Monday, August 22, 2011

Sami Pandu Kereta Redah Banjir



Darurat - Ini bukan sampan, tapi kereta. Bhikkhu Wat Khuha Sawan, Ampher Meung, Phitsanulok terpaksa memandu kereta meredah air banjir. Keadaan banjir masih membimbangkan. 


Isu bhikkhu pandu kereta tidak pernah tamat bahkan semakin hari semakin ramai yang memiliki kereta dan memandu sendiri. Pendapat masyarakat ada pro dan kontra dengan alasan masing-masing.


Dalam Vinai tidak ada larangan bhikkhu memandu kereta. Mungkin ketika itu belum ada kenderaan. Akan tetapi berdayung sampan tidak dilarang. Namun, pada zaman Buddha, bhikkhu selalu berjalan kaki walaupun masa itu terdapat kereta kuda dan kereta lembu. Buddha, rasanya boleh menaiki kereta kuda sekiranya Baginda mahu. Akan tetapi Baginda memilih untuk berjalan kaki. Mungkin orang akan berkata kereta kuda dengan kenderaan hari ini tidak sama. Menaiki kereta kuda menganiaya binatang. Persoalan sekarang bukan menaiki kereta, tetapi memandu kereta.


Bhikkhu memandu kereta tidak menyalahi Vinai secara langsung. Namun, dalam konteks masyarakat Siam Malaysia dan Thailand, bhikkhu memandu kereta tidak diterima sebagai perkara biasa. Maksudnya majoriti masyarakat belum terima hakikat ini. Bagi mereka, ini perkara luar biasa, tidak bermoral dan menyalahi adat tradisi. Apabila masyarakat tidak boleh terima, hukumnya ialah Lokavaccha, iaitu perbuatan yang tidak disenangi oleh masyarakat.


Namun, dalam keadaan tertentu, contohnya darurat, rasanya tidak menjadi persoalan bhikkhu memandu kereta.  Perkara yang menjadi persoalan apabila bhikkhu memandu kereta dengan perasaan yang berbaur kilesa; menunjuk-nunjuk, berlagak, berseronok, bersiar-siar dan sebagainya.


Bagaimana seandainya bhikkhu memandu kereta terlibat dengan kemalangan maut, misalnya terlanggar orang sehingga mati? Ini akan menyebabkan bhikkhu terpaksa keluar daripada bhikkhu untuk menghadapi kes di mahkamah. 


Terdapat satu kes di Suphanburi, seorang bhikkhu memandu kereta melanggar bhikkhu lain dengan sengaja kerana pernah bertengkar sebelum ini. Mungkin ini kes terpencil, tetapi tidak boleh dipandang ringan. 


Di bawah ini diturunkan petikan tentang larangan bhikkhu memandu kereta oleh Phra Thep Suwanmoli, Chao Khanak Changwat Suphanburi, Thailand. Beliau berpendapat bhikkhu memandu kereta adalah tidak wajar. Bhikkhu mesti mematuhi peraturan hidup sebagai bhikkhu dan tidak boleh mementingkan keselesaan diri.  Perkara ini tidak perlu dipertikaikan kerana bhikkhu memandu kereta adalah salah, kata beliau. Beliau menerima banyak aduan daripada masyarakat tentang perkara ini. Dan larangan juga telah banyak kali dikeluarkan kepada bhikkhu Suphanburi, tetapi masih ada yang tidak peduli. 


Bagaimana pula dengan pendirian Ketua Bhikkhu Kuala Lumpur/Selangor, Kelantan dan Kedah?


ชี้พระขับรถผิดวินัย-โลกวัชชะ


พระเทพสุวรรณโมลี เจ้าคณะจังหวัดสุพรรณบุรี เปิดเผยว่า ขณะนี้มีข้อร้องเรียนเกี่ยวกับการปฏิบัติตัวไม่เหมาะสมของการเป็นพระสงฆ์ใน อำเภอรอบนอกของจังหวัดสุพรรณบุรีจำนวนมากและมากขึ้น คือ การเดินทางใช้รถยนต์ของพระที่ไม่เหมาะสมพระสงฆ์บางรูปในอำเภอรอบนอกขับรถ ยนต์เองไปตามสถานที่ต่างๆ ตามอำเภอใจทั้งในแหล่งชุมชนบ้าง และไปทำธุระส่วนตัวบ้าง ซึ่งถือว่าไม่เหมาะสมเป็นอย่างมากถึงแม้ตอนเป็นฆราวาสจะมีใบขับขี่ มีใบอนุญาตขับรถถูกต้อง แต่เมื่อเป็นพระสงฆ์ก็ถือว่าละหมดแล้วสละหมดแล้วในเรื่องทางโลก ซึ่งทุกอย่างไม่สามารถใช้การได้ ภายหลังจากมีการร้องเรียนมาหลายครั้งในหลายพื้นที่ อำเภอได้มีการตรวจสอบตามกระบวนการ  พบว่ามีพระขับรถยนต์เองบ้าง บางวัดในอำเภอรอบนอกของจังหวัดสุพรรณบุรี
"เรื่องนี้ได้มีการตักเตือนไปแล้วดำเนินการไปแล้ว  ส่วนหนึ่งเพื่อเป็นการป้องปรามด้วย  เรื่องดังกล่าวไม่สมควรอย่างยิ่ง  การเป็นพระภิกษุต้องมีกติกา พระภิกษุต้องปฏิบัติตามอย่างเคร่งครัด  อย่าเอาความสะดวกของตนเป็นที่ตั้ง  เรื่องนี้ไม่ต้องเถียง เพราะผิดเต็มประตูอยู่แล้ว เป็นเรื่องไม่ควรอย่างยิ่งทั้งอดีตและปัจจุบัน และถ้ามีการตรวจสอบพบจะดำเนินการตามกฎของสงฆ์ทันที เพื่อไม่ให้เป็นเยี่ยงอย่างแก่พระรูปอื่นหรือพระที่กำลังจะปฏิบัติ เพราะเห็นว่าพระบางรูปยังปฏิบัติได้ เรื่องนี้ถ้าปล่อยไว้อาจลุกลามใหญ่โต   ถ้าไม่มีการป้องปรามไว้ก่อน เป็นพระก็ต้องรู้ว่าควรยึดปฏิบัติตนอย่างไรให้มีความเหมาะสมตามกติกาของสงฆ์ " เจ้าคณะจังหวัดสุพรรณบุรีกล่าว
ที่มา: 

No comments: