Saturday, April 7, 2012

Anda Tidak Dipaksa Untuk Percaya!

Sattha (Saddha) ialah kepercayaan atau keyakinan. Panya (Panna) ialah kebijaksanaan. Agama Buddha menekankan kesuburan Sattha dan Panya yang betul. Sattha dalam agama Buddha mesti disertai dengan  Panya. Atau kepercayaan mesti disertai dengan kebijaksanaan. Kepercayaan tanpa kebijaksanaan akan jadi kepercayaan bodoh, atau kepercayaan yang sesat.

Oleh itu, sebelum mempercayai sesuatu, kita mesti memperhitungkannya dengan bijak berdasarkan  fakta-fakta dan alasan-alasan yang munasabah. Kita tidak boleh mempercayai sesuatu secara ikut-ikutan. Untuk melahirkan kepercayaan yang bijak inilah, Baginda Buddha memberikan 10 panduan kepada  masyarakat Kalama sebagaimana terkandung dalam Kalama Sutta. Panduan ini diberikan agar penduduk Kalama tidak mempercayai sesuatu secara tutup mata, tutup telinga.

Dalam agama Buddha tidak ada apa-apa yang dipaksakan kepada kita untuk mempercayainya tanpa memperhitungkannya dengan waras akal. Perkara yang wajib dipercayai tidak ada dalam agama Buddha, melainkan dipercayai dengan kebijaksanaan. Sekiranya bertentangan dengan kebijaksanaan tidak perlu dipercayai. Setelah diperhalusi dengan kebijaksanaan, dengan pertimbangan akal budi,  perkara itu tidak mendatangkan musibah kepada diri dan orang lain dan tidak dikritik para intelektual; sebaliknya mendatangkan faedah, barulah boleh dipercayai.


Malahan jikalau kita perhatikan ajaran Buddha, di mana Baginda mengajar tentang Sattha, beliau akan ajar juga tentang Panya. Ini kerana Sattha tidak boleh dipisahkan daripada Panya. Panya boleh berdiri sendiri, tetapi Sattha tidak boleh. Sattha tanpa Panya akan jadi Sattha pincang.

Contoh, dalam Phala 5 (Dhamma pemberi kekuatan) terdiri daripada Saddha, Viriya, Sati, Samadhi dan Panna. Manakala dalam Ariya Sap 7 (harta dalaman yang mulia) terdiri daripada Saddha, Sila, Hiri, Ottappa, Bahusacca, Caga dan Panna (Panya). Sattha dalam agama Buddha mesti ada Panya. Kepercayaan yang dipaksakan untuk dipercayai, jikalau tidak dipercayai berdosa, bukan ajaran Buddha. Ajaran Buddha, kepercayaan dan keyakinan mesti ada kebijaksanaan atau pertimbangan akal yang waras.


Sattha mesti disuburkan, Panya mesti dibangunkan melalui usaha sendiri. Orang bertanya, Jika tiada Sattha, orang tidak akan mengamalkan Dhamma. Jika tidak mengamalkan Dhamma, bagaimana Panya akan wujud?

Dalam agama Buddha Panya terbahagi kepada 2 jenis. Pertama, Panya asas yang ada pada semua orang (dengan keupayaan yang berbeza-beza). Panya asas tahu berfikir dengan baik. Golongan intelektual atau bijak pandai mempunyai Panya jenis ini.  Kedua, Panya tahap tinggi yang mempunyai "pengetahuan terang". Panya jenis kedua ini hanya ada pada penganut agama Buddha yang mengamalkan Samadhi Pavana. Panya tahap tinggi membawa kepada Arahant. Panya kedua inilah yang mesti dibangunkan oleh kaum Buddhis. (Mahayana: Yogacara Idealism percaya dalam setiap diri manusia terdapat "Buddha-Citta" (Minda Buddha) yang melalui minda inilah manusia mengumpul Parami dan mencapai pencerahan minda dan Arahant. Namun, Theravada tiada kepercayaan begini.)

Sattha dikawal oleh Panya asas. Apabila Sattha dan Panya asas bekerjasama, akan lahir Panya tahap tinggi yang mempunyai pengetahuan terang. "Pengetahuan terang" merujuk kepada pengetahuan benar yang didapati melalui Samadhi Pavana. Sattha yang menjadi tangga kepada penyuburan Panya tahap tinggi ialah:

1. Kepercayaan tentang potensi manusia yang mampu mengecapi kebebasan minda yang mutlak (Tathagata-Bodhi-Saddha)

2. Kepercayaan yang teguh tentang perbuatan (Kamma-Saddha)

3. Kepercayaan yang teguh tentang perbuatan dan hasilnya (Vipaka-Saddha)


 Panya mesti dibangunkan. Pembangunan Panya yang betul mesti mencakupi 3 perkara, iaitu:

1. Bijak mengetahui sebab atau punca kepada kemerosotan (kemunduran) dan akibat daripada kemerosotan. (Apaya-kusala)

2. Bijak mengetahui sebab atau punca kepada kemajuan dan faedah-faedah daripada kemajuan (Aya-Kusala)

3. Bijak mengetahui kaedah meninggalkan kemerosotan; dan kaedah membina kemajuan (Upaya-Kusala).

Pembangunan Sattha dan Panya yang betul amat penting (1) bagi mengelakkan ditipu, diperdaya dan dijadikan alat oleh individu atau pihak yang tidak berniat baik; (2) bagi memberi peluang kepada setiap orang mengetahui kebenaran tulen dan seterusnya mencapai pencerahan minda.

1 comment:

Anonymous said...

We would like inform to all committees of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. There are so many Myanmar condemnations about when anyone wants to become the monks, who chief monk requests them to pay about RM400.00 per head.

This is one of crushing shame and exploitation because may be that cost high for Myanmar, also this is one kind of business system in Buddhist, all of us must think in correctly, Buddha went to became a monk with free of charge and he practiced to attain Enlightenment without any cent of dollar to spend, sometimes needed to referred from the Buddha times.

Buddhist Temple in Malaysia 100% supported by public. The committees of Temple, they worked as voluntary and take care of Temple with organized but in Temple not allowed to played politic because in Temple must be clean and welcome all everyone.

Recently, do bad and good must careful because everything’s huge complaint in Internet, about Buddhist teaching a lot of at Internet, sometimes we can’t tell lie to the others one.

We must help Myanmar people as they came to Malaysia to work, earn money and save money for their family at home.

We are Malaysia Buddhist must help Myanmar Buddhist, not to cheated them because they came to our country to work, we must show our good quality and our good Buddhist. Not like some committees members cheated money Myanmar monks; this is very bad Malaysia Buddhist.

Hope YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) realizes himself, now many people know in what he done for Buddhist, Buddhist Kamma will attack to everyone, if they do bad or good.

Ah Lee
Bukit Desa, Kepong…..