Tuesday, November 1, 2011

Upadana Pembawa Kemusnahan

Upadana (Thai: Upathan) satu perkataan yang sering kita dengar. Upadana dalam bahasa Thai diberikan makna "การยึดมั่นถือมั่น". Dalam Buddhist Dictionary: Manual of Buddhist Terms and Doctrines (Ceylon) upadana diberikan makna "clinging". Dalam bahasa Malaysia "clinging" bermaksud "memegang kuat pada sesuatu, memeluk dengan kuat, bergantung atau berpaut".  Upadana ini bukan dengan tangan, tetapi dengan hati. Penulis agama Buddha di Indonesia memberikan makna upadana sebagai kemelekatan. 


Kita mesti faham upadana dengan betul kerana ini merupakan pencetus kepada kesengsaraan manusia. Pegangan bahawa tubuh dan hati (panca-khanda) ialah "diri kita" dan segala benda yang kita suka yang ada kaitan dengan diri kita ialah "milik kita" merupakan punca kepada kesengsaraan manusia.  "Diri kita" dan "milik kita" sebenarnya tidak wujud, tetapi kerana avijja(kejahilan) menguasai minda, maka kita merasakan ia wujud dan "memegangnya dengan kuat" tanpa mahu melepaskannya. 


Atau dalam konteks lain kita berpegang bahawa hati atau jiwa ialah "diri kita" dan tubuh badan, perasaan, ingatan, pemikiran ialah "milik kita".


Upadana mempunyai 4 jenis iaitu:


1. Kamupadana - upadana terhadap perkara yang memikat atau menarik hati/perasaan. 


2. Ditthupadana - upadana terhadap pandangan/tanggapan


3. Silabbatupadana - upadana terhadap Sila dan ritual yang sesat.


4. Attavadupadana - upadana terhadap diri aku dan milik aku. 

อุปาทาน 4 อย่าง

1. กามุปาทาน ยึดติดในกาม
2. ทิฏฐุปาทาน ยึดถือในทิฏฐิ
3. สีลัพพัตตุปาทาน ติดยึดในศีลวัตรที่งมงาย
4. อัตตวาทุปาทาน ยึดมั่นในตัวกู ของกู

Cuba kita renungkan, sewaktu kita susah hati, kita akan dapati bahawa puncanya datang daripada salah satu daripada 4 upadana di atas. Empat upadana ini apabila disimpulkan, kesemuanya terangkum di dalam Panca-Khanda. 


Oleh sebab itulah, Buddhadasa Bhikkhu berkata, Panca-Khanda (Khanda 5) yang mempunyai upadana itulah kesengsaraan. Panca-Khanda yang tidak mempunyai upadana bebas daripada kesengsaraan. Manusia (minda) akan bebas daripada kesengsaraan apabila tiada upadana. Oleh itu, kebebasan yang sebenar ialah ketiadaan upadana.  



No comments: