Wednesday, February 15, 2012

Kilesa 10: Pemusnah Kehidupan Manusia

Sekiranya kita pergi wat, Bhikkhu akan mengingatkan kita agar tidak melakukan sesuatu mengikut kilesa atau jangan melakukan sesuatu yang boleh menyuburkan kilesa. Kilesa tidak baik tetapi sedap. Sebab itu ramai orang suka ikut kilesa. Semakin diikutkan, semakin menjadi-jadi. Lama-lama boleh jadi ketagihan. 


Kilesa yang menjadi ancaman utama manusia hari ini ialah perasaan tamak. Tamak mendorong rasuah. Rasuah bisa membawa bencana. Ini bencana buatan manusia. Sebab itulah Buddha berkata kilesa ialah bencana. Kilesa membawa bencana dan kemusnahan. Menarah bukit, menebang pokok, membunuh, merompak, menipu, meragut, merogol, hilang integriti, tidak amanah dan sebagainya berpunca daripada kilesa. 


Apakah itu kilesa?


Kilesa (Thai sebut Kilet) ialah kotoran batin yang membikin minda tidak ceria, tidak segar dan suram; atau kejahatan yang termendap di lubuk hati yang mempengaruhi fikiran dan perbuatan. ('Defilements', are mind-defiling, unwholesome qualities). กิเลส สิ่งที่ทำใจให้เศร้าหมอง ความชั่วที่แฝงอยู่ในความรู้สึกนึกคิด ทำให้จิตใจขุ่นมัว ไม่บริสุทธิ์.


Kilesa mempunyai 10 jenis:


1. Lobha - Ketamakan atau kesukaan terhadap kebendaan atau duniawi.


2. Dosa - Kemarahan atau perasaan tidak puas hati.


3. Moha - Kesesatan atau kebodohan.


4. Mana - Ego, sombong atau angkuh.


5. Ditthi - Pandangan atau pegangan yang salah.


6. Vicikiccha - Keraguan terhadap kebenaran.


7. Thina - Murung atau lesu.


8. Uddhacca - Fikiran tidak fokus.


9. Ahirika - Tiada perasaan malu melakukan kejahatan.


10. Anottappa - Tiada perasaan takut melakukan kejahatan.
.........................................................................
กิเลสมี ๑๐ คือ

(๑) โลภะ ความยินดีพอใจในโลกียอารมณ์ต่างๆ
(๒) โทสะ ความโกรธ ความไม่พอใจ
(๓) โมหะ ความหลง ความโง่
(๔) มานะ ความเย่อหยิ่ง ถือตัว
(๕) ทิฏฐิ ความเห็นผิด
(๖) วิจิกิจฉา ความสงสัยลังเลใจในสิ่งที่ควรเชื่อ
(๗) ถีนะ ความหดหู่
(๘) อุทธัจจะ ความฟุ้งซ่าน
(๙) อหิริกะ ความไม่ละอายต่อทุจริต
(๑๐) อโนตตัปปะ ความไม่สะดุ้งกลัวต่อทุจริต

 .......................................................................


Phra Dhammapidok (PA Payutto) dalam Kamus Buddhasasana membahagikan kilesa kepada 5 kumpulan utama, iaitu:

1. Kilesa Kama. Kilesa menjadi penyebab kepada nafsu serakah,  merangsang keberahian, keghairahan, keseronokan dan kemahuan misalnya Raga, Lobha dan sebagainya. Kama ialah keseronokan atau kenikmatan. Kamaguna 5 ialah keseronokan melalui pancaindera. 


2. Kilesa Duli. Duli ialah kilesa. Duli ialah debu merupakan kilesa.


3. Kilesa Mara. Mara ialah kilesa. Kilesa merupakan mara iaitu syaitan. Kilesa dikatakan mara kerana ia menguasai dan mendorong minda melakukan kejahatan; memusnahkan kebaikan; dan membikin manusia mengalami kemusnahan dan kehancuran. 


4. Kilesa Vatta. Putaran ialah kilesa. Putaran Avijja - Tanha - Upadana ialah kilesa. (Kejahilan, nafsu dan kemelekatan ialah kilesa). Putaran ini tidak ada kesudahan selagi tidak diputuskan. Avijja ialah jahil mendorong seseorang melakukan sesuatu keinginan (tanha). Keinginan yang dilakukan berulang kali akan menjadi ketagihan atau kemelekatan (upadana). Kerana jahil (avijja) keinginan (tanha) itu diulangi lagi dan menjadi kemelekatan lagi (upadana). Avijja - tanha - upadana dikatakan kilesa vatta iaitu kilesa yang berputar tanpa noktah.


5. Kilesanusaya (Thai baca Kilesanusai). Kilesa yang berkaitan dengan sifat atau kecenderungan seseorang. Kilesa jenis ini mendap di lubuk hati. Apabila ada sesuatu perasaan menyentuhnya, barulah ia berkocak atau bergelora. Kilesa jenis ini umpama air berkeladak sewaktu tenang kelihatan jernih tetapi apabila dikocak, maka keladak akan muncul ke permukaan dan menyebabkan air menjadi keruh. 


(Anusaya ialah sifat atau kecenderungan yang dalam agama Buddha terdapat 7 iaitu: (The 7 Proclivities, inclinations, or tendencies ) 1.kama-raga, 2.patigha, 3.ditthi, 4.vicikiccha, 5.mana, 6.bhava-raga, 7.avijja)

Kilesa jikalau diperincikan mempunyai 1500 jenis. Akan tetapi cukuplah sekadar  mengingati dan memahami10 jenis utama dan 5 kumpulan di atas. 


Bagaimana mahu membersihkan kilesa?


Sila, Samadhi dan Panya. Inilah 3 amalan yang boleh membersihkan hati daripada kilesa. 











5 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Tuan Reformasi kerana memaparkan dhamma yang mambantu meningkat pengetahuan saya. Teruskan usaha murni begini. Sathuk, sathuk, sathuk! - Tumpat, Kelantan.

Anonymous said...

Saya tak tahu baca tulisan thai lemah inggeris. blog ksb banyak bantu saya faham agama buddha yang saya tak tahu dulu sekarang banyak saya tahu. terima kasih, semoga tuan sihat sepanjang masa dan menulis lagi.

Budak Kampung said...

Sesuai bagi budak-budak baru kenal dhamma. Mahu dhamma yang fresh mesti pergi wat cari sami. Pelajar cemerlang mesti ada guru. Belajar dari internet faham-faham sajela.

Anonymous said...

Ambo kurang setuju dgn budak kg, kalu nak belajar Dhamma kena pergi wat, wat mana tu, bukan pandang rendah pada Sami (Bhikkhu)di wat, tapi bilangan yang betul-betul mendalami dan mengamalkan Dhamma tu bolehlah dibilang dgn jari. Tapi kalu bab suatmon memang boleh angkat ibujari, semua teror..

pena reformasi said...

Tiada paksaan dalam agama Buddha. Begitu juga blog KSB tiada paksaan kepada pembaca. Siapa yang rasa mendapat faedah boleh baca. Siapa yang rasa Dhammanya sudah tinggi tidak perlu membuang masa dengan KSB.

Terima kasih kerana memberi teguran. Dan ribuan terima kasih kepada pembaca yang masih setia dengan KSB yang semakin bertambah ramai.