Sunday, May 13, 2012

Apabila Bhikkhu Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari

Kita semua mungkin pernah mendengar ungkapan "buard phra buat menghabiskan nasi" yang rasanya kurang enak didengar. Sekali imbas seolah-olah memperlekeh dan menghina Bhikkhu. "Buard Phra" bermaksud menjadi Bhikkhu atau Banpacha. Manakala "menghabiskan nasi" bermaksud membazirkan nasi.  Nasi siapa? Nasi masyarakat.

"Menjadi Bhikkhu semata-mata membazirkan nasi" merupakan satu ungkapan yang menikam kalbu apabila didengar oleh para Bhikkhu, khasnya Bhikkhu yang termasuk dalam kategori yang dimaksudkan tersebut. Bagi Bhikkhu yang tidak termasuk dalam kategori yang disebutkan tidak akan merasa apa-apa.

Dahulu Buddhadasa Bhikkhu pernah menggelar Bhikkhu yang berpendidikan tinggi tetapi lemah dalam amalan Dhamma sebagai "pendidikan anjing kudung".  Bhikkhu ini suka berlagak dengan ilmunya. Anda pernah melihat anjing kudung yang ekornya cuma sejengkal? Setiap kali berdiri di depan orang, anjing tersebut akan menggerak-gerakkan ekornya agar dilihat orang ekornya yang kudung itu. Begitu juga dengan sesetengah Bhikkhu berpendidikan tinggi yang suka menunjuk-nunjuk ilmu pendidikannya kepada orang lain. Sedangkan dalam agama Buddha, ilmu pendidikan dianggap sebagai sesuatu yang tidak besar (mungkin sejengkal seperti ekor anjing kudung) berbanding amalan. Ariya, Pencerahan Sempurna atau Arahant datang daripada amalan.

Achan Mun, Achan Cha, Buddhadasa Bhikkhu tidak berpendidikan tinggi. Namun, mereka ini hebat dalam amalan. Dhamma yang diajarkan semuanya telah terbukti berkesan kerana datangnya daripada amalan. bukannya buku atau kitab. Apabila kita mempelajari Dhamma mereka, kita pun rasa lebih yakin. Sedangkan Dhamma Maha yang berpendidikan tinggi, tetapi kurang amalan, Dhammanya rasa longgar, tawar dan tidak menyakinkan. Ini kerana Dhamma mereka datang daripada hafalan, buku dan kitab.

Berbalik kepada persoalan asas di atas iaitu "buard phra buat menghabiskan nasi" biarpun menikam kalbu, pahit dan menghina, namun hakikat ini harus diterima. Kita tahu bukan semua. Masih ramai Bhikkhu atau Phra Song (Sangha) yang "tidak membazirkan nasi" masyarakat. Mereka jadi Bhikkhu atas kesedaran dan kefahaman yang tinggi tentang agama lalu amalan Dhamma Vinai pun kukuh. Apabila ditegur, mereka terima dengan baik. Mereka menganggap teguran sebagai "guru" yang mujarab. Mereka mengikut jejak Buddha. Buddha selalu membuka hati untuk ditegur oleh para Bhikkhu. Dalam sebuah Sutta (Rujuk Tipitaka) Buddha minta para Bhikkhu menilai diri Baginda.

Akan tetapi "Bhikkhu dalam kategori menghabiskan nasi" masyarakat ini sudahlah tidak mengamalkan Dhamma-Vinai, teguran pun tidak diterima. Ditegur sedikit pasti melenting-melentang seperti orang hilang waras.

Seorang Bhikkhu di Kelantan yang sangat dikenali oleh golongan belia Thai pernah berkata begini: "Jika ada orang kritik kita, senang saja, lemparkan civorn kepada dia, suruh dia jadi phra!" 


Bhikkhu ini tidak cerita kepada saya. Dia cerita kepada Bhikkhu lain.

Bhikkhu lain itulah yang cerita kepada saya. "Begitu mudah cara Bhikkhu muda itu selesaikan masalah," rungut  Bhikkhu yang bercerita kepada saya. "Jadi Phra kita patut terangkan supaya orang faham keadaan yang sebenar, bukannya lemparkan civorn suruh orang buard phra!" tambahnya.

Saya setuju dengan pendapat Bhikkhu tersebut. Bhikkhu adalah guru kepada kaum Buddhis. Orang kritik kerana "ada sesuatu yang tidak kena" atau sekurang-kurangnya dirasa idak kena.  Oleh itu, Bhikkhu harus memberikan penjelasan supaya "salah faham itu" dapat dirungkaikan.


Apabila raja ditegur, adakah raja akan suruh orang itu naik takhta? Apabila Perdana Menteri ditegur, adakah Perdana Menteri akan suruh orang itu jadi Perdana Menteri? Apabila bapa ditegur anaknya, adakah bapa akan suruh anaknya cepat kahwin supaya dia dapat jadi bapa? Apabila penagih dadah ditegur, adakah penagih akan suruh orang itu hisap dadah?

Dan apabila Bhikkhu suruh orang kampung tambun, derma duit dan buat dana, adakah orang kampung akan suruh Bhikkhu buat perkara yang sama?


Membalas kritikan dengan kritikan juga adalah tidak bijak. Orang yang membuat kritikan ialah orang biasa atau putuchon. Bhikkhu pula dianggap individu mulia. Sebagai Bhikkhu, tidak wajar menyuruh orang yang membuat kritikan "pakai civorn" kerana akan menimbulkan 2 tanggapan negatif. Pertama, Bhikkhu itu marah. Kedua, Bhikkhu itu kurang bijak dan cetek ilmu untuk berhujah dengan matang.

Baginda Buddha sendiri pernah dilontari pelbagai kritikan, tohmahan dan kutukan tetapi Baginda menerangkan satu persatu sehingga orang faham. Baginda pernah dituduh tidak menghormati orang tua, memperlekehkan upacara Brahmana, manusia malas dan sebagainya. Namun, Baginda tidak melenting, sebaliknya memberikan penjelasan yang akhirnya diterima baik oleh orang yang membuat tuduhan.

Mungkin orang akan berkata, Bhikkhu kita bukan Buddha, dia mana boleh ikut cara Buddha. Memang betul. Bhikkhu kita bukan Buddha, bukan Arahant dan masih menebal dengan Kilesa. Namun untuk berhadapan dengan kritikan dengan bijak, Bhikkhu tidak perlu menunggu jadi Buddha atau Arahant. Gunakanlah akal fikiran yang matang.

Bhikkhu sepatutnya menerima kritikan dengan hati terbuka. Dalam Mongkul Sutra (ke-28), Buddha suruh penganut jadi "orang yang senang dinasihat dan senang diajar" ( ว่าง่าย  สอนง่าย ). Orang yang "senang dinasihat dan senang diajar" orang yang bagaimana? Saya katakan orang begini sebagai orang yang berjiwa besar. Antara ciri-cirinya ialah:

1. Tidak berdolak-dalik apabila ditegur. Sebaliknya mendengar teguran atau kritikan dengan baik.

2. Tidak berdiam diri setelah ditegur. Sebaliknya, memperhalusi teguran dan mencari penyelesaian yang sewajarnya.

3. Tidak menyalahkan orang yang menegur, sama ada orang tua, orang muda, guru atau murid kita.
4. Menghormati guru atau orang yang menasihati kita.

5. Mempunyai minat yang tinggi terhadap ilmu dan tidak menunjukkan sikap dingin.

6. Tidak degil dan sombong. Tidak mempertahankan pandangan yang salah semata-mata kerana tidak mahu tunduk kepada orang lain.

7. Mempunyai pandangan yang betul (Samma Ditthi).

Kaum Buddhis, termasuk Bhikkhu sepatutnya berusaha menjadi orang yang berjiwa besar; tidak angkuh, mudah terima kritikan dan tidak berdendam. Sikap "menyuruh orang buard phra" apabila ditegur, bukan sikap yang matang. Ini sikap barbarian. Sikap manusia sebelum kedatangan Buddha. Sakya Putera tidak  boleh bersikap seperti barbarian.

Seperti yang kita maklum, Bhikkhu adalah guru kepada kaum Buddhis. Apabila Bhikkhu kencing berdiri, muridnya kencing berlari.






5 comments:

Anonymous said...

Sesetengah phra Thai kita sombong suka berlagak bila cakap sama orang kerana orang tak berani lawan cakap phra takut dosa.

Adanya blog seperti KSB membuka mata orang ramai bahawa phra boleh ditegur kerana Buddha juga buka hati terima teguran.

Sathuk.

Anonymous said...

Tegur, jangan tak tegur jika melihat apa yg tidak kena dari segi DhammaVinaya kerana sebagai umat Buddhis dan Buddhaborisat4 kita juga bertanggungjawab terhadap keluhuran dan keharmomonian agama kita!! Tapi kena pastikanlah apa yg kita tegur itu. Maksud saya kita kena check diri kita jugalah, kita seorang Buddhis yg baik ke tidak!

Anonymous said...

Saling menegur. Wat tegur kampung, kampung tegur wat. Tua tegur muda, muda tegur tua. Betullah kita pun mesti jadi orang baik. Jangan jadi seperti penyamun tegur pencuri.

Anonymous said...

Pakai jivorn nak hidup senang, pakai kereta besar, berlagak lagi depan kaum sendiri, nampak duit tambun orang cina tak action lagi. Tu lah, phra Song masa kini.

Anonymous said...

โดย พระภาวนาวิริยคุณ (เผด็จ ทัตตชีโว)
เรียบเรียงจากรายการหลวงพ่อตอบปัญหา ทาง DMC

คำถาม: ผมอยากทราบว่ามีวิธีอย่างไร ที่จะทำให้เจ้าอาวาสมีความตื่นตัวรักความก้าวหน้า คือที่วัดของผมมีโยมอยู่ 2 ฝ่าย ฝ่ายหนึ่งอยากจะพัฒนา อีกฝ่ายไม่อยากจะพัฒนาทำอย่างไรดีครับ? (พระเรียนถามมา)


คำตอบ: สำหรับเรื่องนี้ ถ้าหลวงพ่อหรือเจ้าอาวาสของวัด หรือพระอุปัชฌาย์ของเรา ท่านไม่ค่อยจะตื่นตัว เราไปทำอะไรท่านไม่ได้หรอกครับ แต่มีวิธีอยู่อย่างหนึ่ง ที่จะทำให้วัดของเรา ตัวของเราก้าวหน้า คือ

1) กุฏิที่เราอยู่เองต้องทำให้ดี ให้สะอาดเรียบร้อย

2) ตัวเราเองต้องตั้งใจศึกษาหาความรู้เพิ่มขึ้นเรื่อยไป

ทำอย่างนี้ รอเวลาไว้ แล้วระหว่างนั้นก็อบรมญาติโยม อบรมสามเณร อบรมเด็กวัด ทำอะไรได้ก็ทำกันไป เอาให้เต็มที่อย่าไปท้อ ที่ท่านถามมานี่ ผมขอถามท่านคำเดียวว่า ถ้าเขาให้ท่านเป็นเจ้าอาวาสวันนี้ ท่าจะสามารถพัฒนาวัดได้จริงหรือเปล่า ไม่ง่ายนะครับ เพราะพอลงมือทำงานเมื่อไร คนของเราเองนั่นแหละ จะแบ่งเป็น 2 ฝ่าย ฝ่ายหนึ่งเห็นด้วย อีกฝ่ายหนึ่งจะไม่เห็นด้วย ไม่ต้องมาก ลองให้สามเณรที่มีอยู่แล้วไปทำความสะอาดวัด ทำง่ายๆ ให้ไปกวาดใบไม้ ท่านจะพบว่าสามเณรฝ่ายหนึ่งก็คงจะเห็นด้วยว่าดี แต่อีกฝ่่ายหนึ่งก็อาจจะนึกว่า แหม...หลอกใช้งานเราอีกแล้ว


วิธีทำให้วัดของเรามีการพัฒนาและมีความก้าวหน้า คือต้องทำให้มีความสะอาดเรียบร้อยอยู่เสมอ

ยกตัวอย่างนะ ทำอะไรขึ้นมาแล้ว ที่จะได้รับคำชมอย่างเดียวไม่มี ถูกด่าอย่างเดียวก็ไม่มี ขนาดโจรยังมีคนชมเลย ใครชม? ก็โจรพวกเดียวกันนั่นแหละ ชมกันเอง ในเมื่อโจรก็ยังมีคนชม แล้วก็มีคนติ เราเองเป็นพระเหมือนกัน บ้างก็ชม บ้างก็ติ

พวกหนึ่งบอกว่า “ดีแล้วไปบวชเถอะท่านเอ๊ย โลกมนุษย์นี่มันวุ่นวาย” อีกพวกหนึ่งบ่นพึมเลย “หนุ่มๆ แน่นๆ มาบวช เอาเปรียบสังคม บวชกินข้าวชาวบ้านนี่” อ้าว...เป็นอย่างนั้นไป

เพราะฉะนั้น ขอให้ท่านถามตัวเองว่า ขณะนี้ท่านอดทนต่อการโต้แย้งได้ไหม ถ้ายังอดทนต่อการโต้แย้ง การคัดค้านไม่ได้ ให้รีบฝึกเสียให้ได้ วิธีที่ดีที่สุดคือนั่งสมาธิ(Meditation)ให้มากๆ ถึงคราวท่านเป็นเป็นเจ้าอาวาสแล้ว จะได้ไม่ต้องลำบากใจ เชื่อว่าเจ้าอาวาสของวัดท่านก็อยากจะพัฒนาหรอก แต่ว่าถูกโยมฝ่ายหนึ่งโจมตี อีกฝ่ายหนึ่งสนับสนุน

จนกระทั่งท่านนึกปลงว่า “เออ..กูก็แก่ป่านนี้แล้ว จะต้องมาเถียงกับชาวบ้านทำไม อีกหน่อยกูก็ตายแล้ว มึงไปทะเลาะกันเองเถอะ” แล้วท่านก็เลยไม่พัฒนาอะไร

ถ้าตัวของท่านผู้เขียนจดหมายนี้มาถาม ยังฝึกตัวเองให้ใจหนักแน่นไม่พอ อีกหน่อยพออายุเท่ากันกับเจ้าอาวาสองค์นั้น ท่านก็คงถูกพระหนุ่มๆ รุ่นต่อไปข้างหน้า ด่าให้แบบเดียวกันอย่างนี้แหละ ระวังเถอะ