Saturday, January 21, 2012

Perkara Yang Mustahil Terjadi

Dalam sebuah Sutta, Buddha menjelaskan bahawa terdapat 2 perkara yang mustahil terjadi.

1. Dua orang Buddha wujud serentak di dunia. Ini mustahil terjadi. Hanya seorang Buddha wujud pada satu-satu masa di dunia. Walaupun Buddha itu ramai tetapi kewujudannya tidak akan serentak.

2. Individu yang mempunyai Samma Ditthi (Pandangan Yang Betul) tidak akan melakukan perkara-perkara di bawah. Ini perkara yang mustahil terjadi. Antara perkara yang dimaksudkan ialah:

a) menganggap Sangkhara atau tubuh badan sebagai kekal abadi dan membawa kebahagiaan.

b) mempercayai ada Diri (Attha).

c) membunuh ibu, bapa dan Arahant.

d) mencederakan Buddha.

e) memecah-belahkan Sangha.

f) menukar kepercayaan kepada agama lain (mengikut ajaran agama lain).

Individu yang mempunyai Samma Ditthi tidak akan melakukan 6 perkara di atas. Ini perkara yang mustahil terjadi. Orang yang melakukan 6 perkara di atas tentu sekali belum mempunyai Samma Ditthi.

Sekiranya kita tidak mahu penganut agama Buddha melakukan 6 perkara di atas, kita mesti mengajar mereka agar mempunyai Samma Ditthi. Masalah (e) dan (f) selalu membelenggu masyarakat Buddhis. Maka tiada pilihan lain, kecuali mengangkat minda sehingga ke tahap Samma Ditthi atau mempunyai Pandangan yang Betul barulah masalah tersebut selesai.

Anak-anak muda, para remaja atau budak-budak sekolah sangat mustahak diajarkan Samma Ditthi supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan kepercayaan dan ajaran lain. Para Bhikkhu pun serupa mesti diajarkan Samma Ditthi agar mereka tidak menjadi punca kepada perpecahan Sangha.

Samma Ditthi merupakan penghulu kepada Magga 8. Pandangan Yang Betul akan membetulkan Magga yang lain.

Lawan kepada Samma Ditthi ialah Micca Ditthi iaitu Pandangan Yang Salah. Micca Ditthi bakal membawa manusia ke lembah kehancuran. Oleh itu, kita harus berusaha menukar Micca Ditthi kepada Samma Ditthi.

1 comment:

Anonymous said...

sawadi

Saya amat setuju sekali dgn perkara yg dibincang kali ini. kita memang kena strong enough dlm aspek ini kalau tidak perkara e dan f akan berleluasa dlm masyarakat kita. Ingatlah bahawa kita dilahirkan dlm BUDDHA maka sudah tentu ada hikmahnya kenapa kita dilahirkan dlm ajaran ini. Sepatutnya kita bersyukur dilahirkan dlm agama BUDDHA

Sadhu sadhu
Ban Nook Ook