Saturday, May 19, 2012

Fikirlah Demi Institusi Sangha

Seseorang hantar mesej kepada KSB, bertanya kenapa KSB minat sangat menulis untuk menjatuhkan maruah Phra Song (Sangha)? Jumlah Phra Song ramai dan tentulah ada yang baik dan ada yang tidak baik. Saya kata, saya tulis apa yang benar. Saya tak pernah reka cerita tentang keburukan Sangha. Saya penganut agama Buddha yang takut kepada Karma seperti penganut yang lain. Namun, kerana benar saya berani tulis. Saya mahu orang ramai dapat membezakan Bhikkhu yang baik dengan Bhikkhu yang jahat. Saya mahu orang ramai sedar bahawa individu istimewa yang mereka sembah itu tidak semuanya istimewa. 

Saya kesian orang kampung yang begitu sattha kepada Phra Song tetapi tidak sedar diri tertipu. Setiap pagi bangun pagi masak untuk saibart. Jika terlambat sikit, terus cemas takut Phra Song tidak dapat makan. Mereka sattha Phra Song sebagaimana orang zaman Buddha sattha Ariya Sangha. Sattha Phra Song tidak salah, bahkan itu yang sepatutnya. Namun, mestilah betul-betul Phra Song, bukannya "si kepala botak" yang cari makan menumpang jubah kuning.

Seperti yang kita maklum, jadi Bhikkhu untuk mengamalkan Dhamma Vinai Buddha. Jika jadi Bhikkhu untuk kumpul duit, hidup mewah, kejar pangkat, ingin berhibur dan sebagainya adalah salah. Jika seseorang Bhikkhu terlibat dengan skandal tertentu pasti memalukan semua Sangha yang baik-baik dan mencemarkan imej agama Buddha yang suci. Bak kata pepatah, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. 

Kepada Bhikkhu "alacchi" fikirlah demi kebaikan institusi Sangha dan agama Buddha, seandainya tidak boleh mematuhi Dhamma-Vinai, segera La-Sikha, tiada siapa akan menghalang. 

Jika KSB tidak dedahkan keburukan Bhikkhu tertentu, ini tidak bermakna orang ramai tidak tahu. Sekarang zaman langit terbuka. Setiap skandal akan terus terbongkar dan tersebar tanpa sekatan dan halangan. 

Klik di sini, mahu baca "Berita Sami" yang pelik tapi benar.

2 comments:

ThaiSiam said...

Saya sokong 101% usaha KSB agar martabat Sangha (bhikkhu yang mengamalkan Dhamma Vinai) dan agama Buddha amnya dapat dijaga agar tidak dirosakkan oleh segelintir sangha alacchi.

Anonymous said...

Saya terbaca dalam satu blog/FB wat di mana ada diposkan satu mesej dari blog/FB SUARA BHIKKHU yang menyarankan agar orang Buddhis (khasnya org Siam) supaya tidak menggunakan FB dalam memberi pandangan/kritikan keterlaluan terhadap intitusi Sangha/Phra Song. Jika ada apa-apa pertanyaan/persoalan boleh diajukan kpd Suara Bhikkhu.

Apa pendapat kaum Buddhis kita tentang saranan tersebut. Bagi saya dizaman sekarang, pihak yang berkaitan perlu menjawap atau memberi penerangan kepada semua persoalan/kritikan termasuk penyebaran Dhamma mengikut kemudahan teknologi yang ada dan patut bersikap terbuka..