Wednesday, January 11, 2012

Samana, Emas Dan Perak!


ในพระไตรปิฎก เล่ม 9 หน้า 536

..พระผู้มีพระภาคเจ้าตรัสว่า เอาละ นายบ้าน เธอพยากรณ์ ( ตอบปัญหา )
อย่างนี้ชื่อว่ากล่าวคล้อยตามเรา ชื่อว่าไม่กล่าวตู่เราด้วยคำเท็จ
ชื่อว่า พยากรณ์ธรรมสมควรแก่ธรรม และสหธรรมิก ( ผู้ประพฤติธรรมร่วมกัน )
บางรูปผู้กล่าวตามวาทะย่อมไม่ถึงฐานะที่ควรติเตียน

ดูก่อนนายบ้าน ทองและเงินไม่ควรแก่สมณะเชื้อสายพระศากยบุตรโดยแท้
สมณะเชื้อสายพระศากยบุตรไม่ยินดีทองและเงิน สมณะเชื้อสายพระศากยบุตรไม่รับทองและเงิน
สมณะเชื้อสายพระศากยบุตรมีแก้วและทองอันวางเสียแล้ว ปราศจากทองและเงิน
ทองและเงินควรแก่ผู้ใด แม้กามคุณ (สิ่งที่น่าปราถนา) ทั้งห้าก็ควรแก่ผู้นั้น
กามคุณทั้งห้าควรแก่ผู้ใด เธอพึงจำผู้นั้นไว้โดยส่วนเดียวว่า มีปกติมิใช่สมณะ (ผู้สงบ)
มีปกติมิใช่เชื้อสายพระศากยบุตร

เราจะกล่าวอย่างนี้ว่า ผู้ต้องการหญ้า พึงแสวงหาหญ้า
ผู้ต้องการไม้ พึงแสวงหาไม้ ผู้ต้องการเกวียน พึงแสวงหาเกวียน
ผู้ต้องการบุรุษ พึงแสวงหาบุรุษ
แต่เราไม่กล่าวโดยปริยายไรๆ ว่า สมณะพึงยินดี พึงแสวงหาทองและเงิน



และยังมีสิ่งของไม่ควรนำไปถวายพระอีก

สิ่งของที่ต้องไม่นำไปถวายพระภิกษุ พระไตรปิฎก เล่ม 11 หน้า 310 – 311

...13. เธอเว้นขาดจากการรับทองและเงิน.
14. เธอเว้นขาดจากการรับธัญญาหาร ( ข้าว ) ดิบ.
15. เธอเว้นขาดจากการรับเนื้อดิบ
16. เธอเว้นขาดจากการรับสตรี และกุมารี.
17. เธอเว้นขาดจากการรับทาสี( ทาสหญิง ) และทาส.
18. เธอเว้นขาดจากการรับแพะ และแกะ.
19. เธอเว้นขาดจากการรับไก่ และสุกร.
20. เธอเว้นขาดจากการรับช้าง โค ม้า และลา.
21. เธอเว้นขาดจากการรับไร่นา และที่ดิน.
22. เธอเว้นขาดจากการประกอบทูตกรรม ( การนำข้อความไปแจ้ง ) และการรับใช้.
23. เธอเว้นขาดจากการซื้อ การขาย...


Pada zaman Buddha, masyarakat di India sudah menggunakan wang emas dan perak. Maka sesetengah masyarakat berpendapat bahawa Samana masih suka dan memerlukan wang emas dan perak (bagi kegunaan harian). Namun, Buddha menafikan perkara tersebut sebagaimana terdapat di dalam Sutta di atas. (Sutta ini tidak sekadar emas dan perak (wang) tetapi merangkum semua barang bernilai tinggi).


Bagi Baginda Buddha, emas dan perak (wang) tidak wajar dengan Samana (Nakh Buard) aliran Sakyaputera iaitu pengikut Baginda. Samana aliran Sakyaputera tidak patut menyimpan hasrat terhadap emas dan perak. Oleh itu, Samana aliran Sakyaputera tidak terima emas dan perak. Samana aliran Sakyaputera telah bebas daripada emas dan perak. 


Emas dan perak wajar dengan siapa, Kamaguna 5 juga wajar dengan orang tersebut. Orang yang wajar dengan Kamaguna 5, orang itu bukan Samana, bukan Bhikkhu aliran Sakyaputera. 


Buddha berkata bahawa orang yang berhasrat mendapatkan rumput mesti mencari rumput. Orang yang mahu kayu mesti mencari kayu. Orang yang mahu kereta lembu mesti mencari kereta lembu. Orang yang berhasrat berjumpa orang baik mesti mencari orang baik. Sebaliknya, Baginda tidak pernah berkata Samana memerlukan emas dan perak dan mesti mencari emas dan perak.


Sutta ini penting tetapi jarang diperkatakan oleh para Bhikkhu. Saya pernah bertanya kepada seorang Maha tentang Sutta ini. Malangnya, beliau cuba berdalih dengan memberi alasan tidak berapa ingat berkenaan penjelasan Buddha tentang wang (emas dan perak). Bahkan beliau mengalihkan cerita mengatakan Buddha membenarkan Vinaya yang remeh temeh dihapuskan. Saya tidak pasti sama ada beliau menganggap Sutta ini remeh?


Sesetengah Bhikkhu menganggap Sutta ini sudah ketinggalan zaman. Mungkin sengaja untuk mewajarkan perbuatan mereka yang menerima wang. Bagi mereka, Bhikkhu mesti ada wang saku kerana tanpa wang sukar bagi mereka menjalani kehidupan harian - untuk tambang bas ke sekolah/universiti, beli barang kegunaan harian, rokok, ubat, petrol kereta, bayar bil telefon, bil internet dan sebagainya. Adakah semua ini merupakan keperluan bagi Bhikkhu Buddha?


Peliknya pada zaman Buddha dahulu, wang sudah digunakan secara meluas dalam masyarakat, tetapi Baginda mengatakan Bhikkhu tidak wajar menerima wang. Adakah keperluan Bhikkhu hari ini terlalu banyak sehingga memerlukan wang perbelanjaan sendiri? Kita faham bahawa dunia hari ini hampir kesemua penjuru memerlukan wang. Akan tetapi "wang untuk keperluan" dan "wang untuk kemewahan" amat berbeza. Bhikkhu hari ini kelihatannya memilih wang untuk kemewahan. 


Dan perkara yang penting untuk difikiran ialah Buddha berkata Samana (Bhikkhu) yang suka pada wang bukan Samana aliran Sakyaputera, iaitu aliran Baginda. Maksudnya Baginda tidak terima Samana yang suka kepada wang dan tidak mengaku sebagai pengikut Baginda.


Bagaimana dengan Bhikkhu hari ini yang menerima dan menyimpan wang untuk kemewahan berjumlah ratusan ribu? Adakah mereka masih menganggap mereka pengikut Buddha?


Antara barang yang tidak dipersembahkan kepada Bhikkhu ialah:


1. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima emas dan perak.
2. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima bijirin (padi) mentah.
3. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima daging mentah.
4. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima wanita dan kanak-kanak perempuan.
5. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima hamba wanita dan hamba lelaki.
6. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima kambing dan biri-biri.
7. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima ayam dan babi.
8. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima gajah, lembu, kuda dan kaldai.
9. Bhikkhu dengan muktamad tidak terima sawah dan bidang tanah.
10. Bhikkhu dengan muktamad tidak terlibat dengan urusan diplomatik dan orang suruhan.
11. Bhikkhu dengan muktamad tidak terlibat dengan urusan jual beli.




2 comments:

Anonymous said...

Watdee Khun KSB,
Phikhud kg.saya main numbor. tidak kah ini menyalahi Vinai Prak Sung?
Boleh tak kita report perkara ini? Kepada siapa harus kita buat laporan?
Dek Ban Noak

pena reformasi said...

Beritahu kepada Ketua Bhikkhu wat yang berkaitan. jika tak ada tindakan, beritahu kepada Than Chao Khun.