Monday, October 3, 2011

Kebahagiaan Dan Kesengsaraan Umpama Seekor Ular

Semua manusia tidak mahu kesengsaraan (dukkha)
Manusia hanya mahu kebahagiaan (sukkha)
Sebenarnya kebahagiaan merupakan kesengsaraan yang halus
Manakala kesengsaraan merupakan kesengsaraan yang kasar
Bercakap dalam bahasa yang mudah
Kebahagiaan dan kesengsaraan umpama seekor ular
Kepalanya ialah kesengsaraan
Ekornya ialah kebahagiaan
Apabila mengusap kepalanya, ular yang berbisa itu akan menggigit
Apabila berpegang ekornya seperti ada kebahagiaan
Jikalau berpegang tanpa lepas, ular itu juga akan menggigit
Sebab kepalanya dan ekornya berada pada ular yang sama
Begitu juga kebahagiaan dan kesengsaraan merupakan perkara yang sama.




No comments: