Saturday, August 6, 2011

Pembaca KSB (Kg. Chong) Dakwa Difitnah


Beberapa komen berkaitan Kg. Chong di bawah artikel yang bertajuk "Dhammakai Pencetus Perpecahan Masyarakat Siam" yang disiarkan pada bulan Mei adalah fitnah. Rakan Facebook KSB yang bernama Chong Chiang mendakwa dalam facebooknya bahawa dia difitnah dan diaibkan oleh pembaca KSB. 


Pada hakikatnya, KSB tidak tahu siapa yang benar. KSB siarkan semua komen yang dirasakan perlu. KSB yakin semua pembaca KSB, termasuk Saudara Chong Chiang bertanggungjawab ke atas tulisannya. Secara jujur, KSB tidak suka kepada fitnah kerana itu bukan prinsip KSB. Perkara yang benar, (biarpun pahit dan sukar diterima) adalah sanjungan KSB. 


Di bawah ini KSB turunkan tulisannya dalam facebook. Marilah sama-sama kita cari kebenaran.






........................................................................ 

Chong Chiang

KSB saya berasa terkilan apabila saya terbaca satu aktikal di laman KSB yang berkaitan dgn kampung chong yang ditulis olih Encik Anon pada 21/may 2011, dlam kenytaan tersebut penulis telah mefitnah saya dan meaibkan saya.Disini saya mengharap supaya penulis tersebut,perlu mencari kebenaran bukannya mefitnah,dan diharapkan KSB perlu berhati2 dlam menyiarkan sesuatu aktikal,malahan dlm laman KSB saya selau membaca kebanyankan berkisardgn dhamma. Harapan saya supaya KSB perlu tapis dahulu ,sekian terima kasih.
August 2 at 4:52pm ·  ·  · See Friendship

    • Komuniti Siam Baru Pembaca KSB selalu diingatkan agar menggunakan kebijakan sebelum mempercayai sesuatu.
      Wednesday at 10:04am · 

    • Chong Chiang Semalam saya berbincang dgn piha kberkuasa
      Wednesday at 3:01pm · 

    • Chong Chiang Pihak berkuasa menyatakan biar kali pertama berlalu jgn kedua
      Wednesday at 3:02pm · 

    • Komuniti Siam Baru Sebagai penganut agama Buddha, kita mesti berhati terbuka apabila dikritik atau difitnah. Apabila difitnah melalui tulisan, kita balas dengan tulisan, beritahu mereka perkara sebenar supaya mereka faham.
      Wednesday at 7:26pm · 

    • Chong Chiang saya rela dikritik tetapi saya x sanggup di fitnah, saya tahu mefitnah adalah dosa yng besar sekali. saya tahu apayng say lakukan selam ini demi kepntingan bangsa dan agama saya sendiri,munkin saudar KSB tidak mengenali siapa saya yng sebenar hubungilah saudaraYB senator untuk mengenali saya
      Thursday at 9:18pm · 

    • Komuniti Siam Baru Jikalau kita yakin dengan kebaikan yang kita lakukan, teruskan saja, tak usah pedulikan apa orang cakap. Karma yang akan mengadili kita, bukan orang.
      Yesterday at 9:45am · 

    • Chong Chiang Memang sya amat mempercaya karma , teoai ia melibatkan maruah saya.
      Yesterday at 1:24pm · 

    • Komuniti Siam Baru Jika begitu terserahlah kepada anda. Semua org pun ada maruah.
      Yesterday at 2:37pm · 

5 comments:

Anonymous said...

Kedengaran seperti ugutan pergi jumpa pihak berkuasa. Anjing menyalak bukit.

Anonymous said...

Saudara Chong Chiang,
Pada pandangan saya, saudara tidak perlu bimbang dan rasa bersalah atas fitnah yg dilemparkan ke atas saudara itu. Fitnah adalah dosa besar yg boleh memusnahkan seseorang, suami isteri boleh bertengkar, masyarakat boleh huru-hara, malah hungan antara negara juga boleh tergugat jika tidak ditangani dgn baik.

Setiap agama mengutuk perbuatan fitnah.

Jika saudara Chong benar dan segala fitnah itu adalah berniat jahat , maka saudara hanya perlu bersabar saja (khanti), sebab org itu yg akan mendapat dosa bukan saudara.

Pernahkah saudara perhatikan mrk yg pergi thanbun di wat seperti thakbart atau pergi mendengar khutbah yg disampaikan oleh prakru , mereka mendakwa diri mrk mendapat pahala, banyak pahala, tetapi kadang-kadang sedarkah mrk sebelum keluar dari kawasan wat mrk berbual, mrk menggumpat orang tu begitu, orang ni begini, En. Chong Chiang tu begitu, Mek Dam tu anaknya begini dan macam-macam lagi gossip diperbualkan. Dapat pahalakah mereka ini? Bila sampai di pntu wat dan melangkah kaki keluar, berapa pahala yg dibawa keluar dan berapa dosa yg dibawa keluar? Bukan semua org begini, tetapi berapa ramai yg tidak begini? Oleh itu saudara Chong, pegang saja pada khanti, moga-moga saudara selamat dan memperolehi ketenangan. Tidak juga anda persalahkan KSB krn KSB hanya perantara yg mencantumkan fikiran baru dan gaya serta pandangan baru kaum Siam Malaysia. Kita ialah kaum Siam kini yg sanggup menerima teguran dan kritikan. Tanpa kritikan kita tidak tahu kelemahan kita dan siapa yg akan memperbetulkan kita. Ingat, racun paling bisa ialah pujian, dgn pujian kita leka dan lena, bila lena maka kita mudah dipancong.

Anonymous said...

Nampaknya selalu makan yang manis saja ini macam. Belajarlah makan yang pahit,sebab yang pahit itu ubat, yang manis itu angin.

Anonymous said...

Kepada Saudara Chong Chiang,

Kita phi nong kan....

Saya tahu.... betapa banyaknya jasa Chong Chiang kepada penduduk kampung & daerah Sik.Malah Chong Chiang salah seorang yang amat disegani masyarakat luar Sik juga.

Saya tahu Chong Chiang pernah bawa Acarn Jun berubat di Barn Rai, Jitra beberapa tahun yg lalu ketika Acarn Jun sakit. Biarlah "pra pen cau" menilainya.

Banyaklah bersabar saudara Chong Chiang. "Prak pen cau mee ju"... Dosa itu akan dirasa oleh orang yg membuatnya... kita sebagai manusia, tidak dapat lari daripada ujian. Anggaplah semua itu ujian dlm hidup.

Ikhlas daripada:
Phai Chit Chindamanie.

Anonymous said...

Chong chiang aka JKKK aka Jin Kaca Kaco kampong