Monday, August 29, 2011

Tathagata 4

Tathagata (Thai: Tathakot) bermaksud "Individu Sempurna". Istilah Tathagata digunakan oleh Baginda Buddha untuk membahasakan diri sewaktu bercakap dengan para bhikkhu atau  individu lain. 


Apakah sebab-sebab Buddha mendapat gelaran Tathagata? 


1. Ayatana yang dunia manusia, dunia Devada (Devaloka), dunia Mara, dunia Brahma (Brahmaloka), masyarakat Brahmana, Devada, manusia dan makhluk lain dapat lihat, dapat dengar, dapat hidu, dapat rasa, dapat sentuh, dapat tahu dengan jelas, sedang mencari, melekat, mengikuti, menikmati kebahagiaannya, dan menanggung penderitaannya;  Ayatana tersebut telah diketahui semuanya dengan sempurna, terang dan jelas oleh Buddha. Oleh sebab inilah Buddha mendapat gelaran Tathagata. (Segala pengalaman dan pengetahuan yang ada pada manusia, Devada dan Phra Phrom diketahui dengan sempurna oleh Buddha). 


2. Sejak Buddha mencapai Pencerahan Sempurna (Trassaru) sehingga mangkat (Parinibbana), Buddha mengembangkan Dhamma; mengajar, menasihati, menyuruh, melarang dan menunjukkan teladan; semua perkataan dan pertututran yang digunakan oleh Baginda mempunyai maksud yang jelas, tidak bercanggah antara satu sama lain, tetap dan tidak berubah-ubah mengikut tempat dan masa (sepanjang 45 tahun menyebarkan Dhamma vinai). Oleh sebab inilah Buddha mendapat gelaran Tathagata. (Dhamma Buddha adalah kebenaran hakiki yang tidak pernah bercanggah antara satu sama lain atau berubah-ubah.)


3. Buddha mempunyai mulut dan hati yang selaras; percakapan serupa dengan perbuatan; perbuatan serupa dengan percakapan. Segala percakapan dan perbuatan Baginda selaras, serupa dan tidak pernah bercanggah. Oleh sebab itulah, Buddha mendapat gelaran Tathagata. (Buddha bercakap serupa bikin).


4. Di dunia manusia, di dunia Devada (Devaloka), di dunia Mara, di dunia Brahma (Brahmaloka), dalam masyarakat Brahmana, masyarakat manusia, Buddha paling agung dan tiada individu lain (atau kuasa lain) yang lebih agung daripada Baginda. Baginda mengenal segala benda dengan amat terang dan jelas. Hanya Baginda satu-satunya yang mempunyai Kuasa Tertinggi (melalui Dhamma). Oleh sebab itulah, Buddha mendapat gelaran Tathagata. (Pada satu zaman hanya wujud satu Buddha. Buddha ialah Maha Kuasa kerana tiada individu atau kuasa lain yang boleh menyamai Buddha).


Gelaran Tathagata hanya untuk Buddha sahaja, individu lain; manusia, Devada, atau Phrom tidak layak menerima gelaran ini. Jadi, kita selaku penganut ajaran Buddha, mesti memahami ciri-ciri keBuddhaan dengan betul agar fahaman kita tidak terpesong apabila ada orang menafikan kebesaran Buddha. 

No comments: