Saturday, August 27, 2011

Upacara Luaran Tidak Akan Menyucikan Seseorang

Dalam sebuah Sutta, Buddha mengingatkan seorang Brahmana yang bernama Suntharika Pratavas bahawa tidak usah mengharapkan kesucian boleh dicapai dengan membakar kayu. Brahmana ini melakukan upacara memuja api di tebing sebuah sungai.  Upacara membakar kayu (memuja api) merupakan perkara luaran. Jikalau membakar kayu boleh menyucikan seseorang, pembakar pokok, pembakar hutan sudah lama suci. Upacara luaran tidak akan menyebabkan seseorang itu suci.


Bagi Buddha, orang bijak pandai tidak akan berkata kesucian boleh dicapai dengan membakar kayu. Hanya orang-orang yang tidak bijak sahaja yang mengatakan membakar kayu boleh menyucikan badan (minda).


Dalam Tipitaka, dikisahkan Brahmana ini melakukan upacara memuja api dengan membuang kao payat (ข้าวปายาส ) ke dalam unggun api untuk dipersembahkan kepada Maha Brahma (Phra Phrom). Golongan memuja api apabila hendak mempersembahkan barang pemujaan kepada Phra Phrom, mereka akan buang ke dalam unggun api. Bagi mereka, pemujaan begitu membolehkan mereka hidup di dunia Phrom (Phromaloka) selepas mati dari dunia ini. 


Manakala kao payat lebihan daripada upacara ini akan diberikan kepada Samana Brahmana kerana golongan Brahmana dilahirkan dari mulut Phra Phrom. Bagi kepercayaan Brahmana, membuat kebajikan (dana) kepada golongan yang dilahirkan dari mulut Phra Phrom mendapat banyak pahala. 


Buddha mendapat tahu upacara memuja api oleh Brahmana yang tidak berfaedah itu lalu pergi duduk menunggu Brahmana di bawah sebatang pokok. Baginda mahu memberi cahaya kebenaran kepada Brahmana. Membuang kao payat atau barang pemujaan lain ke dalam api perbuatan yang tidak berfaedah.


Baginda duduk berselimut dan menutup kepala kerana cuaca sejuk sehingga ada salji turun dan angin juga sangat sejuk. Brahmana datang membawa kao payat menuju ke arah Buddha kerana menyangka Baginda ialah samana Brahmana. Sekiranya dia tahu itu ialah Buddha, dia tidak akan mendekatinya. Setelah Brahmana tiba, Baginda membuka kain penutup kepala. Brahmana terperanjat kerana yang dilihatnya bukan samana Brahmana, sebaliknya "samana kepala botak". Golongan Brahmana sering memanggil bhikkhu sebagai samana kepala botak memandangkan rambut bhikkhu pendek. 


Baginda menerangkan Dhamma kepada Brahmana berkenaan upacara memuja api. Buddha berkata bahawa Baginda telah meninggalkan upacara membakar kayu yang merupakan perkara luaran. Sebaliknya, Baginda menyalakan api dalaman, iaitu melatih minda. Oleh itu, Baginda mempunyai minda yang mantap sehingga mencapai Arahant.  Baginda mengamalkan kehidupan suci.


Sikap bangga diri (Brahmana) dan sombong umpama menggalas barang yang berat. Kemarahan umpama asap. Pembohongan umpama abu.  Dan lidah umpama barang-barang  pemujaan. Upacara luaran tidak akan menyucikan minda daripada sikap bangga diri dan sombong, kemarahan, dan pembohongan. Individu tidak akan jadi baik dengan upacara luaran. 


Sebaliknya, minda yang terlatih membawa kemajuan kepada seseorang individu.  Dhamma umpama tasik yang luas. Sila ialah tangga untuk turun dan naik tasik. Air tasik yang jernih menjadi pujian orang berilmu. Walaupun badan tidak basah, orang berilmu berjaya menyeberangi tasik ke seberang sana. 


Kebenaran, Dhamma, pengawalan diri, Brahma-cariya, Brahma Vihara 4 hanya boleh dicapai dengan mengamalkan jalan tengah iaitu Ariya Magga. Buddha menerangkan Ariya Magga kepada Brahmana. Selain itu, Baginda menasihati Brahmana supaya cenderung kepada individu yang baik, dan ada Sati kerana  individu begini melimpah dengan Dhamma.


(Kao Payat sebenarnya sejenis manisan di India yang diperbuat daripada adunan nasi, susu, madu, gula, rempah dan barang-barang lain untuk dipersembahkan kepada samana Brahmana. Lazimnya upacara ini dilakukan pada penghujung bulan sepuluh. Masyarakat Siam/Buddhis adaptasi upacara ini untuk mempersembahkan makanan kepada bhikkhu dan uthit suan kuson kepada saudara mara di Paraloka.  


สารท เทศกาลทำบุญสิ้นเดือนสิบ เดิมเป็นฤดูทำบุญด้วยเอาข้าวที่กำลังท้อง (ข้าวรวงเป็นน้ำนม) มาทำยาคูและกวนข้าวปายาสเลี้ยงพราหมณ์ อย่างนี้เรียกว่า กวนข้าวทิพย์ ส่วนผู้นับถือพุทธศาสนานำคตินั้นมาใช้ แต่เปลี่ยนเป็นถวายแก่พระภิกษุสงฆ์ อุทิศส่วนกุศลให้แก่ญาติในปรโลก) 


(Sumber: Tipitaka)

12 comments:

Anonymous said...

syabas KSB tulis artikel dhamma setiap masa. semoga KSB diberkati anisong.

orang siam taksub upacara luaran, tapi abaikan upacara dalaman iaitu mengasah fikiran. ini punca hati orang siam kotor dipenuhi hasad dengki. pantang tengok orang lain baik merah mata mula cari cara buat kacau, fitnah, kutuk, heboh dalam internet, ugut, sembur cat merah dan dll.

Anonymous said...

Presindeng wat 8liam boleh dikira upacara luaran tak? Pasal suka ambik sin 8,tapi dengki dan mengumpat orang.Dia member pun sama juga.Duduk ada,depan orang ngumpat orang itu ini,tak habis2.
Entah upacara dalaman dia ada tak?
Tak percaya anda boleh dengar,dia bisik2 orang itu,bisik oreang ini.Suka fitnah ni.

Anonymous said...

semua makan duit. 8liam makan duit kotak derma, ajk persatuan siam makan duit tabung. pergi main klong jau duit masuk botol. sekarang dok berebut duit dengan budak sekolah. ahli persatuan dungu tahu orang makan duit dok pilih masuk ajk. bila la siam nak cerdik macam orang lain main persatuan.

Anonymous said...

Kalu makan dia buat keje saya tidak marah pasal ada keje ada wang. Maslahnya presideng wat 8liam ini tidak keje,tau buka box duit aje,kira duit pun pakai mesin.Keje dia buat apa.?
Mengumpat orang tahu. Fitnah sana fitnah sini. Raya kena hantar pergi pulau jejak,bagi dia duduk sana 10tahun baru sedar.

Anonymous said...

Kamu tak marah barangkali kamu makan sekali dengan mereka. Duit persatuan mana boleh makan.

Anonymous said...

Wahai orang Siam!Ini mesti pekerjaan orang yang hatinya dipenuhi hasad dengki. Presiden Wat 8 Liam orang dhamma dhammo, setiap minggu suatmon pagi, Wan Phra rapsin 8. Beliau mengajak orang-orang Siam suatmon, buat Sangkhatan dan majukan kelas dhamma dan bahasa Thai di Wat 8 Liam. Biasalah manusia, orang yang hasad dengki, orang tidak baik benci orang-orang baik. Berbagai fitnah dibuat bagi orang-orang baik putus semangat.

Satu hal lagi Presiden 8 Liam telah buka mata dengan Luang Phor Thailand yang datang cari duit di Wat 8 Liam, minta letak tong derma, ajak orang pergi buat Kathina dan thod phapa. Sebenarnya cari makan belaka. Luksit lukha Luang phor tak puas hati dengan Presiden. Berbagai tohmahan dibuat supaya orang benci Presiden. Bila Presiden turun, mereka letakkan orang mereka gnti mudah nak ambil duit wat.

Wahai orang Siam sedarlah makan duit wat, duit persatuan dan duit masyarakat dosanya tenggelam dalam neraka avici 500 generasi tak tmbul-timbul

Anonymous said...

Sessiapa yang mengganggap presideng wat 8liam ada Dhamma dhammo tuan dah silap orang.Sekolah Dhamma dan bahasa thai bukan idea dia.Malah dia pun tidak berapa suka,pasal budak datang pakai api dan air wat.Dia selalu komen budak pakai letrik banyak.(entah duit wat itu duit siapa,siapa yang derma,siapa kedekut hendak pakai,tapi entah duit hilang ke mana?)sesiapa tahu tolong bagi tahu.Anda semua tidak tengok ke? Dengan budak-budak pun marah bukan2,buka matalah tuan.

presideng tu mengajak orang suatmon,dia nak menunjuk-2 aje bahawa dia tu ada dhamma.Kalu dia betul2 ada dhamma,pasal apa orang tanya pasal duit wat,muka dia merah marah.Siapa tidak percaya cuba tanya dia.
Ramai orang siam kurang faham keje komiti wat untuk apa? Jaga duit box aje ker?Suatmon aje ker?Keje presideng buka box aje ke? Dia sendiri membuat keje yang bukan2.
Pasal kata anak murid luang phor dari thailand tidak bersabit2.Anda tidak tahu ke,orang siam dah komen sebelum luang phor thailand itu datang lagi.Tidak update betul ini.

Anonymous said...

Saya sebagai seorang member wat 8liam,tidak kurang faham tentang persatuan.Adakah kuasa di tangan president,treasure dan bendahari sahaja? Apa guna A>J>K yang lain? tukang turut sahaja? Jika begitu tidak perlu comitee yang ramai.Pilih sahaja 3 orang itu,cukuplah.
Sebagai member wat saya dan kawan-2,tidak tahu hal tentang persatuan.akaun sudah 5 tahun tidak pernah tahu.Mana lagi derma hari wesak? Dan lain2. Tuan Pena tolong sebarkan perkara ini untuk nama baik orang siam kita.Jangan sampai orang kata orang siam hanya duduk makan dengan duit wat sahaja.

pena reformasi said...

Saya amat faham apa yang ditulis oleh anon 7.33pm dan 7.33pm. Saya sedar apa yang sedang berlaku. tapi saya tidak ada kuasa untuk mengubah apa-apa.

Wat Buddha Jayanti (8 Liam) sebuah persatuan yang sah, maka para ahli mempunyai hak memperbetulkan yang salah. Mana-mana AJK yang tidak berfungsi atau menyalahgunakan kuasa tidak perlu dipilih semula. Semua AJK mempunyai peranan masing-masing.

Berkenaan masa yang terlalu lama tidak ada mesyuarat, para ahli boleh minda diadakan mesyuarat. jika AJK tidak mahu, para ahli boleh membuat laporan kepada Pendaftar Persatuan.

Berkenaan duit persatuan, jikalau ahli rasa was-was, boleh minta SPRM campur tangan. Bukan membuat tuduhan, tapi minta SPRM tolong siasat agar perasaan was-was hilang. Anon berkata anda ahli Wat 8 Liam, jadi tunggu apa lagi segeralah bertindak, demi menjaga kredibiliti persatuan dan nama baik orang-orang Siam.

Sesetengah masalah diselesaikan melalui undang-undang lebih berkesan daripada kritikan yang hanya buang air lur.

Kepada AJK Wat Buddha Jayanti, jikalau tuduhan yang dilontarkan benar, segeralah berubah sebelum nasi jadi bubur. Saya bukan sokong Anon, tapi telah lama saya dengar rungutan daripada orang-orang Siam tentang sistem kewangan wat yang tidak telus.

Anonymous said...

Manusia apakah ini?Tidak tahu malu?Tidak tahu segan-segan?Tidak kenyang-kenyang makan duit wat.Mereka ini jahil tentang agama? Guna agama untuk jalan mencari makan?
Sesiapa saja yang memilih puak-puak yang makan duit wat,mereka pun akan berdosa.Dosa berpakat dengan manusia jahil.
Tolong pilih Ahli A.J.K SBA yang berkorban.Bukan pilih yang suka makan wang box.Kamu mahu puak-puak jahil ini berkuasa berapa lama lagi?

Anonymous said...

Tuan-tuan dan puan-puan saya sokong anon august 31,2011.3.32pm. Banyak idea Tuan President SBA yang digunakan. Mengapa tidak,kalau idea orang dia tidak mahu pakai.Malah kalau idea orang yang tiada kelulusan,tiada pangkat lagi dia tidak mahu dengar.Dia mahu pakai idea dia belaka. Dia juga mahu orang kata dia idea yang boleh pakai.Kadang-kadang dia suka mencuri idea orang lain dalam senyap-senyap.
Jika tuan-tuan dan puan-puan menunggu idea dia,pasti Wat tergadai,lebih teruk lagi jatuh bankrup.
Tuan-tuan dan puan-puan tidak percaya tunggu dan lihat.Sekarang cukai tanah pun dia tidak ada idea hendak dibayar. Wat ini ,di tengah-tengah bandar KL,bukan dibaruh sawah padi atau hutan pendalaman.
Tuan-tuan dan puan-puan,berkata dia cerdik? Cerdik dalam bidang mana? Putar-belit atau Dhamma yang suci.
Tuan-tuan dan puan-puan berfikir dan tengok ke depan.

Anonymous said...

Kadang-Kadang bila seseorang itu mengamalkan cara hidup (tabiat) dia beranggapan semua orang akan sama dengan dirinya. Kepada golongan ini boleh kita golongkan pemikiran di dalam kotak mereka perlu melihat diluar drpd kotak.. fikir2 dan renungkan - Ore Kelate