Sunday, November 6, 2011

Syurga di Penjuru Mata!

Buddha berkata bahawa ini merupakan tuah kepada para bhikkhu, perolehan yang baik bagi mereka.  Dengan ini mereka pun telah memperolehi waktu yang sesuai bagi mengamalkan kehidupan mulia (Brahma-cariya).


Buddha berkata kepada para bhikkhu bahawa neraka bernama Phassayatanika  6 lubang telah dilihat oleh Baginda. (Phassayatanika = sesuatu yang terjadi melalui "sentuhan" ayatana 6).


1. Dalam neraka tersebut, individu melihat bermacam-macam rupa dengan mata, tetapi hanya rupa yang tidak diingini yang dilihatnya, rupa yang diingini tidak dilihatnya; rupa yang tidak menarik yang dilihatnya, rupa yang menarik tidak dilihatnya; rupa yang tidak memuaskan hati yang dilihatnya, rupa yang memuaskan hati tidak dilihatnya.


2. Individu tersebut mendengar bermacam-macam suara dengan telinga, tetapi hanya suara yang tidak diingini yang didengarnya, suara yang diingini tidak didengarnya; suara yang tidak menarik yang didengarnya, suara yang menarik tidak didengarnya; suara yang tidak memuaskan hati yang didengarnya, suara yang memuaskan hati tidak didengarnya.


3. Individu tersebut menghidu bermacam-macam bau dengan hidung, tetapi hanya bau yang tidak diingini yang dihidunya, bau yang diingini tidak dihidunya; bau yang tidak menarik yang dihidunya, bau yang menarik tidak dihidunya; bau yang tidak memuaskan hati yang dihidunya, bau yang memuaskan hati tidak dihidunya.


4. Individu tersebut merasa bermacam-macam rasa dengan lidahnya, tetapi hanya rasa yang tidak diingini dirasanya, rasa yang diingini tidak dirasanya; rasa yang tidak menarik dirasanya, rasa yang menarik tidak dirasanya; rasa yang tidak memuaskan hati yang dirasanya, rasa yang memuaskan hati tidak dirasanya.


5. Individu tersebut menyentuh bermacam-macam objek dengan badannya, tetapi hanya objek yang tidak diingini yang disentuhnya; objek yang tidak menarik disentuhnya, objek yang menarik  tidak disentuhnya; objek yang tidak memuaskan hati yang disentuhnya, objek yang memuaskan hati tidak disentuhnya.


6. Individu tersebut memikirkan bermacam-macam perkara dengan mindanya, tetapi hanya perkara yang tidak diingini yang difikirkannya, perkara yang diingini tidak difikirkannya; perkara yang tidak menarik yang difikirkannya, perkara yang menarik tidak difikirkannya; perkara yang tidak memuaskan hati yang difikirkannya, perkara yang memuaskan hati tidak difikirkannya. 


Buddha berkata bahawa ini merupakan tuah kepada para bhikkhu, perolehan yang baik bagi mereka.  Dengan ini mereka pun telah memperolehi waktu yang sesuai bagi mengamalkan kehidupan mulia (Brahma-cariya).


Buddha berkata kepada para bhikkhu bahawa syurga bernama Phassayatanika 6 tingkat telah dilihat oleh Baginda. 



1. Dalam syurga tersebut, individu melihat bermacam-macam rupa dengan mata, tetapi hanya rupa yang diingini yang dilihatnya, rupa yang tidak diingini tidak dilihatnya; rupa yang menarik yang dilihatnya, rupa yang tidak menarik tidak dilihatnya; rupa yang memuaskan hati yang dilihatnya, rupa yang tidak memuaskan hati tidak dilihatnya.


2. Individu tersebut mendengar bermacam-macam suara dengan telinga, tetapi hanya suara yang diingini yang didengarnya, suara yang tidak diingini tidak didengarnya; suara yang menarik yang didengarnya, suara yang tidak menarik tidak didengarnya; suara yang memuaskan hati yang didengarnya, suara yang tidak memuaskan hati tidak didengarnya.


3. Individu tersebut menghidu bermacam-macam bau dengan hidung, tetapi hanya bau yang diingini yang dihidunya, bau yang tidak diingini tidak dihidunya; bau yang menarik yang dihidunya, bau yang tidak menarik tidak dihidunya; bau yang memuaskan hati yang dihidunya, bau yang tidak memuaskan hati tidak dihidunya.


4. Individu tersebut merasa bermacam-macam rasa dengan lidahnya, tetapi hanya rasa yang diingini dirasanya, rasa yang tidak diingini tidak dirasanya; rasa yang menarik dirasanya, rasa yang tidak menarik tidak dirasanya; rasa yang memuaskan hati yang dirasanya, rasa yang tidak memuaskan hati tidak dirasanya.


5. Individu tersebut menyentuh bermacam-macam objek dengan badannya, tetapi hanya objek yang diingini yang disentuhnya, objek yang tidak diingini tidak disentuhnya; objek yang menarik disentuhnya, objek yang tidak menarik  tidak disentuhnya; objek yang memuaskan hati yang disentuhnya, objek yang tidak memuaskan hati tidak disentuhnya.


6. Individu tersebut memikirkan bermacam-macam perkara dengan mindanya, tetapi hanya perkara yang diingini yang difikirkannya, perkara yang tidak diingini tidak difikirkannya; perkara yang menarik yang difikirkannya, perkara yang tidak menarik tidak difikirkannya; perkara yang memuaskan hati yang difikirkannya, perkara yang tidak memuaskan hati tidak difikirkannya. 


Buddha berkata bahawa ini merupakan tuah kepada para bhikkhu, perolehan yang baik bagi mereka.  Dengan ini mereka pun telah memperolehi waktu yang sesuai bagi mengamalkan kehidupan mulia (Brahma-cariya).


(Perhatian: Peryataan di atas, guru Attha Katha (huraian Tipitaka) menjelaskan bahawa neraka seperti yang dinyatakan di atas berada di bawah tanah, bersama neraka yang lain. (seperti yang selalu kita dengar). Manakala syurga seperti yang dinyatakan di atas  berada di atas langit bersama syurga yang lain (seperti yang selalu kita dengar).  Akan tetapi, Buddhadasa Bhikkhu tidak bersetuju dengan Attha Katha. Bagi Buddhadasa Bhikkhu, neraka dan syurga yang dinyatakan di atas wujud melalui ayatana 6 (deria) sewaktu individu tersebut (kita semua) masih hidup di dunia ini di mana ia mampu dikawal atau diamalkan sebagaimana yang dikehendaki.  Oleh sebab itulah Buddha berkata "tuah" dan "waktu yang sesuai" bagi para bhikkhu mengamalkan kehidupan mulia (Brahma Cariya).)


Berdasarkan pandangan Buddhadasa Bhikkhu, maknanya kita mampu memilih syurga atau neraka yang sememangnya wujud di muka bumi ini dengan mengawal pancaindera dan hati kita. Jikalau kita mahu syurga, kita mesti memilih untuk melakukan perkara-perkara yang baik sahaja. Sebaliknya, jikalau kita mahu neraka, kita mesti memilih untuk melakukan perkara-perkara yang jahat sahaja. Namun, lazimnya perbuatan kita ada yang baik dan ada yang jahat atau tidak baik. Sebab itulah kehidupan kita adakalanya di syurga dan adakalanya di neraka. 


Syurga di penjuru mata, neraka di hujung lidah. Maka terpulanglah kepada kita untuk membuat pilihan di mana kita mahu hidup!





(Tipitaka 18/158,159/214,215)

No comments: