Thursday, December 1, 2011

Percakapan Yang Baik Tidak Selalunya Disambut Baik

Percakapan yang baik boleh jadi baik. Percakapan yang baik juga boleh jadi jahat atau tidak baik.  Oleh sebab itulah kita selalu dengar orang berkata: "Saya nasihat dia dengan baik, tapi dibalasnya dengan kata-kata yang kesat!" Atau mungkin kita juga selalu dengar orang berkata: "Saya memberi semangatnya dengan kata-kata yang positif dan dia dapat terima dengan baik!" Jadi, kata-kata baik boleh jadi baik dan boleh jadi tidak baik.


1. Saddha / Sattha (percaya dan yakin)


Percakapan berkaitan Saddha menjadi percakapan yang tidak baik bagi orang yang tiada Saddha. Orang yang tiada Saddha apabila bercakap tentang Saddha, dia akan berasa rimas, marah, dendam, tidak puas hati dan segala perasaan itu akan terpancar pada wajahnya. Kenapa? Kerana orang tiada Saddha tidak mengerti akan "kesempurnaan Saddha" (Saddha Sampatha). Dia tidak pernah menikmati kegembiraan dan kebanggaan yang lahir daripada kesempurnaan Saddha. 


2. Sila (moraliti)


Percakapan berkaitan Sila menjadi percakapan yang tidak baik bagi orang yang tiada Sila. Orang yang tiada Sila apabila bercakap tentang Sila, dia akan berasa rimas, marah, dendam, tidak puas hati dan segala perasaan itu akan terpancar pada wajahnya. Kenapa? Kerana orang tiada Sila tidak mengerti akan "kesempurnaan Sila" (Sila Sampatha). Dia tidak pernah menikmati kegembiraan dan kebanggaan yang lahir daripada kesempurnaan Sila. 



3. Pahusacca (banyak belajar / kaya ilmu) 


Percakapan berkaitan Pahusacca menjadi percakapan yang tidak baik bagi orang yang tiada Pahusacca. Orang yang tiada Pahusacca (malas belajar) apabila bercakap tentang Pahusacca, dia akan berasa rimas, marah, dendam, tidak puas hati dan segala perasaan itu akan terpancar pada wajahnya. Kenapa? Kerana orang tiada Pahusacca tidak mengerti akan "kesempurnaan Pahusacca" (Pahusacca Sampatha). Dia tidak pernah menikmati kegembiraan dan kebanggaan yang lahir daripada kesempurnaan Pahusacca. 



4. Caga / Cakha (memberi / bermurah hati) 


Percakapan berkaitan Caga menjadi percakapan yang tidak baik bagi orang yang tiada Caga. Orang yang tiada Caga (kedekut) apabila bercakap tentang Caga (memberi), dia akan berasa rimas, marah, dendam, tidak puas hati dan segala perasaan itu akan terpancar pada wajahnya. Kenapa? Kerana orang tiada Caga tidak mengerti akan "kesempurnaan Caga" (Caga Sampatha). Dia tidak pernah menikmati kegembiraan dan kebanggaan yang lahir daripada kesempurnaan Caga. 



5. Panna / Panya (bijak)


Percakapan berkaitan Panya menjadi percakapan yang tidak baik bagi orang yang tiada Panya. Orang yang tiada Panya (kurang bijak) apabila bercakap tentang Panya, dia akan berasa rimas, marah, dendam, tidak puas hati dan segala perasaan itu akan terpancar pada wajahnya. Kenapa? Kerana orang tiada Panya tidak mengerti akan "kesempurnaan Panya" (Panya Sampatha). Dia tidak pernah menikmati kegembiraan dan kebanggaan yang lahir daripada kesempurnaan Panya. 


Sebaliknya, percakapan berkaitan Saddha, Sila, Pahusacca, Caga dan Panya menjadi baik bagi orang yang mempunyai Saddha, Sila, Pahusacca, Caga dan Panya. 


Oleh sebab itu, apabila hendak bercakap sesuatu harus lihat orangnya terlebih dahulu. Kita harus berhati-hati. Jangan bercakap tentang Sila dengan orang yang suka melanggar Sila nanti dia akan marah. Buruk padahnya apabila kita bercakap tentang keburukan alkohol dengan kaki mabuk. Bercakap tentang kanser paru-paru dengan perokok juga tidak membawa sebarang faedah. Minda derma kepada orang kedekut hanya sia-sia. Ini sekadar beberapa contoh dalam kehidupan kita. Namun, adakalanya kita terpaksa cakap walaupun tahu tidak disenangi orang yang mendengarnya. 









No comments: