Saturday, September 10, 2011

Tambun Wan Phra Lebih Baik Daripada Hari Biasa?


Betulkah tambun Wan Phra lebih baik daripada hari biasa?


Sebelum menjawab soalan di atas, mari kita melihat perbezaan antara Wan Khol - Wan Phra dengan hari biasa. Dahulu bhikkhu keluar bindabart dari rumah ke rumah. Orang ramai tambun saibart di depan rumah. Manakala pada Wan Phra, biasanya orang ramai datang saibart secara beramai-ramai di wat dan dipersembahkan sebagai Sanghadana. Sanghadana ialah sedekah yang dipersembahkan kepada kumpulan bhikkhu; tidak dikhususkan kepada mana-mana bhikkhu. 


Sedekah kepada kumpulan bhikkhu mendapat habuan yang lebih banyak daripada sedekah yang dikhususkan kepada mana-mana bhikkhu. Dalam sesi Sanghadana ini, orang ramai turut diberikan khutbah agama dan berpeluang menjaga Sila Ubosot. Maka pada Wan Phra, orang ramai yang datang saibart di wat mendapat banyak kebaikan (anisong) kerana mereka membuat 3 perkara sekaligus iaitu Danamai (tambun melalui dana), Silamai (tambun melalui penjagaan Sila) dan Dhammassavanamai (tambun melalui mendengar Dhamma). Dhammassavanamai jika fahami dengan bijak boleh jadi Pavanamai (tambun melalui Pavana).


Jikalau kita lihat dari sudut lain, iaitu membuat dana atau sedekah untuk mengikis Kilesa jenis Lobha, kebaikan saibart hari biasa dengan Wan Phra tidak berbeza kerana kedua-duanya mampu mengikis Kilesa ini. Saibart di depan rumah dan saibart di wat atau di mana-mana pun sama kerana yang penting hati kita ikhlas untuk mengikis Kilesa. 


Kesimpulannya saibart hari apa pun baik tetapi yang paling baik ialah saibart setiap hari. Perbuatan mengikis Kilesa jenis Lobha ini jikalau dilakukan setiap hari baru mujarab.  








1 comment:

Anonymous said...

Artikel ringkas tapi padat.