Sunday, July 31, 2011

Mangamalkan Dhamma Mesti Bertepatan Dengan Tujuannya

Apabila kita mengamalkan dhamma, biarlah bertepatan dengan tujuannya. Maksudnya amalan dhamma kita mesti memenuhi tujuan dhamma tersebut. Setiap dhamma mempunyai tujuan yang berbeza-beza. Walaupun semua dhamma bertujuan membebaskan kita daripada vatta samsara, namun dalam konteks tertentu ia mendukung tujuan yang lebih khusus.

Contohnya, Sila 5 bertujuan agar kita tidak menimbulkan kesusahan terhadap makhluk lain di samping membuatkan kehidupan kita sendiri aman damai. Sebaliknya, jika kita mengamalkan Sila 5 secara salah akan menyebabkan kita lupa diri, sombong dan memandang rendah orang lain. Kita ingat kita orang baik, orang yang lebih istimewa daripada orang yang tidak ada Sila 5 sehingga memandang rendah orang lain. Mengamalkan Sila 5 begini hanya memupuk kilesa (kotoran batin) dan menyalahi tujuan Sila 5. 

Dalam masyarakat Siam kita, ramai yang pergi ke Thailand mengamalkan Samadhi Vipassana, apabila pulang sesetengahnya menjadi lupa diri. Mereka mengamalkan dhamma tidak selaras dengan tujuan dhamma tersebut. Oleh itu, berhati-hatilah agar kita tidak terkeluar daripada landasan yang sebenar sebagaimana yang dimatlamatkan oleh Buddha. 

Dalam pemberian dana pun sama. Tujuan memberi dana adalah untuk membuat kebajikan dan membantu orang lain di samping mengurangkan perasaan pentingkan diri (tamak) yang ada pada kita. Sebaliknya, jika kita memberi atau membuat dana dengan niat inginkan balasan yang berlebihan, bermakna perbuatan kita itu akan menambahkan kilesa. Sebab itulah 10 tahun membuat dana, tetapi perasaan pentingkan diri dan tamak tidak pernah berkurangan, bahkan semakin bertambah kerana kita mengamalkan cara yang salah. Kita sebenarnya bukan "memberi" tetapi "menukar satu benda dengan benda lain". 

Apabila disebut dana ertinya tiada jual beli dan tiada pertukaran, melainkan memberi semata-mata.  Memberi mesti ikhlas dan muktamad. Jikalau tidak ikhlas dan muktamad, pemberian kita tidak putus kerana kita masih simpan perasaan "milik aku" ke atas dana yang telah diberi. Lihatlah sesetengah orang yang pergi membuat Sanghadana di wat, biarpun sudah diberikan kepada Sangha, tetapi perasaan "milik aku" masih terikat dengan barangan yang telah diberikan. 

Kerana perasaan "milik aku" masih ada, maka selepas Sangha makan, ada yang menyimpan makanan ke dalam bekas untuk dibawa pulang ke rumah. Ini tidak boleh kerana makanan tersebut bukan milik kita lagi, tetapi milik Sangha. Kita telah memberinya kepada Sangha. Lazimnya, seleps makan, Sangha hanya jemput kita makan, tidak suruh kita bawa balik. 

Oleh itu, kita hanya boleh makan. Sekiranya selepas semua orang di dalam wat sudah makan (kita mesti jemput semua orang sama ada kita kenal atau tidak kerana makanan itu milik Sangha dan semua orang berhak makan) dan binatang-binatang di wat (sekiranya ada) pun sudah diberi makan, kita boleh bawa balik tetapi mesti minta izin daripada Sangha terlebih dahulu. Berdosa sekiranya kita simpan makanan untuk dibawa balik, sedangkan masih ada orang yang belum makan atau kelaparan.

Begitu juga dengan pelbagai jenis tambun yang selalu diamalkan oleh orang Siam. Orang Siam terkenal dengan baik hati dan suka berbuat kebaikan, terutama yang berkaitan dengan agama. Namun, tambun dengan cara yang salah akan menyebabkan kilesa semakin subur. Apabila kilesa subur, bermakna lobha (tamak), dosa (marah) dan moha (sesat) pun ikut subur. 

Oleh sebab itulah Buddha menegaskan supaya kita mengamalkan dhamma bertepatan dengan tujuannya. Bukan apa, Buddha takut kita tergelincir daripada landasan yang ditetapkan. Apabila tergelincir, bukan pahala yang diperolehi, tetapi dosa. Kita ingat kita berbuat baik, tetapi hairan kenapa dosa pula yang diperolehi. Bagi mengelakkan tergelincir, kita mesti tahu tujuan dahmma yang kita amalkan. Kita tidak boleh lihat orang berpegang pada Sila 5 atau Sila 8, kita pun ikut. Kita mesti tahu tujuannya supaya amalan kita tidak salah.  

Kesimpulannya, mengamalkan dhamma mesti menepati tujuannya. Berbuat baik jikalau tersalah cara akan membawa hasil yang tidak baik kepada kita. Berbuat baik jenis menambahkan kilesa pasti akan membawa keburukan. 

 

10 comments:

Anonymous said...

Saya suka artikel ini, mesti ada orang merah muka baca kerana terkena batang hidung.

Anonymous said...

Saya juga berminat sangat dengan artikel ini. Memang tepat pada masanya,artikel ini diterbitkan.Ada orang suka sangat tambon sikit bawa balik banyak.
Harap-harap menjadi kritik hebat kepada mereka yang tahu dan buat tidak tahu.

pena reformasi said...

Saya tulis berdasarkan ajaran Buddha, tidak kritik atau kutuk sesiapa. Sekiranya ada individu atau mereka yang terkena tempiasnya, itu cuma kebetulan.

Anonymous said...

Memang susah membuat sesuatu mengikut hati semua orang.Tetapi tuan pena mengikut ajaran Buddha yang menjadi idea.Sesiapa yang terkena anggaplah itu ubat panadol kepada anda, untuk mengubat demam anda yang sudah bertahun-tahun itu.

Pemerhati.. said...

Thambun tu bukannya banyak, tapi yang duk minta balasan tu..
Ada berkatkah tuan pena, apabila kita membuat derma,thambun thamthan tapi ada niat untuk dapat balasan...ini berlaku dikebanyakan upacara thambun/thamthan yang diadakan oleh orang Siam..

Anonymous said...

Saya juga amat suka artikal ini saudara pena, bagus benar. Tetapi sy tak pasti kepada mereka yg mencuci pinggan mangkuk, membersih balai makan di wat, mencuci halaman wat kerana pada masa kini joum (budak wat) sudah berkurangan malah sesetengah wat tiada langsung. Setelah prak santap/makan, haiwan di wat pun telah diberi makan, adakah salah makanan tersebut dibawa balik oleh mereka yg tolong membersihkan balai makan wat ini? Bagi saya nasib baik juga krn ada mereka ini. Lihat saja waktu pagi semasa prak 'binthabat' terhujung hajang prak membawa makanan yg dithambun oleh org kampung, tak ambil tak boleh, tapi ada juga org kampung yg sudah tua-tua tolong bawakan. Saudara pena ini banyak berlaku di kampung kita dan boleh dilihat hampir setiap pagi. Mungkin di KL agak berlainan. Tetapi siapakah yg membersihkan balai makan? Adakah prak sendiri?

Anonymous said...

artikel yang menikam tulang hitam. Ramai org siam tambun tamtan harapkan balasan syurga.. Jarang yang mau cuci hati yang tamak. Satu perkara saya nak tanya tuan pena bila kita tambun uthit suan bun kpd org mati, golongan mana bolwh terima dan golongan mana tak boleg terima? Org kata tak semua golongan terima. Terima kasih tuan pena kerana tulisan tuan buka hati saya kpd dhamma. Sebelum ini saya cakap betul saya hilang yakin dgn sami kerana sikap mereka yg duniawi. Bila baca ksb tau saya yang agama kita tak gantung dengan sami. Dhamma lebih besar.

pena reformasi said...

Makanan yang lebih dibawa balik tidak salah. Itu pun mesti dengan izin Sangha.

Setiap dana/than yang kita buat ada hasilnya, banyak atau sikit. Matlamat utama buat dana untuk "membaiki hati" iaitu mengikis perasaan tamak/pentingkan diri. Apabila kita buat dana, minta itu dan ini, bermakna kita lari daripada matlamat utamanya.

Sekarang wat Thai dibina besar-besar tapi kekurangan orang jaga. Dek yom tak ada, phra pun sikit. Orang nak sapu, cuci atau bersihkan wat tak cukup. Jadi, adalah tanggungjawab penganut semua menjaga wat kerana wat milik kita semua.

Anonymous said...

Saya suka baca blog KSB tetapi banyak yang saya tak faham. Saya minta khun tulis dhamma untk pelajar sekolah seperti saya. khobkhun krap.

Anonymous said...

Saya ni biasa nampak orang siam ke wat duduk lengah-lengah saja. Jarang sekali nampak pergi wat cuci itu ini.Kalau yang cuci itu pun orang tua-tua. Orang muda-muda sekadar berbual-bual dan membuat sampah di wat.
orang cina ke wat sembahyang dengan colok dan derma.elok juga,tidak bersihkan wat pun ada derma itu ini juga.
Masalahnya berapa orang yang datang ke wat hendak dalami dhamma.Tidak dalami dhamma pun datang ke wat dapat boon.Jangan bawa barp/dosa balik,seelok=eloknya.
cuma kita berpakat-pakat fikir perkara ini.