Friday, October 14, 2011

Jangan Jadi Beban Kepada Agama

Seperti yang kita maklum tiada paksaan dalam agama Buddha. Dalam kitab Tipitaka yang jumlahnya 45 jilid (disusun supaya sama dengan jumlah 45 tahun Baginda menyebarkan Dhamma Vinaya), yang terbahagi kepada Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka dan Abidhamma Pitaka atau bersamaan dengan 84,000 tajuk utama Dhamma, tiada satu rangkap pun  yang mengandungi unsur paksaan ke atas umat manusia. Baginda memberi kebebasan sepenuhnya kepada umat manusia menggunakan akal fikiran bagi menilai, kemudian membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak ajaran Baginda. 


Baginda telah menunjukkan mana jalan yang benar, mana jalan yang salah, maka terpulang kepada manusia membuat pilihan jalan yang mahu dilaluinya. Tugas Baginda setakat menunjukkan jalan. Baginda tidak memaksa, memperdaya atau mengumpan umat manusia bagi mengikut jalan Baginda. Baginda berkata kehidupan ini dipenuhi kesengsaraan (dukkha) - lahir, tua, sakit dan mati ialah kesengsaraan. Baginda telah menunjukkan kepada manusia tentang kesengsaraan (Dukkha), punca kepada kesengsaraan (Samudaya), pembebasan daripada kesengsaraan (Nirodha) dan jalan menghapuskan kesengsaraan (Magga 8). Maka terpulang kepada manusia sendiri ingin menerimanya atau tidak. 


Uttiya, individu dari agama lain secara bersindir, pernah bertanya kepada Buddha bahawa berapa ramai umat manusia yang akan dibawa keluar daripada kesengsaraan oleh Baginda? Kesemuanya, separuh atau satu perempat? Beliau bertanya begitu kerana agama lain sangat mementingkan kuantiti penganut mereka. Bagi mereka, semakin ramai penganut, semakin hebat agama tersebut. 


Buddha berdiam diri tidak menjawab. Uttiya seperti naik tocang melihat Buddha berdiam diri, ingat Buddha telah buntu. Kebetulan ketika itu Bhikkhu Ananda (Phra Anon) ada bersama. Bhikkhu Ananda meluat dengan sikap Uttiya. Bhikkhu Ananda belum Arahant, oleh itu beliau tidak dapat mengawal perasaan lalu menjawab bahawa Buddha tidak mempunyai keperluan untuk tahu berapa ramai manusia berjaya keluar daripada kesengsaraan kerana Baginda tidak ada niat untuk "mengutip tol" ke atas manusia tersebut. Baginda mengajar Dhamma vinai untuk kebaikan manusia itu sendiri. Baginda tiada ada-apa kepentingan. 


Oleh sebab Buddha tiada apa-apa kepentingan ke atas manusia, kita sebagai manusia tidak patut menjadi beban kepada agama Baginda. Baginda tidak paksa kita mengikut jejak Baginda. Kita mengikutnya secara suka rela. Sekiranya kita tidak mampu mengikutnya, kita tidak perlu memaksa diri. Kita boleh ikut jalan kita sendiri. Jangan menjadi beban kepada agama. 


                                                (Gambar: Ma-nut)


Dengar khabar, seorang bhikkhu yang berasal dari Kelantan, tetapi tinggal di sebuah Samnak Song di sebuah daerah di Pahang berkelakuan tidak senonoh. Dia pernah dilihat berdua-duaan bersama wanita. Baru-baru ini dilihat pula berbaju dan berseluar jeans pergi ke negara jiran. Jikalau tidak mampu mematuhi disiplin Buddha, kenapa mahu paksa diri? Keluar saja dari alam bhikkhu. Jalani kehidupan sebagai orang biasa. Habis cerita. Dosa tidak perlu ditanggung. Orang pun tidak akan bercakap lagi. 


Than Chau Khun pun tidak patut berdiam diri. Bukannya Than Chau Khun tidak tahu. Bhikkhu (jika masih layak dipanggil bhikkhu) ini pernah tinggal di wat Than Chau Khun. Membiarkan bhikkhu buruk begini terus berjubah kuning, hanya akan mencemarkan imej agama Buddha, umpama nila setitik rosak susu sebelanga. Nanti nama Than Chau Khun juga akan turut tercemar. 











6 comments:

Anonymous said...

Khun Pena, kehidupan dengan memakai jubah kuning ni memang senang, tak perlu buat kerja pun boleh hidup. Kaum Buddhist kita memamng bermurah hati, tak kira yang berjubah itu mengamalkan Dhamma vinai atau tidak, mereka tak pernah mempersoalkan, asalkan kepala bercukur dan jubahnya berwarna kuning dah cukup, mereka akan sembah dan memberi derma/sumbangan....itulah masalah kaum Buddhist kita..

Anonymous said...

Bodoh betul anda anonymous 15/10/2011.........Tulis mengata prak memang mudah dan amat dunggu manusia yg bersikap spt anda. Pernahkah anda menjadi prak atau chei dalam hidup anda. Kalau tidak pernah jangan pandai-pandai mengata prak/phikhuk, jika hendak mengata sesuatu fikirlah masak-masak nanti berdosa atau dimarah orang. Lihat dan fikirlah sikit wahai manusia bodoh............kalau tidak ada prak dimanakah agama Buddha???????bila orang mati nak pakai kaset utk suat saja koooooo???? bodoh, bodoh, bodoh betooooool anda. Prak yg baik baik tu lebih banyak pada yg jahat....tau tak wahai orang bodoh!!!!!

Anonymous said...

Anon 12.58pm Suat orang mati agama ke adat? Prak buard ikut agama ke adat? Prak biksu song tu apa? Apa amalannya baru dipanggil prak biksu? Tolong jawab. Terima kasih!

Anonymous said...

lain kali sendiri bodoh jangan kata orang bodoh bila orang tanya tak boleh jawab. renung-renung tulisan ksb jangan beban agama.

Anonymous said...

lain kali sendiri bodoh jangan kata orang bodoh bila orang tanya tak boleh jawab. renung-renung tulisan ksb jangan beban agama.

Anonymous said...

Terima kasih krn marah, krn bila anda marah itulah buktinya anda tak tahu apa itu agama?, apa itu prak?, apa itu vinai, apa itu budaya? dan apa itu adat? Semua itu tak sam adik woooiii!!!! banyak perbezaan. Tapi saya malas nk hurai di sini, krn KSB dah berjela-jela, berkali-kali, bertahun-tahun, pelbagai isu dan terlalu banyak sumber ilmu tentang persoalan yg anda tanya itu telah diterang dan huraikan. Anda tak ada pintu hati ke yg tak dapat membezakan antara prak dgn adat atau budaya, Haiyaaaaaaaa! malu betul lahir dlm agama Buddha, Perkara mcm penganut agama lain pun tahu.....malu...malu.... malu..... kalau mcm ini untuk apa anda baca KSB? Haiya......haiya.... kalau tak bodoh anda nak anggap diri sbg orang cerdik ke? Haiyaaaaaaaaa????