takbart seperti orang lain juga, tetapi jahil tentang Buddhadhamma. Mereka melakukannya secara ikut-ikutan dan sebagai menzahirkan tuntutan tradisi masyarakat Siam. 
Manakala yang lebih sedih lagi ialah golongan yang "tidak kenal wat" walaupun masuk wat sejak kecil. Mereka masuk wat bukan untuk tambun, tetapi untuk tambap.  Jangan persalahkan mereka. Mereka keliru dan tidak tahu wat itu benda apa? Wat itu bagi mereka mungkin tempat kebajikan yang disediakan makan dan minum secara percuma, atau sebuah pub atau kasino atau pusat penyembelihan haiwan? 
Mereka tidak pernah terfikir bahawa wat atau vihara ialah tempat tinggal Phra Arahant, Phra Ariya dan pengikut-pengikut Buddha yang sedang menjejaki langkah Baginda Buddha. 
Dalam Buddhadhamma terdapat 4 dhamma yang dipanggil Cakra 4 (จักร 4 ).  Dhamma ini mempunyai peranan yang besar kerana ia mendorong tumbuhnya pelbagai kebaikan di hati manusia. Cakra 4 boleh membuka mata kita melihat kebenaran dan mengeluarkan kita dari kegelapan menuju pencerahan. Cakra 4 umpama roda yang membawa manusia ke destinasi kejayaan. Oleh itu, penganut agama Buddha mesti berusaha memperolehi dhamma Cakra 4 ini.

1. (ปฏิรูปเทสวาสะ) - Tinggal di daerah atau tempat yang sesuai. Daerah yang sesuai ialah daerah yang mempunyai Buddhadhamma, dapat mengamalkan Buddhadhamma dengan bebas. Suasananya mesti aman, tenteram dan tiada peperangan. Persekitaran juga mesti sihat dan bersih agar pemikiran dapat dikembangkan dengan sebaiknya. Pengamal dhamma, pekerja atau pelajar memerlukan persekitaran yang baik bagi merealisasikan cita-cita. Sebuah keluarga yang aman damai pastinya akan membawa kebahagiaan kepada ahli-ahlinya. 

2. (สัปปุริสูปสังเสวะ) - Berkawan dengan orang baik. Orang baik akan membawa kita kepada kebaikan. Manakala orang jahat akan mempengaruhi kita membuat kejahatan. Jikalau kita berkawan dengan orang yang mengamalkan Dhamma-vinai Buddha, kita juga akan ikut mengamalkan Dhamma-vinai Buddha. Jikalau kita berkawan dengan orang-orang yang rajin dan tekun, kita juga akan rajin dan tekun. Akan tetapi apabila kita berkawan dengan penyamun, penagih atau penipu, kita juga akan terjadi seperti mereka. Pengaruh kawan-kawan begitu mudah mempengaruhi seseorang. Oleh sebab itulah Buddha minta kita berkawan dengan orang-orang yang baik. Orang baik akan membawa kita kepada seribu kebaikan yang lain. 

3.(อัตตสัมมาปณิธิ) - Meletakkan diri pada  landasan yang betul.  Diri di sini ialah minda. Minda kita harus fokus pada kebaikan  dalam perbuatan, percakapan dan pemikiran. Kebaikan atau kejahatan lazimnya bermula dari pemikiran atau hati. Jikalau pemikiran kita positif, kita akan melakukan perkara yang positif. Sebaliknya, jikalau pemikiran kita negatif dan dipenuhi dengan perkara jahat, kita akan terdorong melakukan kejahatan. Buddha minta kita mengarahkan minda pada arah yang betul iaitu arah kebaikan supaya kita tidak mudah dipengaruhi oleh kejahatan. 

4. (ปุพเพกตปุญญตา) - Pernah melakukan kebaikan atau mempunyai asas kebaikan terlebih dahulu. Sesetengah orang mentafsirkan frasa ini sebagai Karma terdahulu. Maksudnya, orang yang membuat kebaikan atau memperolehi kebaikan hari ini mesti ada Karma baik yang terdahulu. Karma baik ialah benih kebaikan hari ini. Memang betul, tetapi tidak semuanya begitu. Karma baik boleh dilakukan pada hari ini agar ia menjadi asas kejayaan pada hari esok. Untuk mengecapi kejayaan, kita mesti melakukan pelaburan iaitu usaha gigih. Usaha gigih itu ialah Karma baik. Kejayaan yang diterima ialah hasilnya. Oleh itu, sekiranya kita rasa kita kurang berjaya, segeralah bina asas-asasnya agar kejayaan dapat menjelma. 

Dhamma Cakra 4 apabila diteliti, amat membantu kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup. Tanpa Cakra 4, sukar juga bagi kita mengecapi kejayaan hidup. Bayangkan kita tinggal di negara atau daerah yang berperang, tidak aman; berkawan dengan penyamun, kaki judi; fikiran terpesong asyik berfikir perkara negatif; dan tiada Karma baik (kerana tidak pernah buat kebaikan), adakah kita akan berjaya mengecapi kebahagiaan hidup?

Berusahalah agar kita dapat memperolehi Cakra 4 kerana ia membantu mendatangkan seribu kebaikan lain. 





8 comments:

Anonymous said...

Saudara Pena yg dikasihi,

Saya dilahirkan di perkampungan Melayu yg berpegang kuat pd agama Islam. Emak bercerita ketika zaman penjajahan Jepun dulu, orang Siam melindungi penduduk Melayu. Orang Jepun tdk menyiksa orang Siam kerana kerajaan Thailand membuka jln utk Jepun masuk ke Malaya. Orang Melayu & Siam hidup bagai adik beradik.

Setiap hari kedengaran Azan & sebelah ptg pula mendengar kanak-kanak Islam mengaji Al-Quran. Semasa kecil nenek setiap hari mengajak kami bersembahyang Budha & kami sering dibawa ke Watt oleh Emak.

Setelah remaja saya melanjutkan pelajaran & cukup umur jadi Sami seterusnya berkhidmat dgn kerajaan di merata negeri spt. Kelantan,Perlis & Kedah. Saya terus mengejar ilmu dunia dgn belajar lagi ilmu Pengurusan & Undang-undang. Buku-bukunya amat tebal & banyak falsafah hidup saya pelajari.

Kini bila umur masuk hujung 40-an, saya rasakan hidup masih ada ruang kosong & perlu diisi. Bila berumahtangga saya berpindah keperkampungan penempatan besar orang Siam. Saya rasa amat rendah diri, kerana saya masih jahil agama Budha. Akhirnya saya ambil keputusan utk mencari pelajaran ’Agama Budha’.

Saya mencari buku-buku agama Budha utk dibaca. Saya melayari Internet, yg sering saya jumpa ialah pelajaran agama Budha di Indonesia. Saya cuba cari sumber tempatan, akhirnya saya jumpa KSB. Tak kenal maka tak cinta, mula-mula sangsi juga. Akhirnya saya dapat bezakan yg. Baik & Buruk. Rupanya ada banyak kebaikan di dlm KSB.

Saya harap KSB akan menjadi lidah rasmi masyarakat Siam di Malaysia & Global dlm menyampaikan agama Budha & perkembangan masyarakat Siam Malaysia . Saya telah menceritakan kepada rakan Master Universiti Utara Malaysia, mereka semua menyukai KSB. Izinkan saya memperkenalkan KSB kepada komuniti Siam di Perancis. Ramai keturunan Siam yg menjadi pelarian Politik Thailand tinggal di Paris. Ada anak sepupu saya dihantar oleh kerajaan Malaysia belajar dlm bidang Seni-bina di Paris. Saya cadangkan supaya ada pelajaran Dhamma dialih ke bahasa Inggeris/Perancis.

Kini, saya sudah jumpa apa yg diimpi-impikankan. Terima kasih tuan Pena. Saya akan jadikan ilmu Dhamma sebagai sarapan pagi. Hidup saya bahagia kini, akan saya penuhi ilmu agama Budha sebelum ajal datang menimpa. Saya bersedia utk mati bila-bila masa, saya tdk takut lagi berhadapan dengan ’Malaikat’(Jumbaban) kerana ilmu Budha memberi keyakinan yg. unggul kpd saya. Semoga tuhan memberi Karma yg baik kpd tuan Pena. Sekiranya kita tdk diketemukan di Alam Fana ini, semoga kita sama-sama bertemu di Alam Nirwana nanti.

Sawaddi

Iklas drpd:
Phai Chit Chindamanie.

pena reformasi said...

Anumodana Sathuk!

Cahaya dhamma akan menerangi kehidupan saudara sekeluarga terus menerus sehingga tercapai Magga, Phon, Nippan!

Terima kasih kerana sudi memperkenalkan KSB kepada rakan-rakan. Terima kasih juga kerana memberikan pandangan yang bernas untuk direnungi masyarakat Siam.

Saya sendiri masih mendalami ilmu dhamma. Belajar sambil berkongsi dengan pembaca yang dikasihi. Kita sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. Berkongsi idea, pandangan dan cadangan (termasuk teguran) amat dialu-alukan!

Anonymous said...

Saya setuju pendapat Khun Phai Chit KSB menjadi lidah pasmi penyampaian agama Buddha dan masalah masyarakat Siam dalam bahasa Malaysia. Tapi blog penyampaiannya terhad. Andai diangkat menjadi web site rasanya boleh memuatkan banyak maklumat.

Anonymous said...

Saudara Pena yg dihormati,

Saya menyokong pandangan Anon 6 July 10:33. Sekiranya tuan Pena perlu pembiayaan Web site, saya bersedia mencari dananya termasuk sumbangan peribadi.

Artikel Dhamma dlm Blog ini pula, saya syorkan supaya di jilidkan. Saya akan membiayai pencetakkan utk Edisi Pertama. Saya akan edarkan di Kelas Bahasa Thai di Daerah Kubang Pasu. Terdapat 250 pelajar keturunan Siam belajar bahasa Thai di Watt Siam Padang Sera (Watt Boonyaram) & cawangan kelas di kampung berjauhan.

Tdk boleh membaca bahasa Thai bererti tidak boleh belajar Dhamma. Kerana ilmu Dhamma banyak ditulis dlm bahasa Thai. Dhamma yg dialih ke bahasa Melayu pula utk dibawa balik oleh anak-anak ke rumah bagi bacaan ibu-bapa yg bersekolah aliran Kebangsaan.

Ikhlas drpd:
Phai Chit Chindamanie.

pena reformasi said...

Berkenaan web site, setakat ini saya belum memikirkannya.

Berkenaan niat baik Khun Phai Chit yang ingin jilidkan artikel KSB, saya tak ada masalah kerana semua artikel saya ialah "Dhammadana". Buat permulaan Khun Phai Chit boleh pilih artikel yang sesuai, kemudian print dan bagi kepada pelajar. Kosnya pun tak berapa tinggi.

Untuk dijadikan sebuah buku, mungkin artikelnya belum cukup lengkap dan kosnya sangat tinggi. Lagipun masyarakat Siam kita tak berapa terima dhamma daripada orang biasa. Lainlah jika ditulis oleh sami.

Sebelum ini pun terdapat kawan-kawan yang ingin terbitkan artikel KSB. Saya juga izinkan.

Saya ucapkan terima kasih kepada niat baik Khun Phai Chit. Karma yang baik bermula daripada niat yang baik.

Anonymous said...

Tham dee daibun,tham dee prok chak aw bun..DAI BAB!Ching mai Khun KSB..

pena reformasi said...

Buat baik, buat jahat bermula dengan niat; ikhlas atau ada udang di sebalik batu.

Anonymous said...

SAWADI TUAN PENA

saya bersetuju jika boleh semua ajaran dhamma KSB dijilidkan dan boleh dijadikan panduan semua kaum buddha tidak kira di mana jua berada. saya sokong penuh niat murni ini. Moga dpt Bun Barami utk semua krn mengamalkan dhamma sadhu sadhu

Ban Nook Ook