Monday, December 26, 2011

Paticcasamuppada: Si Jantung Hati Yang Dipinggirkan

Paticcasamuppada (Dependent Origination) - "proses kewujudan" yang diketemukan oleh Buddha melalui Pencerahan Sempurna. Proses kewujudan ini saling bergantungan dan sangat sulit untuk difahami. Proses ini bermula dengan Avijja dan berakhir dengan Jaramarana. Namun, dengan menggunakan kebijaksanaan, kita mampu memahaminya. Biarpun tidak sepenuhnya, memadailah jika kita memahaminya secara asas. Pemahaman ini penting untuk dijadikan panduan bagi memahami Dhamma Buddha yang lain. Paticcamauppada merupakan inti Dhamma Buddha (Buddha- Dhamma). Sekiranya kita langsung tidak memahami Paticcasamuppada, bermakna kebuddhisan kita sekadar di bibir. 


1. Avijja paccaya sankhara (Avijja=Ignorance)


2. Sankhara paccaya vinnanam (baca: vinyanang) (Sankhara=Karma formations)


3. Vinnana paccaya nama - rupam (baca: rupang) (Vinnana=Consciousness)


4. Nama-rupa paccaya salayatanam (baca: salayatanang) (Nama-Rupa=Corporeality & Mentality)


5. Salayatana paccaya phasso (Salayatana=Six Bases)


6. Phassa paccaya vedana (Phassa=Impression)


7. Vedana paccana tanha (Vedana=Feeling)


8. Tanha paccaya upadanam (baca: upadanang) (Tanha=Craving)


9. Upadana paccaya bhavo (Upadana=Clinging)


10. Bhava paccaya jati (Bhava=Proses of Becoming)


11. Jati paccaya jaramaranam. (baca: jaramaranang) (Jati=Rebirth) (Jara-marana=Old Age and Death)


Paccaya (Thai: Pacchai) ialah punca, sebab atau faktor. 1. Avijja menjadi faktor kewujudan Sankhara. 2. Sankhara menjadi faktor kewujudan Vinnanam. Begitulah seterusnya sehingga Jati paccaya Jaramaranam (untuk memahami setiap istilah, sila rujuk posting yang lepas). 


Bukan setakat 12 perkara di atas sahaja, sebagai kaum Buddhis, kita mesti memahami perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pemahaman ini dapat membantu kita mengenali agama Buddha dengan jelas. 


1. Apa yang dikatakan Jara-Marana? Jara ialah tua, gigi tercabut, kulit kendur, rambut beruban itulah tua. Marana ialah mati, tidak bernafas, tubuh hancur dan reput itulah mati.


2. Apa yang dikatakan Jati? Jati ialah kelahiran atau kewujudan Khanda 5. 


3. Apa yang dikatakan Bhava? Bhava ada 3 iaitu Kamma-Bhava, Rupa-Bhava dan Arupa-Bhava.


4. Apa yang dikatakan Upadana? Upadana ada 4 iaitu Kamupadana, Ditthupadana, Silappatupadana dan Attavatupadana.


5. Apa yang dikatakan Tanha? Tanha ada 3 iaitu Kama-tanha, Bhava-tanha dan Vibhava-tanha. Jikalau dipecahkan mengikut inderia ada 6 iaitu Rupa-tanha (penglihatan), Sadda-tanha 9pendengaran), Gandha-tanha (penghiduan), Rasa-tanha (merasa), Photthabba-tanha (sentuhan) dan Dhamma-tanha (fikiran/hati).


6. Apa yang dikatakan Vedana? Vedana ada 3 iaitu Dukkha-vedana, Sukha-vedana dan Adukkha-m-asukha vedana). Jikalau dipecahkan mengikut inderia ada 6 iaitu Cakkhu-samphassaja vedana (mata), Sota-samphassaja vedana (telinga), Ghana-samphassaja vedana (hidung), Jivha-samphassaja vedana (lidah), Kaya-samphassaja vedana (tubuh) dan Mano-samphassaja vedana (hati).


7. Apa yang dikatakan Phassa? Phassa ada 6 iaitu Cakkhu-phassa, Sota-phassa, Ghana-phassa, Jivha-phassa, Kaya-phassa dan Mano-Phassa,


8. Apa yang dikatakan Salayatana? Salayatana (6 Ayatana) ialah mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati. 


9. Apa yang dikatakan Nama-Rupa? Vedana, Sanya, Cetana, Manasikara dipanggil Nama. Mahaputa Rupa 4 (4 elemen: pathavi (tanah), apo (air), tejo (api), vayo (angin) dan Rupa yang berkaitan Mahaputa Rupa 4: vanna (warna), gandha (bau), rasa (rasa), oja (enak) dipanggil Rupa


10. Apa yang dikatakan Vinnana? Vinnana ada 6 iaitu Cakkhu-vinnana, Sota-vinnana, Ghana-vinnana, Jivha-vinnana, Kaya-vinnana dan Mano-vinnana.


11. Apa yang dikatakan Sankhara? Sankhara ada 3 iaitu Kaya-sankhara, Vaci-sankhara dan Citta-sankhara.


12. Apa yang dikatakan Avijja? Avijja ialah kejahilan tidak mengenali Dukkha, Samudaya, Nirodha dan Magga. 


Paticcasamuppada ialah "si jantung hati" agama kita. Rugi kita dilahirkan sebagai putera dan puteri Buddha sekiranya kita mengabaikan si jantung hati ini. Pemahaman terhadap Paticcasamuppada dan Dhamma yang berkaitannya dapat mengelakkan kita daripada tergelicir daripada landasan agama. Akibat tidak memahami Paticcasamuppada, maka ramai antara kita yang terkeliru melakukan perkara-perkara yang bukan ajaran Baginda Buddha yang tersembunyi di sebalik istilah bun, barami, syurga dan sebagainya. 









No comments: