Wednesday, February 1, 2012

Kemajuan Kapitalis Dan Kemajuan Agama

Orang bagaimanakah yang dikatakan telah mencapai kemajuan hidup mengikut konsep agama Buddha?


Buddha mengatakan bahawa kaum Buddhis yang maju dalam 10 perkara barulah dikatakan mencapai kemajuan yang tinggi dan terpuji. Antara 10 perkara itu ialah:


1. Maju dengan sawah dan ladang (kebun)


2. Maju dengan harta dan padi


3. Maju dengan anak dan isteri


4. Maju dengan hamba, buruh dan orang gaji


5. Maju dengan haiwan 4 kaki (haiwan peliharaan)


6. Maju dengan kepercayaan (Sattha)


7. Maju dengan moral (Sila)


8. Maju dengan ilmu (Suta)


9. Maju dengan memberi (Caga)


10. Maju dengan kebijaksanaan (Panya).


Jika dibahagikan maka terdapat 5 kemajuan material dan 5 kemajuan rohaniah. Dalam agama Buddha, kemajuan yang dikatakan tinggi dan terpuji mesti seimbang antara material dan rohaniah. Kemajuan material semata-mata tidak dikatakan maju. 


Konsep kemajuan yang kita terima pakai hari ini ciptaan kapitalis yang menekankan material yang sama sekali tidak tepat dengan kemajuan dalam agama Buddha. 


Dalam agama, orang yang kaya harta tetapi kedekut tidak dikatakan maju. Orang yang kaya material tetapi miskin ilmu juga tidak dikatakan maju. Orang yang kaya sawah dan ladang, berilmu tetapi tidak bermoral sebenarnya belum maju. Belajar tinggi-tinggi, jawatan besar tetapi rasuah tidak boleh dikatakan maju. 


Maju lawannya mundur. Maka orang yang tidak menepati 10 perkara di atas sebenarnya orang yang masih mundur. 

1 comment:

Anonymous said...

Wawasan 2020 meliputi kemajuan material and rohaniah.