Monday, February 13, 2012

Anak Babi Berkaki Lembu, Berkepala Gajah!



นางสมจิตร  เนตรนัดตา  อายุ 55 ปี ราษฏรบ้านท่าเรือ ต.ท่าม่วง อ.สตึก จ.บุรีรัมย์   เปิดเผยเมื่อวันที่ 13 กุมภาพันธ์ ว่า หมูของตนได้ออกลูกเมื่อวันที่ 11 ก.พ.ที่ผ่านมา จำนวน 9 ตัว แต่ละตัวอ้วนท้วนสมบูรณ์ แต่ที่น่าประหลาดใจมีลูกหมู 2 ตัว มีขา 4 ขาเป็นขาวัว แต่มีหัวเป็นหัวช้าง และมีฟัน 4 ซี่ ชาวบ้านที่รู้ข่าวแห่มาดูกันเพียบ และมีชาวบ้านจากจังหวัดนครราชสีมา ขอซื้อไปตัวหนึ่งในราคา 3,000 บาท อีกตัวตนไม่ขายตั้งใจจะเลี้ยงเอาไว้ เมื่อโตขึ้นจะนำไปถวายวัด พอเย็นวันที่ 12 ก.พ. ลูกหมูตัวนี้ได้ตายลง ตนต้องการจะเก็บรักษาไว้ จึงได้นำซากหมูไปให้สัตวแพทย์โรงพยาบาลช้างสุรินทร์ ทำการดองใส่ในขวดโหลเอาไว้ แล้วจะนำไปเก็บรักษาไว้ที่บ้านต่อไป

รายงานข่าวระบุว่า   นายธงชัย  มุ่งเจริญพร นายก อบจ.สุรินทร์ นายพิชิต  สายแสงจันทร์ ส.อบจ.เมืองสุรินทร์ กลุ่ม ขรก.และชาวบ้านได้มามุงดู และสอบถามความเป็นมาเป็นจำนวนมาก พร้อมกล่าวว่าถือว่าเจ้าของโชคดีแล้ว แต่น่าเสียดายที่มาตายเสียก่อน (Matichon)

Dua ekor anak babi daripada 9 ekor yang dilahirkan pada 11 Februari 2012 di Wilayah Buriram, Thailand mempunyai empat kaki seperti lembu, kepala seperti gajah dan ada 4 batang gigi. 

Seekornya telah dijual dengan harga 3,000 bath dan seekor lagi dipelihara oleh tuannya. Tuannya berhajat apabila besar, babi ini akan disedekah kepada wat. Malangnya anak babi itu mati petang semalam (12 Februari 2012). Kerana sayang, tuannya membawa bangkai anak babi ke hospital gajah di wilayah Surin untuk diawet dan disimpan di rumah sebagai kenangan. 

Orang ramai yang mengetahui perkara ini berduyun-duyun datang melihat dan percaya tuan babi bernasib baik tetapi sayang anak babinya telah mati. 

Ini bukan satu-satunya keanehan yang terjadi di muka bumi. Manusia berkepala dua, manusia berwajah haiwan, haiwan berkepala dua, berkaki tujuh, pisang mempunyai dua jantung dan sebagainya. Ini kejadian alam. Anak babi pelik dengan kaki menyerupai kaki lembu dan kepala menyerupai kepala gajah mungkin kita tidak tahu sebabnya. Mungkin doktor boleh memberikan jawapan. Semua kejadian ada jawapannya. Semua yang terjadi ada sebab musababnya, ada elemen-elemen yang menghasilkannya. 

Buddha berkata tiada sebarang benda di muka bumi yang terhasil tanpa sebab atau punca. Maksudnya tiada sebarang benda yang terjadi atau terhasil tanpa sebab-sebabnya yang boleh dibuktikan secara saintifik. 

Dua ekor anak babi itu memang luar biasa. Benda yang luar biasa atau tidak sama dengan kelazimannya selalu dianggap istimewa. Bermacam-macam kepercayaan dan tanggapan yang muncul. Ada yang mengaitkannya dengan kuasa Dewa di langit. Biasalah manusia apabila terjumpa sesuatu yang aneh dan tidak dapat mencari jawapannya maka akan dilontar ke langit. Tanda kebesaran Dewa. 

Padahal jawapannya ada, cuma kita tidak tahu. Kita jahil atau dalam agama Buddha dinamakan Avijja. Semua benda yang kita tidak tahu disebut Avijja. Avijja bermaksud tidak tahu. Bukan tiada jawapan, tetapi kerana jahil kita tidak tahu jawapannya. Kita tidak tahu jawapan tidak semestinya orang lain pun tidak tahu juga. Kita tidak tahu berapa jarak bimi dengan matahari tetapi saintis tahu. Kita tidak tahu bahawa bumi berpusing dan beredar mengelilingi matahari, tetapi Galileo Galilei tahu. Akan tetapi pengetahuannya mendahului zaman. Dia dipenjarakan dan buat dalam penjara. Banyak benda yang dahulu dilontar ke langit untuk diserahkan sebagai urusan Dewa oleh manusia, kini telah diketemukan jawapannya oleh saintis. Kejahilan ada ubatnya. Maka semua benda yang kita tidak tahu punca kejadiannya juga ada jawapannya; ada elemen-elemen penghasilannya. 

Selaku penganut agama Buddha, kita tidak boleh melontar "kejahilan" kita ke langit untuk diserah kepada Devata. Devata yang tunggal itu hanya wujud dalam fikiran orang yang mempercayainya. Penganut agama Buddha tidak usah terpengaruh dan terpedaya. 

Anak babi 2 ekor itu memang aneh. Aneh tidak bermaksud membawa kebaikan atau tuah. Aneh kerana manusia tidak tahu rahsianya. apabila rahsianya terbongkar, keanehan pun hilang. 

Namun, tuan babi lebih aneh. Dia mahu sedekah anak babi kepada wat apabila besar kelak. Nasib baik babi itu mati terlebih dahulu. Mahu serah kepada wat untuk apa? Mahu Bhikkhu bela babi? Bhikkhu pun dibela oleh orang. Atau mahu Bhikkhu sembelih babi untuk dijadikan makanan? Ini tidak mungkin. 

Hajat tuan babi yang luar biasa. Jikalau diserah kepada pusat pelindungan haiwan lainlah halnya. Ini mahu disedekah kepada wat. 

Manakala orang ramai pula percaya tuan babi bernasib baik. Apakah kaitan anak babi luar biasa dengan nasib seseorang? Nasib baik atau buruk terpulang kepada Karma iaitu perbuatan orang itu sendiri. 

Kepercayaan begini bercanggah dengan agama Buddha. Ini sesat namanya. Kepercayaan yang bercanggah dengan kebenaran ialah kepercayaan sesat. 

Masih ramai penganut agama Buddha yang berfikiran seperti tuan babi dan peminat babi kepala gajah ini. Inilah akibatnya apabila malas mendalami ajaran agama. Kejadian alam yang pelik ditafsirkan sebagai "membawa tuah" (atau membawa sial) semata-mata kerana kejahilan diri tentang hukum alam. 

Kejahilan boleh dihapuskan, kesesatan boleh dihilangkan dan kegelapan boleh diterangkan seandainya kita sedia membuka minda menerima kebenaran. 






No comments: