Friday, December 2, 2011

Orang Terbaik Antara Orang-orang Yang Baik

Masa kanak-kanak ibu selalu berpesan: "Bila besar, mesti jadi orang baik!" Apabila masuk sekolah, cikgu pula berpesan: "Kamu mesti rajin belajar dan apabila besar mesti jadi orang baik!"  Sewaktu berjumpa kawan-kawan, mereka pun selalu berkata: "Saya hanya mahu berkawan dengan orang baik!" Apabila hendak berkahwin, orang tua-tua akan beri nasihat: "Cari pasangan yang baik!"

Semuanya mahu yang baik. Tiada seorang pun mahu orang jahat. Tiada siapa pun mahu jadi orang jahat. Orang baik itu orang yang bagaimana? Istilah "baik" mempunyai pelbagai tafsiran bergantung pada sesuatu budaya atau agama masyarakat yang berkenaan. Dalam agama Buddha, orang baik mesti mempunyai:


1.   Samma Ditthi (Pandangan yang betul).
2.   Samma Sankappa (Hajat yang betul).
3.   Samma Vaca (Percakapan yang betul).
4.   Samma  Kammanta (Perilaku yang betul).
5.   Samma Ajiva (Sara Hidup yang betul).
6.   Samma Vayama (Cara Berusaha yang betul).
7.   Samma Sati (Daya Ingatan yang betul).
8.   Samma Samadhi (Konsentrasi yang betul).
9.   Samma Yana (Pengetahuan yang betul).
10. Samma Vimutthi (Pembebasan yang betul).


Inilah 10 ciri orang baik mengikut ukuran agama Buddha. Walaupun bagaimanapun orang yang tidak mempunyai 10 ciri ini bukannya orang jahat (lawan kepada orang baik). Cuma orang biasa. 


Namun, orang baik yang mempunyai 10 ciri ini belum betul-betul baik. Masih ada orang yang lebih baik iaitu orang terbaik antara orang-orang yang baik. Siapa orang ini?


Orang terbaik antara orang-orang yang baik ialah:


1. Orang yang mempunyai Samma Ditthi dan mengajak orang lain agar turut mempunyai Samma Ditthi.


2. Orang yang mempunyai Samma Sankappa dan mengajak orang lain agar turut mempunyai Samma Sankappa.


3. Orang yang mempunyai Samma Vaca dan mengajak orang lain agar mempunyai Samma Vaca.


4. Orang yang mempunyai Samma Kammanta dan mengajak orang lain agar turut mempunyai Samma Kammanta.


5. Orang yang mempunyai Samma Ajiva dan mengajak orang lain agar turut mempunyai Samma Ajiva.


6. Orang yang mempunyai Samma Vayama dan mengajak orang lain  agar turut mempunyai Samma Vayama.


7. Orang yang mempunyai Samma Sati dan mengajak orang lain agar turut  mempunyai Samma Sati.


8. Orang yang mempunyai Samma Samadhi dan mengajak orang lain agar turut mempunyai Samma Samadhi.


9. Orang yang mempunyai Samma Yana dan mengajak orang lain agar turut mempunyai Samma Yana.


10. Orang yang mempunyai Samma Vimutthi dan mengajak orag lain agar turut mempunyai Samma Vimutthi.


Kesimpulannya, orang terbaik antara orang-orang yang baik ialah orang yang membuat kebaikan dan pada masa yang sama mengajak orang lain agar turut membuat kebaikan. Marilah kita menjadi orang baik, kemudian berusaha pula menjadi orang yang terbaik antara orang-orang yang baik itu. 

(Tipitaka: Sappuri-savak/Anggutara Nikaya/20:256)

No comments: