Sunday, October 23, 2011

Tambun Yang Disanjung Acarn Mun



Kaedah tambun yang disanjung oleh Acarn Mun Bhuridatto.


1. Berkaitan Sila, Acarn Mun menggalakkan masyarakat berpegang pada Sila 5 kerana Sila 5 sesuai dengan kehidupan berkeluarga. Beliau tidak menekankan Sila 8 atau Sila Ubosot. Jikalau tidak mampu berpegang Sila setiap hari, memadai pada hari tertentu iaitu Wan Phra. Berkenaan pembunuhan binatang, beliau menegah membunuh binatang yang berjasa sama sekali. Apabila hendak berpegang Sila, seseorang itu tidak perlu melakukan upacara minta Sila (rapsin) daripada Bhikkhu sebagaimana amalan di tempat kita. Beliau juga tidak gemar memberikan Sila. Bagi beliau, Sila akan jadi Sila bermula dengan niat di hati. Apabila kita berniat mahu berpegang Sila, maka dari detik itu amalan kita telah jadi Sila. 


2. Sewaktu tambun (Sanghadana atau tambun apa-apa sekali pun) tidak perlu melafazkan apa-apa seperti yang dilakukan di tempat kita. Bagi Acarn Mun, tambun memadai dimulakan dengan niat yang ikhlas, kita sudah boleh mengharapkan hasil yang baik (mengecapi kebahagiaan dan bebas daripada segala kesengsaraan). Kita tidak perlu duduk berkumpul "melafazkan kata-kata memberi dana" yang panjang berjela-jela sebagaimana yang lazim dilakukan.  


3. Kain Bangsukun lebih baik daripada kain (civorn) Kathina. Pernah terjadi, sewaktu orang pergi buat Kathina di wat beliau, Acarn Mun tukar istilah "kain Kathina" kepada "kain Bangsukun" kerana anisong kain Kathina sedikit, cuma 4 bulan. Manakala anisong kain Bangsukun selama-lamanya kerana pemakai (Bhikkhu) boleh pakai lama tanpa had masa sehingga kain rosak. 


(Orang Siam selalu sebut Bangsakun, tetapi sebutan yang betul ikut Pali ialah Bangsukun).


(sumber: Larndham)

No comments: