Thursday, April 19, 2012

Betulkah Maha Nuam Sukcitto Datang Kempen Politik?

Ini berita baru masuk tetapi belum disahkan. Oleh sebab belum disahkan, maka berita ini tergolong dalam khabar angin yang mungkin betul dan mungkin tidak betul. Jikalau tidak betul, tolong betulkan. Jikalau betul, tolong berikan pendapat.

Sempena Tahun Baru Thai, Phra Maha Nuam Sukcitto, Pensyarah Universiti Chulalongkorn, Bangkok dijemput datang untuk menyampaikan ceramah Dhamma di lima wat Thai di Kelantan.

Maha Nuam asalnya orang Kelantan, Maha Parian 9 yang bijaksana. Beliau dijemput datang untuk memberi ceramah di wat mana, saya kurang pasti. Saya hanya tahu 2 buah wat iaitu Wat Kampung Dalam dan Wat Terbak. Beliau ceramah Dhamma apa juga saya tidak diberitahu. Saya cuma diberitahu bahawa di penghujung ceramah, Maha Nuam menasihati masyarakat Siam agar terus menyokong parti pemerintah iaitu BN. Perkara ini menjadi buah mulut orang ramai. Mereka berpendapat, beliau tidak patut mencampurkan politik dalam ceramah Dhamma.

Seorang penganut yang prihatin bertanya perkara itu kepada seorang AJK Persatuan Siam. AJK tersebut memberitahu dia tidak tahu menahu perkara ini. Dalam 3 ceramah sebelum ini, perkara tersebut tidak ada. Cuma dalam ceramah di Wat Kampung Dalam dan Wat Terbak sahaja disebut. Mungkin "dimasukkan" dalam teks oleh "orang tertentu" yang berkepentingan politik. "Orang tertentu" ini ada disebutkan 2 nama tetapi saya memilih tidak menyebutnya.

Seperkara lagi, saya diberitahu bahawa "sesi ceramah Dhamma" ini mendapat peruntukan RM20,000 daripada kerajaan BN.

Jikalau berita ini benar, maka masyarakat Siam kita sedang dilanda ribut krisis identiti yang tercetus oleh Persatuan Siam. Penghantar berita berkata, ramai guru yang menganggotai AJK Persatuan Siam, tetapi perjalanannya seperti murid sekolah yang dangkal ilmu. Kenapa?

Saya berharap sesiapa yang ikut mendengar ceramah Maha Nuam sudi beritahu perkara sebenar agar tidak terus jadi buah mulut orang ramai. Secara pribadi saya begitu berbangga dengan Maha Nuam selaku anak Kelantan yang berjaya mengukir nama di Thailand dalam bidang Dhamma. Saya tidak mahu orang ramai menuduh beliau "bermain politik" atau "rela dijadikan alat politik" orang tertentu. tentulah memalukan sekiranya dituduh terbang dari Bangkok semata-mata untuk berkempen politik.

Sekali lagi saya memohon sesiapa yang tahu perkara sebenar, tolong memberi penjelasan agar kita semua mendapat pencerahan.



25 comments:

Anonymous said...

Tak ada komen ke? Nak tahu gak betul ke?

Anonymous said...

Ambo pun ada dengar orang kecek pasal benda ni.

Anonymous said...

Tak berani jawab sebab kena batang hidung.

Anonymous said...

yg ambo tahu maha nuam ada pi bagi ceramah dhamma kat pelajar keturunan siam di wat kg dalam...
hal kempen politik dan peruntukan wang tu ambo x tahu....

Anonymous said...

Teks yang diberi kepada Maha Nuam tulisan Thai. Tentu bukan ditulis oleh Pengerusi Persatuan Siam kerana beliau tak reti tulis bahasa Thai. Naib Pengerusi juga tak tahu. Elok sekali tanya Eh Sai kerana dia taksub Umno.

Anonymous said...

Klu ceramah dhamma kat pelajar..tak kan nak suruh budak2 sokong BN kot?
Ceramah kat org kg ambo tak tahu..
Tentang peruntukan dari kerajaan tu..ambik aja la..dah org bagi..mungkin maha nuam minta org kg.bersyukur dan berterima kasih atas peruntukan itu...ambo rasa x salah..

Klu ada ramai guru yg jadi AJK persatuan siam..molek jgk kerana sekurang-kurangnya dia org sanggup berkorban masa dan tenaga buat kerja sukarela ni.

Tidaklah mcm setengah orang yang asyik dok cari kesalahan org lain aje...

pena reformasi said...

Minta AJK/ahli Persatuan Siam berikan penjelasan.

Anonymous said...

Brader KSB you tulis betul.

Anonymous said...

sawasdee kah

Saya mengikuti ceramah yg disampaikan oleh maha Nuam tapi saya tak sangka org menyalah tafsirkan niat baik Maha. Dari ceramah tersebut saya rasa amat baik sekali jika dijlnkan tiap tiap tahun krn selama ini ceramah yg terkini dan besesuaian dgn generasi baru kurang diberi penekanan. Sepatutnya kita bangga krn Maha sanggup dtg dan memberi kita ilmu agar sedikit sebyk dpt buka minda dan hati kaum ibu bapa anak-anak dan masyarakat setempat. Adalah tidak adil jika ada yg mengatakan Maha Nuam kempen politik Ini adalah salah tafsir individu yg tak pjg akal. Sepjg ceramah beliau byk pasal Dhamma jgnlah buat dosa kering kalau sesiapa yg berjiwa Dhamma isu ini tak patut ditimbulkan. Sadhu sadhu

Anonymous said...

Saudara/saudari pembaca KSB, mungkin pernah membaca teori Max Weber,jika pernah mudahlah aku perjelaskan khabar angin yang tak betul ini. Mudah saja teorinya yg dipanggil teori simbolik, ertinya jika seekor anjing bila kita namakan itu harimau maka harimaulah dia. Bila kita lihat dia daripada sudut sikap harimau maka ganaslah dia. Sama spt lampu merah, bila kita tetapkan ia adalah merah dan harus hentikan kenderaan bila dia bertukar warna merah, maka haruslah kita berhenti. jika tidak akan salah di sisi undang-undang jln raya. Kena saman atau tidak kena saman tu perkara lain. Mudah. Sama juga dengan ceramah yg disampaikan oleh Maha Nuam dan Persatuan Siam Kelantan. Saya ada bersama beliau pada setiap theatsana, (taskirah)dan kisah yg selanjutnya aku akan ceritakan sepenuhnya esok....harap sabar

Anonymous said...

Nampaknya seolah-olah apa yg dianjurkan oleh persatuan siam kelantan semuanya x betul...
songkran,ceramah dhamma maha nuam...
Lepas ni entah apa la pula...

Kesian jgk aku kat ajk persatuan siam ni..dah lah demo ni kerja sukarela...

Anonymous said...

Pada malam bang kun bua, Maha Nuam bagi Tessana Dhamma. Selepas Tessana, beliau cakap tentang apa? Siapa yang ada masa tu tolong bagi tau.

Anonymous said...

Nampak gaya ada yang cuba nak tutup taik kucing dengan taik hidung. Maha Nuam phra yang baik tapi manusia di belakang beliau yang hidung belang nak mengambil kesempatan.

ThaiSiam said...

Ambo tak leh nak komen panjang dalam hal ni, sebab tak ada ditempat kejadian, tapi yang ambo dengar dari 5 ceramah yang dianjurkan, isu tersebut hanya berlaku di dua tempat terakhir iaitu di wat Barn Nai dan wat Bomet (malam Suat Bua). Tu je yang ambo dengar....

Anonymous said...

Hamba rasa org yg nak tahu perkara sebenar harus menghubungi dan tanya sendiri drpd pengerusi Persatuan Masyarakat Siam atau soal mrk semasa mesyuarat agung persatuan nanti, apakah motif membawa Maha Nuam buat tessana kepada remaja di kg. Dalam tu. Tujuan politik tentu tidak sama sekali krn orang bodoh pun tahu para remaja itu pelajar tingkatan 1 hingga 6, umur hanya 13th - 19 tahun je, mrk itu masih belum cukup syarat umur untuk daftar jadi pengundi. Sebelum nk kata orang itu dan ini atau bawa prak dtng kempen politik tu, kita haruslah pakai otak untuk pikir jugak sikit. kalau org kata bodo atau tolol kan marah. tapi memang ada orng kita yng tak guna otak dgn betul. Hai, hancurlah generasi Siam pd masa depan kalu terus begini. Masyarakat lain hanya tunggu tepuk tangan.

Anonymous said...

Jangan kata orang bodoh kalu sendiri tak tau. Dari saksi yang ada di tempat kejadian yang tak mau namanya disebut 'perkara yang tak patut berlaku' itu ada berlaku selepas tessana pada malam suat bua di Bomet.

Anonymous said...

Anon 2.24 PM, Jangan tunjuk samseng di sini. Sedap kata orang bodoh. Sendiri tak bodoh ke? Orang mahu tahu benda sebenar daripada mereka-mereka yang menghadiri ceramah Phra Maha Nuam adakah di akhir ceramah diselit isu politik? Kalu kamu tak tahu, diamlah. Kalu mahu tunjuk samseng, cari tempat lain.

Anonymous said...

sawasdee kah
Setahu saya pada mlm tu tak ada pula Maha cakap pasal politik sb saya ada sampai habis bang kun bua. Tapi tak tahu pula kalau ada sesiapa yg dengar maha ceramah politik. Sesiapa yg nak lebih lanjut lagi dtg la jumpa sendiri AJK yg menganjurkan aktiviti tersebut be a gentlement and do not afraid if u want to findout the real situation and u are not doing anything wrong just be a profesional in doing a god job.

pena reformasi said...

Sekiranya tiada siapa (yang mengikuti ceramah pada malam tersebut) mendengar ada "unsur politik" dalam ceramah, bermakna berita yang dihantar kepada KSB dan desas-desus yang tersebar adalah tidak benar dan berniat jahat terhadap Maha Nuam dan Persatuan Siam.

Secara pribadi KSB pun tidak percaya kerana Maha Nuam bukan jenis boleh "dijadikan alat" seperti Bhikkhu lain.

Jika begitu isu ini ditutup. Tiada unsur politik dalam ceramah Maha Nuam.

Anonymous said...

Sawasdee Kah

TQVM KSB. This is the way suppose to be a good gentlement, u already done a good job. Personally i always follow this web site please continue a good job. Only one more thing i would like to advise KSB don wori if u found the thing is good than we have to ommit and take it as good role model or example but if the thing is not good we have to clarify and make it clear to everybody. This is the way that we as buddism should behave. Before that TQVM again for a god job.
Sadhu sadhu

pena reformasi said...

Terima kasih. Segala nasihat dialu-alukan demi kebaikan agama dan bangsa/kaum kita.

Anonymous said...

Tuan Pena, berita yang Tuan terima betul. Untuk tidak dijadikan isu, eloklah tidak dipanjangkan.

Anonymous said...

Maha Nuam memuji kerajaan Najib Razak sebagai kerajaan yang baik dan harus disokong yang bertentangan dengan situasi Kelantan yang kerajaannya ialah PAS.

Timbalan Presiden Persatuan Siam memberitahu perkara ini berlaku di dua ceramah terakhir iaitu di Wat Ban Nai dan Wat Bomet. Beliau mengatakan "memuji" kerajaan Najib Razak tidak ada dalam minit/agenda mesyuarat Persatuan. Beliau akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat akan datang.

Harap maklum.

Anonymous said...

Pujian dibuat kerana kerajaan pusat telah memberi peruntukan sebanyak RM20,000 untuk menjemput Phra Maha Nuam memberi ceramah Dhamma. Begitu teruk sekalikah keadaan ekonomi orang Siam Kelantan sehingga terpaksa minta bantuan untuk mengadakan ceramah Dhamma.

Anonymous said...

Dessana pada mlm tu sempena bangkubua di KgTerbak. Intipati dessana mengenai kehidupan harian sabagai chaoBhud. Antara yg disentuh mengenai "Uk Ar Ka Sak". Penghujung ceramah disentuh sedikit mengenai penaja.
Paham-paham sajalah, orang politik suka ambil kesempatan. Kebetulan pula desas desus dah dekat pilihanraya. Siapa penaja? kena tanya orang yg menjemput.