Thursday, November 17, 2011

Siapa Hina Agama: Kita Atau Mereka?


(gambar dari Youtube yang menunjukkan imej mirip patung Buddha penagih dadah)

Baginda Buddha mengajar kita bahawa apa yang kita lihat tidak berapa penting tetapi yang penting ialah tindak balas kita terhadap benda tersebut. Tindak balas bodoh akan memberikan kesan yang buruk. Manakala tindak balas bijak akan memberikan kesan yang baik. Oleh sebab itu Baginda menasihati kita agar bertindak balas dengan bijak. Malangnya, kita sentiasa bertindak balas secara bodoh. 


Kawan sekerja kita keluar. Kita pergi ke mejanya dan terlihat sebentuk cincin berlian di atas meja itu. Mungkin dia terlupa. Maka timbul pelbagai perasaan di hati kita. Namun, setakat melihat dan timbul perasaan di hati, belum memberikan kesan apa-apa. Lihatlah berapa lama pun, kesannya belum ada. Kesannya akan muncul selepas kita bertindak balas. Seandainya, kita mengambil cincin tersebut untuk dijadikan hak milik kita, bermakna kita telah melakukan tindak balas yang bodoh. Sebaliknya, apabila kita mengambil cincin itu dengan niat menyimpan untuk kawan kita, bermakna kita melakukan tindak balas yang bijak. 


Kita telah melakukan sedikit kesilapan, tetapi bos memarahi kita dengan kuat. Kita mengaku kesilapan dan minta maaf. Bos memaafkan kita dan minta kita jangan mengulangi kesilapan itu lagi. Sekiranya kita bertindak balas secara bodoh, misalnya membalas kemarahannya dengan kemarahan juga, mungkin perkara itu tidak terhenti di situ. Mungkin kita dipecat. Akan tetapi, tindak balas yang bijak - mengaku kesilapan dan minta maaf - semuanya selesai di situ. 


Dalam sehari, kita menghadapi pelbagai situasi yang menuntut tindak balas kita - negatif atau positif. Mata, telinga, hidung, lidah dan tubuh setiap waktu mempunyai konteks dengan benda luar yang melahirkan perasaan - suka atau benci. Daripada perasaan itu kita memberi tindak balas. Lazimnya apabila suka, kita memberi tindak balas positif. Apabila benci (tidak suka), kita memberi tindak balas negatif. Dalam kebanyakan situasi, kita jarang mempertimbangkan kebenaran, sebaliknya kita hanya bertindak balas mengikut perasaan semata-mata. Maklumlah, perasaan selalu menjadi raja kepada kita. Akal pula menjadi kuli. Oleh sebab itulah, kebenaran kita tolak ke belakang. 


Peribahasa Melayu ada menyebut, 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'. Peribahasa ini sebenarnya menasihati kita supaya berfikir sebelum bertindak. Jangan bertindak, baru berfikir. 


Semua tindakan kita sebenarnya ialah tindak balas kita terhadap perkara di luar diri kita. Kebanyakan perkara di luar diri kita ialah di luar kawalan kita. Kita tidak ada kuasa mengawal apa yang berlaku di luar diri kita. Oleh itu, apa yang boleh kita buat ialah kita kawal diri kita iaitu kawal tindak balas kita. Pertelingkahan, perkelahian, pembunuhan mahupun peperangan tercetus kerana manusia memberikan tindak balas yang salah terhadap manusia lain. Bertindak balas secara bodoh - marah dibalas marah - pasti mencetuskan perkara yang buruk. 


Orang bilang, jika kita tidak tahu bertindak balas secara bijak, lebih baik berdiam diri. Dalam agama Buddha, berdiam diri termasuk bertindak balas secara bijak kerana boleh mengelakkan konfrantasi. Penganut agama Buddha diajarkan supaya mengelakkan konfrantasi. Konfrantasi yang berlaku di dalam diri kita; antara minda kusala (baik) dan minda akusala (jahat) pun sudah terlalu banyak dan sukar ditangani. Apatah lagi hendak berkonfrantasi dengan orang lain.


Oleh hal demikian, apabila ada pihak cuba memperlekehkan agama kita, kita harus berfikiran matang dan berhati-hati. Tindak balas yang salah boleh mengundang kesan yang buruk. Gambar di atas misalnya, menunjukkan watak mirip imej (patung) Buddha menagih dadah (kokain). Kita mungkin berasa terhina kerana Buddha ialah individu suci yang paling kita hormati. Gambar-gambar begini tidak terbatas kepada agama Buddha. Agama lain juga tidak sepi daripada cara penghinaan begini.


Malangnya kita hanya berasa terhina apabila imej Buddha diperlekehkan, diberikan lakaran yang buruk atau negatif oleh orang di luar agama kita. Sebaliknya, apabila orang kita sendiri melakukannya, kita kurang berasa terhina. Begitu juga apabila orang luar menuduh agama kita tidak baik, kita melenting dan melantun. Kita mahu menampar dan menyepaknya. Sebaliknya, apabila orang kita sendiri menghina agama kita, kita tidak pula melantun. 


Orang luar menghina agama kita, kita marah. Apabila orang kita menghina agama kita, kita tidak marah. Jika marah pun tidak sampai melantun. Malahan, kita akan berkata, alahai itu pendapat dia!


Mari kita sorot penghinaan agama kita oleh orang kita sendiri.


1. Wat Thai ialah institusi agama yang kita anggap suci. Wat ialah tempat kediaman Sangha; individu yang mengamalkan kehidupan mulia. Agama Buddha terpisah daripada politik. Buddha menegah Sangha melibatkan diri dalam politik. Penganut agama Buddha, sama ada Sami atau orang kampung yang terlibat menjemput atau membenarkan ceramah politik dalam wat telah dengan sengaja menghina agama Buddha. Pemimpin politik yang memberi ceramah juga menghina agama Buddha. Malangnya, penganut agama Buddha masih buta dan jahil dalam hal ini. Manakala yang tahu dan celik pula tidak berani bersuara. 


2. Mempengaruhi Tok Sami (Tok Than) agar menyokong parti tertentu satu penghinaan yang dahsyat. Tok Sami yang sedar sedang diperdaya, tetapi masih rela diperdaya juga satu penghinaan yang maha hina.


3. Mengadakan pesta hiburan di dalam wat. Mungkin ada orang berkata, kita tiada tempat, maka terpaksa pinjam laman wat. Alasan begini tidak masuk akal kerana hiburan bukan sesuatu yang wajib. Ini juga penghinaan. Akan tetapi kita tidak berasa terhina kerana orang yang terlibat ialah orang kita.


4. Bhikkhu mempunyai Sila 227 sebagai disiplin diri, tetapi ramai yang melanggar Sila sesuka hati dan duduk seperti barbarian. Ini satu penghinaan terhadap agama. Namun, penganut agama Buddha tidak berasa terhina.  


5. Minum arak di dalam wat. Ini juga satu penghinaan tetapi orang Thai kurang peka. Adakah orang Cina dan india yang beragama Buddha minum arak di dalam wat? Adakah penganut agama lain minum arak di dalam pusat beribadat mereka? 


6. Masa ada upacara tertentu, orang Thai akan minta Sila (rap Sin). Sedihnya, terdapat segelintir yang duduk minta Sila itu berada dalam keadaan mabuk. Ini juga satu penghinaan.


7. Ramai penganut agama Buddha mengutip derma untuk wat sempena perayaan tertentu dengan cara "menjual pahala". Perbuatan menjual pahala tiada dalam ajaran Buddha. Ini satu penghinaan. Manakala duit derma yang digunakan ke jalan yang salah juga satu penghinaan. 


8. Menggunakan agama untuk kepentingan diri satu penghinaan yang jarang kita berikan perhatian. 


9. Sami palsu dan tipu yang minta sedekah di jalanan jelas menghina agama Buddha, tetapi tiada sebarang tindakan yang berkesan daripada masyarakat prihatin Siam.


10. Terdapat iklan "cari makan" di akhbar tertentu yang memaparkan Tok Sami tilik nasib, beri nombor ekor, mandi bunga buang sial dan lain-lain yang bercanggah dengan agama Buddha. Ini penghinaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Barapa banyak laporan polis dibuat?


Ini cuma sekadar beberapa contoh bagaimana penghinaan agama Buddha oleh penganutnya sendiri. Namun, tiada siapa yang pernah melenting dan melantun. Jauh sekali membuat laporan polis. Perkara yang terang-terang menghina dengan sengaja, tidak terasa terhina oleh orang kita. Kita tidak mempunyai sebarang respons terhadap tindakan memperlekeh agama kita oleh penganutnya sendiri. Akan tetapi kemarahan kita bingkas bangun apabila dilakukan oleh orang lain biarpun mungkin secara tidak sengaja.


Jikalau orang luar menghina agama kita, kita patut menyalahkan diri kita sendiri kerana kita juga tidak menghormati agama kita. Jikalau kita tidak menghormati agama kita dan memelihara kesucian dan kebenara ajarannya, adakah orang luar akan menghormatinya? Jangan bermimpi. 


Buddha memberitahu dengan jelas bahawa golongan yang menjadi penentu masa depan Dhamma Vinai (agama Buddha) sama ada akan kekal lama atau sebaliknya ialah Bhikkhu, Bhikhuni, Ubasok dan Ubasika. Orang luar tidak ada kaitan. Maksudnya orang luar tidak mampu menjejaskan agama kita. Orang luar tidak berupaya merosakkan agama kita. Orang luar tidak ada kuasa memendekkan usia agama kita. Sebaliknya, kitalah yang menetukan masa depan agama kita. Kekuatan agama kita bergantung pada penganutnya. Agama kita mempunyai kekuatan dalaman yang tidak mampu dilemahkan oleh orang luar. Kepercayaan kita tidak akan tergoyah, kecuali kita sendiri jahil akan ajaran Buddha lalu terpengaruh dengan kepercayan karut marut. 


Apabila kita rebah tersadung akar, jangan marah akar, tetapi marah mata, kerana kita sendiri yang tidak mahu melihat akar. 


Itulah kita, sebuah bangsa yang beragama dan bertamadun tetapi tidak tahu nama bangsa sendiri apa, Thai atau Siam?













9 comments:

Thai SIAM said...

Salam sejahtera khun Pena, dah lama saya tak masuk komen dalam blog KSB. Bukanlah tak ikut perkembangan tentang paparan yang diketengahkan, boleh dikatakan tiap-tiap hari saya baca KSB.

Khun Pena, mungkin disebabkan bangsa saya belum lagi diputuskan, saya nama bangsa saya sebagai THAI SIAM.

GUO CAYA SAMA LU..teruskan usaha anda khun Pena..

pena reformasi said...

Salam sejahtera Thai Siam yang setia bersama KSB. Komen saudara amat dialu-alukan, terima kasih!

RickyFlaming said...

People without thinking power will always discriminate Buddhism. I as a Buddhist, respect and do my best to understand other Religions by asking people. Lately, there is this Christian group call 'Evangelist' that tarnish the name of the Buddha and Buddhism. They condemn the Monks and the Buddha's Teachings by publishing books to change the Buddha's Sayings and Teaching. They even cause some problems to the Muslim by using the word 'Allah.' Imagine what they get from doing these? In some foreign countries shopping complex, shop owners place the Buddha's statue in the glass shelf and lay their shoe product for display as business attraction. What had the Buddha and Buddhist done wrong to them? Did we curse their Religion? Did we rages war on their Religion? Why they attack us? I wonder....??????

Anonymous said...

Post a Comment On: MarGeeMar"Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !"
by Anak Mami

Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia

Dear Devotees,

Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our Buddhist Temple to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.

When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.

Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?

I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.

I told to the inspector of the again, 1 am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.

Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?

Yours in Dhamma

Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia
Tel: 04-8272710

Anonymous said...

Please go...

"Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !"
we must protect our Buddhist..

Anonymous said...

Tuhan,sesiapapun yang telah mghina Engkau,mereka adalah DOMBA2Mu yg belum mgenalMu.Namun Engkau tetap Diam..kerna satu hari nanti nescaya Engkau menurunkan satu keajaiban yang tdak bsa mereka sangkal..amen,.berkatilah mereka yg sudah mghina Engkau Bapa..maafkanlah dosa mereka.amen.

Anonymous said...

VEN. PHRA PIYA THAMMO IS MALAYSIAN AND ALSO HE CITIZEN OF MALAYSIA AND HE BORN IN PENANG, MALAYSIA..HE IS NOT OUTSIDER AS MYANMAR BUDDHSIT MONKS...WHY THIS MCA MAN NOT RESPECT MALAYSIA BUDDHIST MONKS..WE MUST SAVE OUR BUDDHST MONK IN THIS COUNTRY(MALAYSIA)

FROM KEPONG BARU, KUALA LUMPUR MALAYSIA

Anonymous said...

马华是反佛教!
敬爱的佛教信徒:

在此, 我要誠恳所以書面將实事发生在马耒西亜吉隆坡甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺. SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION NO: 19 JALAN 38 DASA JAYA KEPONG 52100 SELANGOR, MALAYSIA. 的遭遇公告大家, 我很不满意, 马华公会鹅唛區会及三宝寺理事主席那督叶金福律师, 是因為他应用悪毒傲慢的手段帶領一般外人耒挑衅践踏浄土及电招警方人员到甲洞三宝寺的神聖之地亳无理由的要警方人员强硬扣留出家人耒逹到耻辱佛教信仰者


我要强烈的在此請問我犯了什么涛天大罪而使你叶金福律师千方百計要警方人员扣留我和尚?


我耒至梹城, 初出道, 暫住甲洞三宝寺俢行, 只因看不过眼叶金福律师的為人, 无礼傲慢不可一视的态度对待壇主, 稍为講他几句而己他却採用如此下流的手段伤害出家人, 的确令人不敢恭维.


一校之長, 其学生如有犯错, 警方人员都必須先见校長去了觧实况, 才可行动, 這是一般常规.但遺憾的是. 他叶金福身为律师却反其道而行, 不依佛理而轻视佛教的精神一味要显示他是马华公会鹅唛區会及甲洞三宝寺理事会的主席, 强求要警方人員扣捕我和尚, 耒逹到其目標, 但还好,基於宗教敏感,連巫裔警方人員也懂得和尊重別人的文化習俗,不敢軽举妄动, 否則后果不敢設想.


我明白, 他马华公会區会主席那督叶金福律师大动肝火, 生氣一位担任該 (暹寺) 甲洞三宝寺將近20年的壇主, 也是自筹建三宝寺最大的功臣, 其因是师父惊觉到一个新耒的叶金福律师满囗仁義道德, 說一套做一套, 排除異己, 而理事会成员多數为其親戚家族当任, 再加上处理 (暹寺) 三宝寺钱財不透明, 除此之处, 他的行动想把佛教的浄土变为政治活動埸所, 公家修道之地, 当作私人財產。


师父看在眼裡, 以大局为重, 而善意的给予劝告, 却引起他马华公会鹅唛區会主席叶金福律师, 闷闷不乐, 坐立不安, 无法无天的反而处处为难, 并不友善的加以迫害壇主离开 (暹寺) 三宝寺


他马华公会鹅唛區会主席叶金福律师, 這种司马昭之心, 伪君子作风, 人人都知--------。你能花言巧語, 蒙蔽誤导群衆一時, 但不能欺骗一世. 佛教的因果肯定報应。


最后我也顺此祝願他醒觉, 諸悪莫作, 衆善奉行。


YOURS IN DHAMMA


VEN. PHRA PIYA THAMMO, PENANG, MALAYSIA.


也看过 http://margeemar.blogspot.com/2011/01/pro-umno-mca-is-anti-buddhist.html

Anonymous said...

Please see:
http://www.youtube.com/watch?v=lA7F---Ke58 “Myanmar girls hits by Myanmar man who works in malaysia.mp4”. happen at Taman Desa jaya kepong...Kuala Lumpur..MALAYSIA