Sunday, October 23, 2011

Adakah Kita Sedang Mengamalkan Dhamma?


Kita selalu dengar orang berkata Dhamma tidak cukup sekadar dipelajari, tetapi mesti diamalkan. Apakah yang dimaksudkan dengan "mengamalkan Dhamma" (patibat Dhamma)? Individu bagaimana yang dikatakan individu yang sedang mengamalkan Dhamma?


Istilah Dhamma membawa maksud yang sangat luas yang merangkumi seluruh alam semesta; mental dan fizikal. Bagaimana kita hendak mengamalkan kesemuanya? Jadi, apakah yang patut diamalkan baru dikatakan "individu yang mengamalkan Dhamma"? Adakah pergi buat Sanghadana, pergi buat Kathina atau pergi suatmon di wat boleh dikatakan mengamalkan Dhamma?


Ada orang berpendapat bahawa setiap manusia yang mengamalkan kebaikan ialah manusia yang sedang mengamalkan Dhamma. Dhamma yang dimaksudkan di sini ialah ajaran Buddha. Buddha mengajar manusia berbuat baik. Pendapat ini tidak salah tetapi terlalu umum. Ajaran Buddha terlalu banyak. Ajaran mana yang harus diamalkan? Adakah kita mesti mengamalkan kesemua ajaran Buddha baru dikatakan mengamalkan Dhamma?


Dalam kitab Tipitaka ada menerangkan bahawa individu yang dikatakan mengamalkan Dhamma ialah:


Individu yang lengkap dengan Magga 4 dikatakan individu mengamalkan Dhamma.


(Manakala individu yang lengkap dengan Phala 4 dikatakan individu yang menerima hasil daripada mengamalkan Dhamma.) 


(Magga=jalan atau kaedah; Phala/phon=hasil).


Pengamalan yang lain, selain daripada yang disebutkan di atas, biarpun 100 tahun tidak dipanggil mengamalkan Dhamma.


Siapakah individu yang lengkap dengan Magga 4? Individu tersebut ialah:


1. Individu yang mengamalkan Sotapatti Magga;
2. Individu yang mengamalkan Sakadagami Magga;
3. Individu yang mengamalkan Anagami Magga;
4. Individu yang mengamalkan Arahatta Magga.

Pengamalan begini dikatakan "mengamalkan Dhamma" dalam agama Buddha.

Langkah pertama, amalkan Sotapatti Magga terlebih dahulu. Apabila mencapai Sotapatti Magga, pasti akan menerima Sotapatti Phala (hasil). Kemudian barulah mengamalkan Dhamma bagi mencapai tahap yang selebihnya sehingga mencapai Arahatta Phala (Arahant).



Untuk mencapai Arahant, seseorang itu mesti menghapuskan Sangjot 10 (Samjoyana 10). 











No comments: