Sunday, January 29, 2012

Pokok Memberi Nombor



ชาวบ้านแห่ขอหวยต้นตาลให้โชค มีคนรวยติดกัน8งวด ทำจราจรอัมพาต

วันที่ 29 ม.ค. ผู้สื่อข่าว ‘ข่าวสด’ รายงานว่า หลังจากมีชาวบ้านกล่าวขานว่า มีต้นตาลสองต้นให้โชคลาภมีคนถูกหวยกันทั้งหมู่บ้าน ต้นตาลดังกล่าวอยู่บริเวณริมถนนสายโคกขวาง-ระเบาะไผ่ ม.4 บ้านหนองช่องแมว ต.หนองโพรง อ.ศรีมหาโพธิ จ.ปราจีนบุรี จากการตรวจสอบพบว่าบริเวณต้นตาลดังกล่าว ได้มีชาวบ้านนำศาลเพียงตามาตั้งไว้จำนวนหลายหลัง พร้อมด้วยผ้าสามสี เครื่องเซ่นไหว้สักการะจำนวนมาก ส่วนต้นตาลเองขาวโพนไปด้วยแป้งที่ชาวบ้านนำมาทาเพื่อหาเลขเด็ด

ผู้สื่อข่าวรายงานอีกว่า ก่อนวันหวยออกบริเวณต้นตาลจะมีชาวบ้านโดยเฉพาะคอหวย เริ่มทยอยเดินทางมาขอเลขจากต้นตาล ซึ่งมีอยู่ด้วยกัน 2 ต้น อายุประมาณ 10 ปี อยู่ห่างกันคนละฝั่งถนนประมาณ 100 เมตร ชาวบ้านตั้งชื่อต้นตาลทั้งสองต้นนี้ว่า ตาลเงิน และตาลทอง จึงทำให้บริเวณดังกล่าวมีรถยนต์ และรถจักรยานยนต์จอดเต็มสองฝากฝั่งถนนรวมทั้งประชาชนนับพันคนแน่นทั่วบริเวณต้นตาล และยังทำให้การจราจรบนถนนติดขัด เพราะเป็นที่มืดเกรงว่าจะเกิดอุบัติเหตุได้

นายสมชาติ ปิยะธนากร อายุ 51 ปี ชาวบ้านที่ถูกเลขเด็ดจากต้นตาล เปิดเผยว่า ตนกับภรรยาขับรถผ่านทางนี้เป็นประจำและก่อนหน้านี้ ได้ฝันเห็นต้นตาลและในฝันมีคนมาบอกว่าอยากรวยให้ไปหาที่ต้นตาล และได้เห็นต้นตาลออกมาเป็นเลขบริเวณลำต้น จึงนำมาซื้อหวยใต้ดิน พอวันหวยออกตนก็ถูก 3 ตัวตรงๆ ก็ได้เงินจากการถูกหวยเป็นจำนวนเงิน 30,000 บาท หลังจากนั้นตนกับภรรยาก็เลยมาตั้งศาลเพียงตาไว้ให้ จนกระทั่งมีชาวบ้านที่รู้ข่าวว่ามีต้นตาลให้โชคในแต่ละวันจะมีผู้คนแวะเวียนกันมา นำเครื่องไหว้สักการะต่างๆเพื่อมาขอเลขเด็ดงวดนี้ก็เช่นเดียวกันยังมีชาวบ้านแห่กันมาขอเลขเด็ดจากต้นตาลกันอย่างเนื่องแน่น เพราะที่ผ่านมามีผู้ถูกหวยแล้วถึง 8 งวด จนทำให้เจ้ามือหวยหนาวๆร้อนไปตามๆกัน

(Sumber: Khaosod)

Pokok tal memberi nombor ekor. Kisahnya bermula apabila seorang lelaki bermimpi nampak sebatang pokok tal. Dalam mimpi tersebut ada orang beritahu jikalau mahu kaya pergi tengok di pokok tal. Pada batang pokok tersebut ada nombor. Dia beli lalu kena 30,000 bath. Selepas itu, ada orang lain pula yang kena nombor sehingga 8 kali.

Ini bukan kali pertama "pokok mengeluarkan nombor" di Thailand sehingga menjadi destinasi pujaan kaki nombor siang dan malam. Pokok kelapa kembar dan pokok pinang juhga pernah menggemparkan masyarakat kaki judi di Thailand. Bahkan binatang yang dilahirkan luar biar juga sering menjadi pujaan kaki nombor ekor. 

Di Malaysia perkara begini juga ada berlaku. Ikan Flower Horn pernah menggemparkan peminat ikan akuarium beberapa tahu yang lalu kerana kononnya membawa tuah. Badanya ada keluar nombor. Maka ramailah yang membela ikan tersebut. Harganya seekor mencecah ratusan ribu ringgit. Penjual ikan kaya raya. Kaki nombor ekor ramai yang kantoi. 

Ada orang bertanya, adakah betul pokok atau haiwan memberi nombor ekor? Betul bagi mereka yang mempercayainya. Sebaliknya, mengarut bagi orang yang tidak mempercayainya. 

Lazimnya kaki ekor ini pantang nampak benda pelik sikit akan ditafsir jadi nombor. Mimpi pun mimpi nombor. Minda mereka ini begitu akrab dengan nombor. Mereka boleh nampak nombor muncul di mana-mana saja - pokok, batang kayu, batu, badan haiwan, busut jantan, awan di langit, bahkan bunyi kentut pun ditafsir jadi nombor. 

Orang gila nombor ini lebih kurang sama dengan orang takut hantu. Orang takut hantu nampak ranting bergoyang ditiup angin dikatakan hantu. Apatah lagi kawasan itu berdekatan dengan kubur. Ini kerana "minda mereka telah dipenuhi dengan hantu". Keadaan minda mempengaruhi mata, telinga, hidung, lidah dan tubuh. Begitu juga dengan kaki judi nombor. Apabila minda dipenuhi nombor ekor, maka mata pun selalu nampak nombor. Ini psikologi.

Jika tidak percaya, cuba beritahu seseorang yang gila nombor bahawa terdapat pokok keramat yang boleh keluarkan nombor bertuah. Bawa dia pergi cari. Sekejap sahaja dia akan nampak nombor muncul di batang pokok kerana mindanya diarah untuk melihat nombor. Manakala orang yang bukan kaki nombor, cari sampai mata buta pun belum pasti akan nampak nombor. Semua ini kerana minda. 

Mungkin orang akan bertanya lagi, kenapa nombor yang dibelinya buka? Mungkin secara kebetulan. Karma baiknya memberi hasil. 

Bagaimana dengan ajaran Buddha? Buddha tidak pernah mengajar tentang nombor ekor. Sebaliknya Buddha melarang umat berjudi, terlibat dengan pertaruhan atau permainan yang bergantung pada nasib. 

Kesimpulannya, penganut agama Buddha tidak seharusnya mempercayai perkara seumpama ini. Rasionalnya pokok tidak mungkin mengeluarkan nombor. Pokok bukan calculator. Pokok hanya boleh mengeluarkan getah atau air. Kaum Buddhis harus menggunakan kebijaksanaan sebelum mempercayai sesuatu. 


No comments: