Monday, February 20, 2012

Samma Ditthi: Lokiya Dan Lokuttara

Apakah yang dikatakan Samma Ditthi? Secara umumnya Samma Ditthi bermaksud Pandangan Yang Betul. Sebelum ini saya pernah tulis tentang samma Ditthi. Bagi saya Samma Ditthi sangat penting kerana Pandangan Yang Betul bakal membetulkan 7 perkara lain yang mengikutinya.


Samma Ditthi mempunyai 2 jenis iaitu:


1. Samma Ditthi yang masih jadi Sasava. Samma Ditthi ini masih di tahap Lokiya (duniawi) yang merupakan pahala (atau kebaikan) dan memberi hasil kepada tubuh atau kehidupan seseorang.


2. Samma Ditthi milik Phra Ariya yang sudah jadi Anasava. Samma Ditthi ini sudah di tahap Lokuttara (mengatasi duniawi) dan menjadi Magga.


(Asava ialah pengaruh buruk, sifat buruk, sifat yang memabukkan, keasyikan atau kecenderungan. 'cankers, taints, intoxicants, biases'. Sasava ialah keadaan yang ada pengaruh Asava yang merupakan Lokiya. Anasava ialah keadaan yang bebas daripada pengaruh Asava atau tiada jumpa ciri-ciri Asava di dalamnya yang merupakan Lokuttara.)


(a) Apakah yang dikatakan Samma Ditthi yang masih jadi Sasava yang merupakan Lokiya (kerana mempunyai pengaruh Asava) dan merupakan pahala yang memberi hasil kepada tubuh atau kehidupan seseorang?

Samma Ditthi ini mempunyai pandangan atau kepercayaan bahawa:

1. Sedekah (dana) yang diberi ada hasilnya.

2. Puja yan ada hasil.

3. Balasan Karma baik, Karma jahat ada.

4. Dunia sekarang ada; dunia hadapan (selepas mati) ada.

5. Bonda ada; ayahanda ada.

6. Makhluk Uppatika ada. (Uppatika ialah makhluk yang wujud/lahir tanpa ibu bapa misalnya Devata, Phrom, Petta, Asura dan Makhluk neraka.)

7. Samana Brahmana yang menjalani kehidupan yang mulia; memperjelaskan tentang dunia sekarang dan dunia akan datang berasaskan pengetahuan sempurna yang diperolehi daripada usaha sendiri tetap ada. (Ini merujuk kepada Buddha).


Mereka yang mempunyai Samma Ditthi tahap Lokiya mempunyai pandangan atau kepercayaan seperti di atas. Pandangan ini apabila diikuti dengan tindakan bakal memberikan pahala (kebaikan) yang memberi kesan kepada kehidupan. 



(b) Apakah yang dikatakan Samma Ditthi milik Phra Ariya yang sudah jadi Anasava yang merupakan Lokuttara dan Magga?

Panya, Panninsiya, Panya-pala, Dhamma-vicaya-sambojjhanga dan pandangan yang betul dalam Magga yang dimiliki Bhikkhu yang mindanya bebas daripada Asava; berserta Ariya Magga atau sedang menyuburkan Ariya Magga - inilah yang dikatakan Samma Ditthi milik Phra Ariya yang sudah jadi Anasava yang merupakan Lokuttara dan Magga.


Bhikkhu ini berusaha meninggalkan Micca Ditthi (Pandangan Yang Salah); usaha beliau merupakan Samma Vayama (Usaha Yang Betul). Bhikkhu itu mempunyai Sati sehingga berjaya meninggalkan Micca Ditthi. Sati beliau merupakan Samma Sati (Daya Ingatan Yang Betul). Dalam keadaan ini, 3 Dhamma iaitu Samma Ditthi; Samma Vayama; Samma Sati akan bersepadu dan subur mengikut Samma Ditthi. Ini merupakan jalan pembebasan sempurna (Arahant).


Jelaslah bahawa Samma Ditthi mempunyai 2 jenis iaitu Samma Ditthi tahap duniawi (Lokiya) dan tahap melepasi duniawi (Lokuttara). Orang biasa lazimnya mempunyai Samma Ditthi tahap Lokiya yang masih ada pengaruh Asava. Manakala Phra Ariya mempunyai Samma Ditthi tahap Lokuttara yang bebas daripada pengaruh Asava. 


Samma Ditthi tahap Lokuttara akan menjana Samma Vayama dan Samma Sati yang merupakan jalan pembebasan minda yang mutlak. Samma Ditthi tahap Lokiya tidak membawa kepada jalan pembebasan minda kerana masih ada pengaruh Asava. Untuk ke jalan pembebasan minda, Samma Ditthi tahap Lokiya mesti diangkat menjadi Samma Ditthi tahap lokuttara terlebih dahulu. 


Oleh itu, mereka yang berasa mempunyai Samma Ditthi kerana rajin buat sedekah (Sanghadana), mempercayai Karma dan balasannya, mempercayai kewujudan dunia sekarang dan dunia selepas mati, mempercayai kewujudan Devata dan menyakini Pencerahan Sempurna Buddha harus berhati-hati agar Samma Ditthi tersebut tidak terhenti di situ. Ini baru tahap Lokiya. Mesti berusaha mengangkat Samma Ditthi ke tahap Lokuttara dengan tekun mengamalkan Ariya Magga 8. 


อาสวะ - กิเลสที่หมักหมมหรือดองอยู่ในสันดาน ไหลซึมซ่านไปย้อมจิตเมื่อประสบอารมณ์ต่างๆ   ถ้าแบ่งตามเหตุที่ทำให้เกิดมี ๓ อย่าง คือ
           ๑. กามาสวะ อาสวะคือกาม  อาสวะอันเกิดแต
่กามคุณ ๕
           ๒. ภวาสวะ อาสวะคือ
ภพ  อาสวะอันเกิดแต่ภาวะของจิต  ทำให้อยากเป็นอยากเกิดอยากมีอยู่คงอยู่ตลอดไป
           ๓. อวิชชาสวะ อาสวะคืออวิชชา  อาสวะอันเกิดแต่ความไม่รู้หรืออวิชชา
       อีกหมวดหนึ่งมี ๔ คือ  ๑.กามาสวะ  ๒.ภวาสวะ  ๓.ทิฏฐาสวะ อาสวะคือทิฏฐิ  ๔.อวิชชาสวะ