Wednesday, April 11, 2012

Songkran: Budaya Bangsa, Topeng Atau Membazir Air?

Ini bulan Songkran. Istilah Songkran asalnya bahasa Sanskrit yang bererti "melangkah masuk" yang merujuk kepada pergerakan matahari dari tahun lama ke tahun baru mengikut sistem Lunar Siam. Tahun Baru Siam jatuh pada pertengahan bulan 5 atau bersamaan dengan bulan April. 

Di Thailand tanggal 13 April ditetapkan sebagai hari Pesta Maha Songkran. Penetapan ini memudahkan masyarakat Siam dan pelancong asing yang ingin menyertai songkran membuat persediaan. Biasanya pesta tradisional ini diadakan selama 3 hari berturu-turut iaitu 13, 14 dan 15 April (cuti umum). Sesetengah tempat di Malaysia turut menetapkan 13 April sebagai hari Pesta Songkran setiap tahun.

Aktiviti utama sempena Tahun Baru Songkran, masyarakat Siam akan mengemas dan membersihkan rumah, membuat kebajikan, memandikan imej Buddha, Sangha, ibu bapa, orang-orang tua, bermain simbah air dan sebagainya. Kanak-kanak paling suka bermain simbah air.

Tradisi Songkran ini pada awalnya merupakan tradisi keluarga dan masyarakat sekitar. Sempena Songkran, sanak-saudara dan ahli keluarga dekat dan jauh akan berkumpul. Mereka akan memandikan ibu bapa, datuk nenek atau kaum keluarga yang lanjut usia di samping memberikan sepasang persalinan baru bagi mendapat restu sempena Tahun Baru. Upacara memandikan ibu bapa ini bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa mereka yang tidak terhitung. Bagi sanak-saudara yang tinggal di jauh, inilah masanya pulang ke kampung untuk berjumpa dengan saudara mara. Bagi jiran tetangga, inilah masanya mempereratkan pertalian saudara sebangsa. 

Sekarang Songkran telah berkembang menjadi pesta yang besar yang bukan setakat masyarakat Siam, bahkan masyarakat pelbagai bangsa meraikannya. Jikalau kita lihat di Thailand, Songkran dimeriahkan oleh pelancong asing dari seluruh pelusuk dunia. Di Malaysia, pesta tradisional yang diraikan sejak ratusan tahun dahulu semakin gah. Sambutan daripada masyarakat pelbagai kaum, terutama masyarakat Cina begitu menggalakkan. Walaupun sesetengah negeri telah mengeluarkan fatwa bahawa Songkran haram bagi orang Islam kerana ada ritual Buddha, ini bukan persoalan besar sekiranya semangat Songkran difahami dengan betul. Pada masa akan datang, tidak mustahil Songkran akan jadi pesta kebangsaan yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Air merupakan elemen utama Songkran. Ini tidak sukar difahami. Sesuatu yang kotor dicuci dengan air agar bersih. Air juga boleh menyejukkan badan. Bulan April matahari sangat terik. Air boleh mengurangkan panas. Badan yang kotor mesti dibersihkan dengan air. Badan yang panas apabila bermandi akan jadi sejuk dan nyaman. Memandikan ibu bapa ialah simbolik membersihkan dan menyejukkan tubuh orang yang berjasa kepada kita. Ini sekadar simbolik yang hakikatnya menuntut kita memahami betapa besarnya jasa ibu bapa. 

Kita harus menghayati fungsi air yang "membersihkan" dan "menyejukkan" badan. Bersih di sini merujuk kepada kebersihan mental dan fizikal. Anak-anak mempunyai tanggungjawab supaya hati dan tubuh ibu bapa sentiasa bersih. Menjaga kebersihan tubuh badan senang difahami. Bagaimana menjaga kebersihan hati ibu bapa? Hati yang dirundung kemarahan dan kesedihan ialah hati yang tidak bersih. Apabila anak-anak menyebabkan ibu bapa mereka marah dan bersedih hati, bermakna anak-anak itu telah menjadikan hati ibu bapa mereka kotor atau tidak bersih. Ini boleh mendatangkan Karma tidak baik. Sebaliknya, anak-anak yang sentiasa menggembirakan hati ibu bapa, bermakna mereka membuat hati ibu bapa bersih, sejuk dan nyaman. Oleh itulah air digunakan kerana sifatnya yang "membersihkan" dan "menyejukkan" tubuh dan hati.

Songkran ialah Tahun Baru. Kita memulakan tahun baru dengan upacara "membersihkan" dan "menyejukkan" tubuh dan hati ibu bapa sesuatu yang amat baik. Kita juga minta restu daripada mereka. Mereka akan mendoakan kebahagiaan kita. Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anaknya bahagia. Selain itu, kita juga memandikan imej Buddha, Sangha dan orang-orang tua juga dengan konsep yang sama. Orang-orang yang belum tua pun jikalau berjasa kepada kita, berbakti kepada masyarakat seperti Ketua Kampung, guru-guru, rela, polis, askar dan sebagainya boleh dimandikan sebagai menghargai jasa dan bakti mereka. Bahkan sahabat handai juga tidak boleh dilupakan. 

Tradisi Songkran bukan sekadar pesta simbah air yang menyeronokkan, bahkan tradisi yang dipenuhi nilai-nilai murni. Sopan santun dan berbudi bahasa sewaktu bermain Songkran amat dititikberatkan. Air yang digunakan mesti bersih. Air kotor dilarang sama sekali. Air yang dicampur bedak atau wangi-wangian mesti digunakan dengan cermat supaya tidak memberi kesan negatif kepada tubuh badan. Sejak kebelakangan ini bahan pewarna dan tepung kalji dicampurkan dengan air sehingga menimbulkan implikasi yang buruk. Masyarakat Chiangmai amat berang dengan budaya bawaan orang Bangkok yang menggunakan air pewarna dalam Songkran. Kita di Malaysia patut menasihati budak-budak agar menggunakan air bersih sahaja. 

Malangnya nilai-nilai Songkran tidak dihayati dengan betul, bahkan semakin hilang daripada sanubari masyarakat Siam. Memandikan ibu bapa sekadar memenuhi tuntutan tradisi. Menyiram imej Buddha dan Sangha tidak lebih daripada ritual lapuk. Pesta Songkran diadakan secara besar-besaran tetapi kosong nilainya. Memang meriah dan seronok. Orang ramai berpuluh ribu datang untuk berseronok dan membazirkan air, bukan untuk menghayati nilai-nilai Songkran. Apabila diadakan pula konsert penyanyi dari Thailand, mungkin akan diikuti pula dengan drama pergaduhan anak-anak muda. 

Sebenarnya kemeriahan Songkran tidak memerlukan konsert dari Thailand. Jikalau diadakan dengan cara yang betul, pasti akan meriah. Pesta Songkran biasanya diadakan di dalam kawasan wat yang sama sekali tidak sesuai dengan persembahan hiburan jenis meruntun nafsu serakah. Songkran sebenarnya telah lama diadakan di dalam wat Thai oleh orang-orang kampung tanpa hiburan moden yang meloyakan, tetapi tetap meriah dan mampu mengekalkan nilai-nilai murni. 

Akan tetapi sejak lahirnya golongan bijak pandai Siam maka Songkran mula bertukar wajah. Tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakat Siam telah "dijual" untuk mendapatkan peruntukan yang tidak seberapa. Golongan bijak pandai ini, atas nama Persatuan Siam dengan sewenangnya menjual tradisi nenek moyang kepada Kementerian atau Jabatan yang terlibat tanpa memikirkan perasaan masyarakat Siam keseluruhannya. Akibatnya nama Kementerian lebih menonjol daripada nama wat seolah-olah peranan Kementerian lebih besar daripada peranan Phor Than, orang-orang kampung dan masyarakat Siam seluruhnya. 

Seperti yang diberitahu di atas, elemen air digunakan untuk "membersihkan" dan "menyejukkan" badan. Bagaimana akan bersih jikalau air sungai yang digunakan. Harap-harap air sungai yang kotor lagi bernajis tidak digunakan dalam Pesta Songkran terutama yang melibatkan Kementerian. 

 Lebih pelik lagi apabila Pesta Songkran diadakan bersama dengan Pesta Air (Kelantan Water Festival and Songkran). 

Jikalau bijak pandai Siam dan Kementerian mahu mengadakan Pesta Songkran sendiri pun boleh. Mereka boleh bergabung dengan Pesta Air. Mereka pergilah cari tapak lain di luar kawasan wat. Mahu diadakan selama 7 hari 7 malam pun boleh. Jangan menumpang populariti Phor Than dan wat untuk mengangkat diri dan orang Kementerian. Pesta Songkran di wat-wat Siam meriah sejak dahulu kala walaupun tanpa penglibatan Persatuan Siam dan Kementerian. 

Jika Kementerian mahu mengadakan "Rumah Terbuka" seperti Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri atau Deepavali pun tidak salah. Carilah tempat lain, misalnya padang sekolah atau padang bola. Padang ragut pun boleh. Mahu sembelih lembu 100 ekor, babi 200 ekor dan ayam 1000 ekor pun boleh. Pasti orang Siam akan pergi makan. Namun, mengambil alih Songkran di wat yang diadakan sejak turun temurun adalah tidak wajar. Perbuatan ini umpama membaiki jalan lama kemudian dikenakan bayaran tol.  Siapa yang untung? 

Saya ingin bertanya satu soalan. Bagaimana jikalau ada orang luar berkata: "Orang Siam nak buat Pesta Songkran pun tak mampu, kena minta tolong kerajaan!" Adakah anda tidak berasa malu?

Adakah tanpa peruntukan Kementerian atau Jabatan Kerajaan, Pesta Songkran tidak dapat diadakan? Ibu bapa kita  (juga bapa kepada golongan bijak pandai) mengadakan Songkran setiap tahun sejak dahulu daripada mana peruntukannya? Yang penting bukan ukuran besar atau kecil; jumlah orang ramai atau sedikit; konsert seronok atau tidak; tetapi nilai-nilai murni bangsa dapat dipelihara dengan baik. Menggunakan peruntukan daripada Jabatan atau Kementerian tidak salah tetapi jangan sampai "melacurkan" adat budaya kita. Pesta Songkran harus fokus pada Songkran, bukan pada perkara lain di sebalik Songkran. Songkran tidak boleh menjadi topeng kepada perkara lain atau agenda lain. Jangan sembunyikan agenda kepentingan diri di sebalik Songkran. 

Apa-apa yang melibatkan Persatuan Siam selalu berakhir dengan kecewa. Contohnya, projek membina atau membaiki bangunan lama di wat di Kelantan juga berakhir dengan seribu rungutan. Peruntukannya bukan orang Siam yang dapat. Menggunakan masyarakat Siam untuk memberi keuntungan kepada orang lain. Kayu yang digunakan juga tidak berkualiti. Inilah hasil kerja orang Persatuan Siam.

Khabarnya masalah "Thai" yang tercatat dalam surat beranak kanak-kanak Siam juga berpunca daripada Persatuan Siam. Dahulu surat beranak orang Siam dicatat keturunan Siam. Akibat terdapat pemimpin Siam yang menjadi seperti kera terkena belacan, beriya-iya mahu keturunan "Thai" maka kemahuan tersebut dimakbulkan. Sekarang apabila hendak tukar balik kepada keturunan "Siam" pihak Pendaftaran Negara minta surat sumpah. Pemimpin Siam yang jadi seperti kera terkena belacan diam terus. 

Songkran merupakan harta pusaka orang Siam keseluruhannya. Apabila mahu melakukan sesuatu pembaharuan, harus diambil kira pelbagai faktor yang melibatkan nilai bangsa, imej, maruah dan masa depan masyarakat Siam keseluruhannya. Menganjurkan Pesta Songkran harus menitik-beratkan nilai-nilainya. Nilai-nilai ini merupakan sebahagiaan daripada identiti dan jati diri kaum Siam. Jika tidak, Songkran tidak lebih daripada pesta membazir air. 



30 comments:

Anonymous said...

Ambo amat setuju dengan pandangan yang diposkan. Khabar angin bertiup di Kelantan mengatakan ada wat bakal menganjurkan konsert sempena sambutan hari Wesak bulan depan, tapi ambo tak pasti wat mana. Selamat menyambut hari Songkran bagi wat-wat/kg yang meraikannya pada 13 April, selamat Tahun Baru Thai (bukan tahun baru Siam), selamat maju jaya pada cerdik pandai Siam & persatuan Siam...

Anonymous said...

Pemimpin Persatuan Siam hanya reti jilat kaki Menteri.

Anonymous said...

Cerdik pandai yang bodo. Tabik spring.

Anonymous said...

sawade Tuan Pena
Apa sekali pun aktiviti yg dilakukan di Wat jgnlah mencemarkan agama Buddha. saya pun keciwa dgn sesetengah golongan bangsa siam kita yg mencemarkan nama baik wat dgn membawa masuk pelbagai unsur sosial yg tak sepatutnya berada dlm wat. kononnya majlis tambun tapi cara dptkan duit utk tambun tu yg tak berapa elok. Sekali sekala terfikir juga apa peranan Phor Than dlm hal sosial begini or tunggu dpt duit aje. Dari pemerhatian saya Wat kita sekarang tak sesuci dulu penuh dgn perkara yg tidak menyenangkan cth ada kematian tapi kalau tak dijamu dgn minuman keras kuranglah yg nak membantu, tambun kalau tak ada pancaragam tak sah dll spt berpakai tak sopan semasa ke wat. saya risau kalau beginilah sikap masyarakat kita nampaknya kita akan hanyut dlm kesesatan dan kejahilan. Sama samalah kita memberi kesedaran kpd generasi baru agar mereka dpt membezakan yg mana positif dan negatif utk diamalkan.sadhu sadhu

Anonymous said...

Wat pathumwiharn Di kg.balai....konsert artis dari Thailand sempena wesak day.agaknya yg yg mana menjadi pilihan pengunjung???artis atau kebesaran Buddha??

pena reformasi said...

Songkran Wat Sukhontaram meriah dan ramai orang datang walaupun tanpa Persatuan Siam, VIP orang Kementerian dan konsert Thailand. Ini semua sekadar menumpang populariti Phor Than Soon yang terkenal di kalangan masyarakat Cina Kelantan. Phor Than Soon memang "low Profile" tetapi Vinai sangat baik.

pena reformasi said...

Buat konsert sempena Hari Wesak satu penghinaan melampau terhadap agama Buddha. Khanak Song patut mengambil berat perkara ini.

Anonymous said...

Saudara pena, perlukah orang Siam ada persatuan?

pena reformasi said...

Perlu, tapi mesti bercirikan jati diri Siam dan fokus kepada keperluan masyarakat Siam seluruhnya. Jika tubuhkan persatuan mahu mengampu, membodek dan meminta sedekah, tak usah kerana buat malu saja.

Anonymous said...

Terima kasih, rupa-rupanya saudara KSB masih seorang bagsa Siam yang mempunyai jati diri kesiaman dan kesiuman yg tinggi. Sebenarnya tiada siapa yg bobek siapa, tiada siapa yang minta sedekah dgn siapa. Semuanya proses sosialisasi semulajadi dimana manusia terpaksa bergantungan antara satu sama lain. Saudara, mesyuarat agung persatuan Siam Kelantan kali ini datanglah mungkin akan ada orang mencalonkan saudara jawatan pengerusi. Kalau saudara menang saudara akan dapat menerajui kesatuan ke arah yg lebih baik. Kalu saudara gagal, saudara hanya; 2x5 = 5x2.

ThaiSiam said...

Saya difahamkan anjuran konsert tersebut bertujuan bagi menarik remaja Siam @ Buddhis masuk wat sempena perayaan hari Wesak. Harus kita tabik pada pihak penganjur kerana mengusahakannya, tak tahulah pakai otak bahagian mana berfikir atau kepala lutut.

Anonymous said...

Persatuan siam ni macam FAM tak boleh tegur akan dihukum. Boleh puji saja. Apa yang persatuan buat bagi orang siam Kelantan? Orang siam mati sejambak bunga tak pernah bagi.

Anonymous said...

sawasdee kah

Saya nak suarakan boleh tak masyarakat siam kita bezakan yg mana upacara keagamaan dan yg mana upacara kebudayaan. Upacara keagamaan elok dilakukan dlm wat selain daripada itu harus dlakukan diluar wat. Hormatilah imej Buddha. Phor Than patut tegas dlm isu yg membabitkan imej Buddha or sebaliknya kalau dpt duit thambun byk Phor Than diam atau bagaimana pendapat tuan pena. Saya rasa sudah tiba masanya generasi baru celik mata hati utk tidak mencampuradukkan keagamaan dan kebudayaan. Sebagai kesimpulan sin 5 pun tak diamal dgn betul apatah lagi yg lain-lain. Cth di sini kalau org islam masjid hanya utk beramal ibadat bukan tempat main konsert, kutip wang, minum arak dsbnya. Sedarlah wahai masyarakat siam bahawa masyarakat lain sedang memerhati masyarakat kita mereka pun sudah keliru dgn amalan kaum kita sampai tak boleh beza upacara thambun ke upacara apa. Sekian utk renungan dan sama-samalah kita fikir bersama dakah kita telah menjalankan segala amalan spt yang Buddha suruh???????

sawasdee

Anonymous said...

Komen Anon April 15, 2.02PM, macam cacing kepanasan, kalu nak jadi pemimpin kena sabar dan terima kritikan (ambik yang baik n buang yang tak elok. Kena komen sikit dah mencaruk nak cabar lawan masa agm. Tak tau jugak khun Pena (KSM) ahli persatuan Siam Kelantan atau tidak, kalau tidak, tak ada chan nak jadi calonlah, rugi tuu calon pengelusi ada pankat.

pena reformasi said...

Ramai orang Siam yang sedar akan musibah yang sedang melanda masyarakat kita. Namun, tidak ramai yang berani bersuara. Begitu juga dengan perasaan yang berbuku di hati terhadap Persatuan Siam, tetapi ramai yang memilih berdiam diri.

Sebenarnya apa yang saya tulis bukan sekadar pendapat saya tetapi pendapat masyarakat Siam yang saya jumpa sebelum ini. setiap kali jumpa orang Siam, saya akan tanya tentang masalah mereka. Mereka dengan senang hati meluahkan perasaan. Untuk menyelami perasaan orang Siam, kita jangan berlagak jadi "orang besar". Apabila kita berlagak, mereka meluat dan tak mahu dedahkan masalah mereka. Apabila mereka diam, kita ingat mereka setuju. Maka kita pun layan mereka sebagaimana yang kita ingat, bukan sebagaimana yang mereka mahu. Inilah silapnya.

Orang persatuan pula apabila ditegur, akan melenting. Mereka mudah terasa. Mereka tak dapat membezakan teguran membina daripada kutukan tidak berasas. Jikalau teguran kita tak betul, perbetulkan. Tidak perlu marah.

Khanak Song pun sama. Pantang ditegur akan marah kononnya mereka makan garam lebih dahulu, kita tak boleh tegur. Ego sebagai Phra Song tak pernah reda. Ditthi mana yang tinggi. Sebab itulah sukar berubah ke arah kebaikan. Apabila Dhammakai datang, bermacam-macam rungutan dan tuduhan dilontarkan.

Anonymous said...

ambo rasa kalu pakat nak cari kesalahan org cukup senang....
setakat berteori aje lagi senang...

satu jari tuju kat org lain...2,3 lagi jari yg dok tuju balik kat kita....

Anonymous said...

Setiap tahun isu perayaan Songkran akan menjadi hangat dlm laman KSB. Saya antara pelawat lama laman ini. Syabas! Kali ini saya ingin menjawab Anon 16 April 201, 5:15. Sebenarnya, saya bukan AJK persatuam Siam Kelantan, tetapi sy ialah ahli biasa yg dah lama menyertai persatuan ini, tidak aktif mana, hanya tahu lihat dan perhati. Daripada pemerhatian saya, mereka yg tidak buat apa dan bukan ahli persatuan yg kuat komen dan komplin, semua tak kena, mendakwa kesatuan tak buat apa dan macam-macam lagi. Kalau sudara tak masuk ahli lebih baik berdiam diri saja daripada menjadi mcm anjing kurap menyalak bukit. Persatuan telah bergerak jauh dan banyak melakukan perkara yg berfaedah. Tapi kesian ya, masih ada orang yg buta hati dan tak nampak kebaikan itu, hanya nampak yg busuk,kerana itu saya mencabar orang seperti anda memasuki persatuan dan tanding jawatan pegerusi. Lagi satu perkara, pengerusi sekarang ini pun dah terlalu lama, jadi eloklah anda mengantikan beliau, saya akan sokong. Tapi bila dah jadi pengerusi persatuan tu janganlah dok kata orang tu bodo atau jilat kaki si itu dan si ini. Buddha ajar umatnya mcm ni ke saudara???????

Anonymous said...

pemimpin kena dengar pujian mahupun kutukan. Buat penilaian dan baiki diri. Orang tegur demi yang baik Khek takkan tegur

Anonymous said...

Maklumat aktiviti persatuan mungkin tak sampai kepada masyarakat ramai tak tau. Mencabar orang tanding pengerusi bila dikritik tak profesional. Seperti sami bila orang tegur suruh masuk phra. yab najib razak dikutuk tak pernah cabar orang tanding presiden umno. Tolong la profesional sikit.

Anonymous said...

Persatuan siam kelantan tak buat apa2 pun untuk masyarakat siam....hanya komuniti siam baru aje yang banyak berjasa untuk masyarakat siam....jasa yg tidak terkira...
lu pikir la sendiri....

Anonymous said...

Persatuan siam kelantan yang wanita punya jasa yang laki punya tumpang nama.

Anonymous said...

Jasa besar sangat sampai Senator pun PM tak bagi. Tau kenapa? Tak ada sokongan akar umbi masyarakat Siam Kelantan. Cikgu Deng dilantik wakil Senator di Kelantan. tau kenapa? Cikgu Deng berjiwa Siam tak berjiwa kekampungan yang sempit.

Anonymous said...

tentang cg deng dilantik jadi wakil senator tu ambo tak tahu...bila dilantik? sapa yg umum? tiap2 negeri yg ramai siam ada dilantik wakil senator ke?

tentang cg deng berjiwa siam tu ambo pun tak tahu....ambo pun tak nampak apa2 sumbangan beliau yg menonjol utk kepentingan siam klate..ambo raso org kg jubakar tau lebih lanjut...kalu ada org kg jubakar yg singgah kat KSB ni tolong bagi komen la sikit.....

Anonymous said...

Oh! maaf, Anon 18/4/2012 (11:19) saya sungguh tak tahu. Kenapa neh dia tak dapat Senator? Kenapa pula Cikgu Deng yang suka mabuk, antara yg bawa kumpulan nyanyian buat persembahan di wat dan suka pada budak-budak pelayan yg gebu tu diangkat wakil senator Kelantan? Nak jadi apalah nasib orang Siam suatu hari nanti? Aku tahu sebab aku sekampung dgn dia. Memang dia ramai kawan sebab aktiviti minum tuak dan beer disukai orang Siam. malah sekang di sesetengah perayaan sudah ada kaum perempuan Siam yg sudah pandai minum. Di manakah perginya sila lima Buddha yg kita bangga kan itu?

Anonymous said...

Bila tak mampu pikul citra kaum siam Kelantan jangan pakai nama Siam Kelantan. Pakai nama persatuan siam ikut nama kampung yang mendominasi persatuan itu.

Anonymous said...

sawasdee kah

Wahai masyarakat siam marilah kita bersama-sama melakukan kebaikan bukannya kutuk mengutuk. Sedarlah diri sikit kita ni dah la minoriti berkekah sesama sendiri pula. Cuba kita ikut jejak Buddha buat sesuatu guna "panya" bukan ikut nafsu dan hati. Jadilah tauladan dan role model yg baik buat kaum keluarga sendiri bukannya dgn cara mabuk sana sini, berkepit sana sini dgn perempuan yg tak bermoral mcm mana kita nak nasihat generasi baru kalau kita sendiri pun jalan tak betul. sama-samalah kita renung dan pakat-pakat buat sesuatu yg boleh menjulang nama baik kaum siam bkn dgn menari, mabuk, merempit, dadah, merokok dsbnya. Ingat ajaran Buddha pasti hidup kita senang dan aman. Sadu sadhu.Oop satu lagi kalau nak pilih senator tu tenguk dan siasat sikit sosial backgroundnya jgn ler lantik senator yg kaki perempuan dan kaki botol menjatuhkan maruah bangsa siam aje baik tak payah jadi senator duduk bawah pokok tar diam-diam lagi baik.

Anonymous said...

Beri komen tak perlu sebut nama orang.

ThaiSiam said...

KSB, topik ini memang popular, ramai tetamu yang masuk dan beri komen, teruskanlah usaha tuan agar tradisi/kebudayaan kita dipertahankan. Harapan juga agar dikalangan phrak song kita mengamalkan Dhamma vinai dan memberi tunjuk ajar Dhamma yang betul dan tulen kpd kaum Buddhis kita.

Anonymous said...

Anon April 18, 2012 4:42 PM....yg pilih senator tu PM....demo gi la ke wall fb PM dan komenla apa yg perlu...

senator siam ni..sapa yg pandai bodek dan pandai ambil kesempatan dia la yg dipilih...itu namanya politik....

Anonymous said...

Agaknya bila Siam Kelate bakal diberi jawatan Senator?