Thursday, March 1, 2012

Nivarana 5: Penghalang Kejayaan

Nivarana 5 (Nivorn 5) 


Nivarana ialah halangan atau gangguan. Nivarana menghalang minda daripada membuat kebaikan atau menghalang akal daripada melihat kebenaran. Nivarana ialah penghalang utama terhadap usaha dan kejayaan seseorang. Seorang pelajar atau pekerja yang ada Nivarana tidak akan berjaya dalam usahanya. Seorang pemimpin yang ada Nivarana akan gagal dalam kepimpinan. Pengamal Dhamma atau pengamal Vipassana tidak akan mencapai ketenteraman hati selagi minda dipenuhi Nivarana 5. 

1. Kama Chanda - Nafsu indera. Keseronokan, kenikmatan atau kepuasan melalui pancaindera (rupa, suara, bau, rasa dan sentuhan). Kemelekatan dan ketagihan terhadap nafsu indera boleh menyebabkan seseorang sukar melihat kebaikan.

2. Vyapada/Payabat - Dendam atau nekad jahat. Dendam tidak pernah membawa kebahagiaan. Dendam bakal membawa api kemusnahan ke dalam kehidupan seseorang. 

3. Thinamiddha - Kemalasan dan kelesuan. Malas dan lesu musuh kepada kejayaan secara langsung.  



4. Uddhacca-kukkucca - Kegelisahan dan kekuatiran. Apabila hati sentiasa gelisah dan khuatir, ketenangan tidak akan muncul. 

5. Vicikiccha - Keraguan. Manusia sukar membuat keputusan kerana terganggu oleh keraguan. Keraguan terhadap kebenaran merupakan benteng utama terhadap usaha membuat kebaikan.



Untuk mengecapi kejayaan, manusia mesti menghapuskan atau membersihkan Nivarana 5 daripada minda.  

No comments: