Tuesday, March 6, 2012

Kenapa Masyarakat Hilang Hormat Terhadap Sangha?

Kenapakah Sangha semakin hari semakin tidak dihormati oleh masyarakat? Jikalau dahulu Sangha sangat dihormati, bukan sahaja oleh masyarakat Buddhis bahkan masyarakat di luar agama Buddha pun sangat menghormati Sangha. Perkara ini bukan sahaja di Malaysia, malahan di Thailand pun masalah sama berlaku. Kerana hilang hormat kepada Sangha, ramai golongan muda tidak mahu masuk wat. Bagaimana institusi Sangha akan berfungsi pada masa hadapan sekiranya generasi baru hilang hormat? Soalan ini pernah dilontarkan dalam sebuah forum "Institusi Sangha Masa Kini" di Thailand.

Antara sebab-sebab Sangha sekarang tidak dihormati ialah:

1. Sangha (Bhikkhu/Sami) tidak mengamalkan Dhamma-Vinai sebagaimana yang ditetapkan Buddha, sebaliknya mengamalkan kehidupan sendiri.

2. Sangha meninggalkan Kehidupan Suci (Brahmana Cariya), sebaliknya mengamalkan kehidupan manusia biasa.

3. Sangha tidak berusaha mencapai tahap Lokuttara Dhamma, sebaliknya berpuas hati dengan Lokiya Dhamma (duniawi).

4. Sangha bersifat materialistik dan hidup mewah. Ini bercanggah dengan ajaran Buddha agar Sangha meninggalkan materialistik dan hidup sekadar yang ada.

5. Sangha mengabaikan tanggungjawan sebagai Sangha, sebaliknya melakukan kerja yang tiada kaitan dengan Sangha.

6. Sangha tiada disiplin dan moral Sangha, sebaliknya bersifat seperti orang biasa, tidak matang dan kebudak-budakan.

7. Sanngha tidak berusaha memadamkan Kilesa dan Tanha, sebaliknya menyuburkan Kilesa dan Tanha (nafsu)

8. Sangha tiada Hiri (malu) dan Ottappa (takut) berbuat dosa. Perlakuan Sangha yang 'bebas' amat memalukan.

9. Sangha tidak mendalami ilmu agama lalu jahil dalam Dhamma yang asas.

Daripada sebab-sebab di atas dapat dirumuskan bahawa, Sangha sekarang hanya pada nama atau luaran, sedangkan isi atau dalamannya bukan Sangha lagi.

Untuk memperkukuh semula istitusi Sangha, setiap Bhikkhu mesti kembali kepada Dhamma-vinai. Sekiranya amalan Dhamma-vinai betul, semua yang lain juga akan betul.





2 comments:

Anonymous said...

Bukan saja kaum Buddhis dah hilang hormat terhadap sangha (sami) bahkan masa depan agama Buddha juga semakin malap kerana tingkah laku sangha. Adakah agama Buddha di Thailand akan jadi seperti apa yang berlaku di India dan juga di Borobudur.

Jika kita perhatikan fenomena sekarang, kebanyakkan sangha (majoriti) berlumba mengejar kebendaan/kesenangan duniawi, lihat saja alat-alat telekomunikasi, kamera, kereta dll yang mereka guna, wow...memang canggih, orang biasa macam kita sah tak mampu nak beli, tapi sangha yang bergantung kpd derma....lebih berkemampuan. ????

pena reformasi said...

Suatu hari nanti, jika tidak dibaik-pulih, agama Buddha di Thailand akan terima nasib yang sama seperti di India. Tapi di Indonesia sekarang, perkembangan agama Buddha semakin menggalakkan. Dalam forum atau blog, mereka membicarkan Dhamma berserta rujukan sutra dalam kitab Tipitaka. Keadaan begini berbeza dengan kita di Malaysia, terutama orang Siam. Orang Siam hanya berpuas hati dengan Nakhtham yang telah ketinggalan zaman. Kitab Tipitaka (Phra Traipidok) kurang diberi perhatian. Sebab itulah kita mudah ditipu oleh tok sami.